Wednesday, July 28, 2010

Minum Kedai Orang UMNO.

Kita baru-baru ini minum di Kedai Orang UMNO.Kita pergi ke Kedai Orang UMNO itu menggunakan kereta Pick Up Pusat Khidmat Ahli Parlimen,sudah tentulah terdapat gambar DS Nizar.

Sebagai petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen,kita kadang-kadang berehat dan berhenti minum di mana-mana gerai yang berdekatan dengan tujuan kita.Namun begitu jika kita minum di kedai atau warung orang UMNO kita akan ditegur.Sehingga kita sudah disyaki rapat dengan Orang UMNO itu.

Baru minum sahaja,deringan telefon akan berbunyi.Kita seperti biasa memberitahu kita bertugas dengan Sekretariat Parlimen ,bertemu masyarakat .Imej yang kita bawa mendekati masyarakat bukan setakat musim pilihanraya sahaja.

Begitu juga apabila kita melawat anak yatim bersama DS Nizar baru-baru ini ,kita juga diberitahu keluarga mereka menyokong UMNO dan mempunyai masalah.Tergamak orang kampung memberitahu DS Nizar ,tetapi DS Nizar tetap bersedia membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Justeru itu kita berasa simpati dengan Dato' Hasan Ali yang menerima ujian dan dihentam banyak pihak sekadar bertemu Tok Mufti selaku Exco Kerajaan Selangor.

Bersabarlah Dato'Hasan Ali ,Tok Guru Nik Aziz lagi hebat ujian yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment