Saturday, April 14, 2012

Remaja ,penunggang motosikal , umur 16 ,maut selepas hadir program Hishamuddin Husein.

Berita sedih,penunggang motosikal berumur 16 tahun maut kemalangan setelah mengikuti program UMNO. Salam takziah dari penulis.

IPOH - Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar hari ini.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.


Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari tadi.


Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.


Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi. - Bernama

No comments:

Post a Comment