Tuesday, April 10, 2012

Surat Nizar satu liabiliti untuk Zambry Kadir

APAKAH INI YANG RAKYAT MAHU?
OLEH: JOHARI JAAFAR

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari kedua pada 4 April lalu menarik perhatian anggota dewan apabila ADUN Pangkor yang juga Memteri Besar Perak,Dato' Seri Zambry Zambry Kadir mendedahkan surat sokongan ADUn Pasir Panjang yang juga Menteri Besar Perak ketika itu, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang memberikan surat sokongan kepada projek bijih besi Yale International dari Brazil.


Zambry mempumyai motif tertentu dengan pendedahan surat itu untuk memberitahu kepada umum khususnya rakyat negeri itu bahawa Nizar terlibat sama dengan projek tersebut yang mendapat tentangan hebat dari Badan Bukan Kerjaan (NGO) termasuk Aktivis Jaringan Alam Sekitar Perak.


Apa yang diharapkan oleh Zambry dengan pendedahan surat sokongan dari Nizar itu akan `menutup mulut. Nizar dn ADUN ADUN Pakatan yang lain. Ternyata ianya tidak berhasil, surat itu tidak memberi kesan kepada Nizar dan ianya tidak jugac menguntungkan Zambry malah ianya ibarat `surat makan diri'.


"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," demikian pengakuan Dato' Seri Nizar berhubung surat yang didedahkan oleh Zambry itu..


Namun begitu menurut Nizar surat itu adalah di peringkat awal perbincangan dan hanya bermaksud setuju berbincang lanjut. Tidak ada pernyataan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telah meluluskan tapak projek tersebut di Teluk Rubiah.


Dalam isu ini ternyata Zambry cuba memutar belitkan isu sebenarnya berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak. Sekiranya Zambry benar benar jujur sudah tentu ada dukumen dukemen lain yang berkaitan perlu didedahkan juga.


Orang yang berfikiran rasional tentu terfikir apakah hanya dengan sekeping surat tersebut, Vale sudah mendapat kebenaran untuk beroperasi di Teluk Rubiah. Sudah tentu ada dokumen-dokumen lain selain yang Zambry dedahkan ini.Persoalannya kenapa Zambry tidak dedahkan dokumentasi yang lain?


Pendedahan surat oleh Zambry itu membolehkan rakyat negeri mengetahui dan membaca surat Nizar tersebut kerana dengan itu rakyat mendapat maklumat apa yang tersirat di sebaliknya iaitu penglibatan syarikat tempatan iaitu Harta Makmur.


Walaupun Zambry tidak pernah mahu mendedahkan atau menjawab apabila ditanya pada sidang DUN itu siapa Lembaga Pengarah Harta Makmur, tetapi rakyat yang celik teknologi maklumat hari ini boleh mengetahuinya menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Nizar minta Zambry supaya bertanggung jawab kalau sekiranya berita ini terdedah luas, melibatkan pihak-pihak VVIP tertentu.


Nampaknya, pendedahan surat oleh Zambry akan memberikan implikasi yang kurang baik keatas dirinya sendiri. Pendedahan surat tersebut menjadikan diri Zambry menjadi satu liabiliti terhadap kemusnahan Umno/BN di negeri Perak.Tindakan gopoh dan gelojoh Zambry telah memakan dirinya sendiri.


Lantaran itu, dalam ucapan di persidangan DUN Nizar mengucapkan terima kasih kepada Zambry kerana dengan pendedahan surat tersebut ianya akan lebih memudahkan Pakatan Rakyat kembali memerintah negeri Perak semula.


Surat tersebut juga menunjukkan hubungan baik Pakatan Rakyat dengan pelabur-pelabur asing. "Saya seronok kerana surat itu? sindir Nizar dengan sinis.


Apa yang penting sekali, Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa kepentingan dalam perkara ini. Rakyat kena tanya Zambry siapa yang berkepentingan mendapat balak-balak di situ?


Oleh itu sewajarnyalah Datok Seri Nizar Menteri Besar, mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.


Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.serta semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale,¡± katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Perak, pada 5 April lalu.


Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Zambry itu telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di teluk Rubiah jika ianya telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian.


"Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA)," ujarnya.


Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Zambry itu hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong, tegasnya.


Nizar turut menjelaskan pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah.


Akan tetapi selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengannya dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah,


Isu ini telah mendapat tentangan hebat dariada percinta alam, bantahan demi bantahan dikemukakan tetapi tidak sedikitpun menyedarkan Kerajaan BN di bawah pimipinan Zambry Abdul Kadir. Umpamanya baru baru ini 300 aktivis dari Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak berhimpun di hadapan pintu masuk pejabat Vale di Teluk Rubiah bagi membantah operasi syarikat dari Brazil di kawasan peranginan itu.


Seperti yang diungkapkan Ismady Radzuan selaku Penyelaras Himpinan Teluk Rubiah himpunan berkenaan diadakan bagi membuka mata pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri mengenai kemusnahan alam yang sedang berlaku di tempat peranginan berkenaan.


Menurutnya, pihak Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak tidak menolak pembangunan di sekitar Manjung khususnya di Lumut tetapi biarlah ia dilaksanakan tanpa mengganggu alam sekitar.


"Kami tidak setuju Teluk Rubiah dijadikan kawasan industri kerana kawasan ini mempunyai pantai yang cantik dan tempat pelancongan yang menarik."


Operasi syarikat ini nanti akan memusnahkan keindahan alam sekitar di sini,katanya.


Himpunan tersebut turut dihadiri bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga ADUN Pasir Panjang; ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham; ADUN Canning, Wong Kar Woh dan ADUN Tronoh, V Sivakumar.


Menurut beliau lagi mereka tidak kira siapa pun yang memerintah negeri ini, tetapi masalah berkaitan alam sekitar perlu ditangani dengan baik supaya tempat-tempat peranginan tidak terjejas,?katanya.


Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak merupakan gabungan enam badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan Alam Sekitar Perak, Sahabat Alam Malaysia, Media Perak, Perak Consumer’s Association, Perak Green Pioneer dan Coalition of Concerned Citizens of Perak.

Dalam satu artikel `Rubiah,Royal Link in iron ore plant' pada 22 Ogos 2011, yang dipetik dari sebuah blog disebut pada 2009, KYM Holdings Bhd, melalui Harta Makmur Sdn Bhd, menjual 488 hektar (1,205 ekar) tanah pegangan pajak dalam Teluk Rubiah kepada Vale International and Vale Malaysia Manfuacturing Sdn Bhd untuk RM196 juta.

Dalam tulisan itu juga dinyatakan hasil pemeriksaan dengan Companies Commission of Malaysia menunjukkan yang Harta Makmur ialah 60 peratus dimiliki Tegas Consolidated Sdn Bhd dan 40 peratus dimiliki RAS Sdn Bhd.

Artikel ini dengan berani mendedahkan siapa pemegang saham majoriti dan pemegang saham minorti.

Projek Vale mendapat banyak tentangan, termasuk kumpulan alam sekitar dan penduduk-penduduk Teluk Rubiah dan perniagaan-perniagaan. Menurut artikel itu lagi mereka takut bahawa ia akan merosakkan persekitaran, merosakkan industri pelancongan tempatan dan merosakkan rezeki dan kesihatan penduduk-penduduk tempatan.

Artikel itu menyebut Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilaporkan sebagai berkata pihak Yale ada bertemu dengannya dua kali pada 2008 atas cadangan-cadangan untuk projek tersebut.

"Saya memberitahu mereka yang kawasan harus dikekalkan sebagai satu suaka. Kami mempunyai hutan-hutan muda, dengan satu daripada spesies terbaik balak-balak di sana. Saya tidak boleh mampu kehilangan kawasan itu.

Nizar mencadangkan satu lagi tanah kerajaan dalam kawasan berpaya Tanjung Hantu, menawarkannya hampir percuma.

Apa yang nyata kini, selagi Umno/BN terus menerus berkuasa di negeri ini khususnya, bukan sahaja rakyat `tidak selamat' tetapi hutan hutan simpan juga tidak selamat, pasti lebih banyak hutan hutan simpan akan `dirogol' atas alasan pembangunan. Apakah ini yang rakyat mahu?

No comments:

Post a Comment