Monday, April 26, 2010

PAS Perak perlu bijak-DUN banyak Felda Kena Kerja berjuta kali.

Melihat keputusan PRK Hulu Selangor peratus yang mengundi BN amat tinggi. Kpg Soeharto (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5).

Analisa di atas, perlu PAS Perak ambil kira untuk menyusun kerja di DUN banyak FELDA.Pas Perak perlu membuat percaturan bijak dalam pRU 13.Pas Perak perlu mendengar kehendak rakyat.

Hajat untuk menambah kerusi dalam PRU 13 boleh dilaksanakan,jika Pas Cawangan dan Pas Kawasan menggandakan aktiviti masyarakat.Untuk Kawasan Felda seperti Tanjung Malim dan Lenggong atau Grik ,kerja mendekati masyarakat perlu berjuta-juta kali.Jangan putus asa bertemu peneroka,jangan mewujudkan "gap"untuk tidak bertemu masyarakat Felda.

Petugas kita bukan setakat bertugas atau berusaha apabila tiba musim kempen pilihanraya.Sesudah selesai PRU kita cuci tangan .Kita tidak perlu bangga dengan jumlah kehadiran ceramah kita beribu orang.Tetapi bukan pengundi yang kita sasar.

Namun Pas Perak perlu bijak,jangan kerana hendak bertanding semua kerusi ,kita membiarkan rakyat yang mengharapkan kita.

No comments:

Post a Comment