Showing posts with label pusat khidmat. Show all posts
Showing posts with label pusat khidmat. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

Mari Kita Bantu Osman Mat Rumahnya Hangus Terbakar.


Rumah Pak Osman Mat terbakar pada 23 Februari dengan anggaran kerugian RM50,000.00.

Mereka yang ingin membantu boleh menghulur derma melalui akaun May Bank .
Nombor Akaun:108092542979
Nombor Kad Pengenalan:470103-08-5905
Alamat:Kg Tengah,Changkat Ibol
Nombor telefon: 017-4619203

Wednesday, February 24, 2010

Bersama kita membantu mereka-rumah terbakar hangus.


Rumah Sdr Osman Mad di Kg Tengah Changkat Ibol Hangus terbakar.Beliau bersama isteri tinggal di rumah tersebut.

Seekor kucing rentung terperangkap dalam rumah tidak dapat melarikan diri.
Rumah saudara Osman Mad hangus dalam kebakaran sekitar jam 4 petang Selasa.Sdr Osman Mad tinggal menetap di rumah itu bersama isteri.

Kg Tengah,Changkat Ibol-

Osman bersama isteri ke Kuala kangsar untuk menghantar Mak Mertua.Mak Mertua Osman tinggal di Kuala Kangsar. Beliau,terkejut menerima panggilan telepon dari jiran mengenai rumah beliau yang terbakar.

Rumah itu hangus tidak sampai 30 minit.Kami tiba sekitar jam 5 petang.Tiada apa yang dapat diselamatkan.Jalan yang sempit menyukar pihak bomba untuk sampai dengan cepat memberi bantuan.Namun pihak bomba menggunakan sebuah van dan motorsikal berkuasa tinggi untuk membantu.

Kami mewakili YB DS Nizar menghulurkan sumbangan awal kepada Sdr osman,dan seterusnya meminta beliau membuat laporan Polis.

Kelmarin 24hb Sdr osman di bawa ke JKM dan Baitulmal untuk membuat laporan mengenai Bencana Kebakaraan oleh Pegawai Pusat Khidmat,Sdr Zainudin Hamzah.

Mereka yang ingin membantu untuk meringan masalah Sdr Osman Mad boleh terus berurusan dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang-05-8483950

Thursday, December 17, 2009

Ibu Itulah Bidadari- YB Tuan Haji Zainuddin Mohd Yusuf

YB Tuan Haji Zainuddin Yusuf menerima cenderamata dari Osman Mohd,Pengarah Program.Turut kelihatan YDP Pas Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.

YB Tuan Haji Zainuddin Yusuf bergambar bersama peserta program.
Sebahagian peserta yang terlibat dalam motivasi pelajar percuma.
YB Tuan Hj ZAinuddin,Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Idris,S/U Pas Bukit Gantang bersama fasilitator.


Kuala Sapetang,17 Disember 2009-

YB Adun Lubok Merbau,Tn Hj Zainuddin Yusuf yang juga Exco Kerajaan PR Perak menyatakan ibu itulah bidadari .

Beliau menyatakan ibu mahu anaknya yang terbaik dan menjadi anak soleh.YB Tn Haji Zainuddin juga menyatakan jikalau di syurga,bidadari melayan ahli syurga dengan begitu baik.Jadi ibulah bidadari yang melayan anak mereka dengan baik.

Tuan Haji Zainuddin juga menjelaskan ,ibu-bapa yang cerdik akan mengambil peluang program motivasi ini.Beliau juga meminta ibu-bapa mementingkan pendidikan untuk anak-anak kerana pelajaran penting untuk menjamin masa depan mereka.Beliau berpendapat dengan pelajaran anak akan menjadi anak soleh dan tidak terjebak dengan gejala sosial.

Beliau juga memberi nasihat kepada ibu-bapa pelajaran penting kerana peluang pendidikan terhad,mereka yang cemerlang sahaja berpeluang untuk belajar di universiti.

YB Adun Lubok Merbau,Perak itu juga menerangkan pada masa depan cabaran semakin getir kerana dunia tidak ada sempadan.Dengan perkembangan internet budaya kuning mudah masuk dalam kalangan kita.Justeru itu beliau mengharap ibu-bapa memantau perkembangan anak-anak.

Di samping Tuan Haji ZAinuddin Yusuf yang juga Exco Kerajaan DS Nizar juga menerangkan kejayaan PR selama 10 bulan mentadbir Perak.Antaranya membantu Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Raja Izuddin dan Sekolah Menengah Raja Taayah.Jikalau PR memerintah Perak kita akan tetap mempertahankan sekolah itu di bawah kerajaan negeri dan tidak menjadikan sekolah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.Beliau juga menjelaskan banyak lagi yang akan dibuat kerajaan PR Perak,tetapi itu tidak dapat dilaksanakan.

YB Tn Haji Zainuddin Yusuf mengucapkan tahniah kepada Pas Kawasan Bukit Gantang dan Ahli Parlimen yang berjaya menganjurkan program ini secara percuma untuk rakyat.

Wednesday, December 16, 2009

Program Petang Ini- Bersama YB Tuan Hj Zainuddin Yusuf


Kuala Sapetang,17 Disember- Hari ini program kem motivasi untuk pelajar tahun 4,5 dan tahun 6 akan ditutup rasmi .Para peserta seramai 117 orang murid sekolah rendah dalam parlimen Bukit Gantang itu mengikuti Kem Motivasi Pelajaran bertempat di Eko-Pelajaran Kuala Sapetang.

Program penutup akan dilakukan oleh YB Tuan Hj Zainuddin Mohd Yusuf,Adun Lubuk Merbau, seorang Exco dalam kerajaan Pakatan Rakyat.Program pendidikan bercorak motivasi pelajar itu ditaja oleh DS Mohammad Nizar Jamaluddin,Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Majlis dijangka berlangsung pada pukul 4.30 petang.Sehubungan dengan itu ibu-bapa dan penjaga peserta dijemput hadir beramai-ramai.

Sunday, December 6, 2009

PAS Bukit Gantang dan Ahli Parlimen Anjur Majlis Berkhatan

Peserta berkhatan bersama keluarga.
Memegang limau tanda rasmi sudah berkhatan
DS Nizar memberi cenderamata kepada peserta berkhatan.
DS Nizar merasmikan majlis berkhatan bersama Tok Mudim Selinsing.

Wednesday, December 2, 2009

Program Motivasi Anjuran Ahli Parlimen Bukit Gantang


Ahli Parlimen Bukit Gantang melalui pusat khidmat beliau akan menganjurkan Motivasi Pelajar.
Motivasi itu akan diadakan di Eko Pelajaran,Kuala Sapetang.

Program berlangsung pada 16- 17 Disember.Penyertaan terbuka untuk semua kaum.Pendaftaran peserta terhad untuk 100 orang.

Pendaftaran percuma,terbuka untuk pelajar berumur 10 tahun hingga 12 tahun.Tarikh tutup pada 9 Disember 2009.

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Pusat Khidmat 05-8483950 waktu pejabat.Keutamaan diberi kepada mereka yang tinggal dalam Parlimen Bukit Gantang.

Tuesday, December 1, 2009

Pasukan Pusat Khidmat Bukit Gantang DS Nizar bergerak pantas.

Sdr Basheer Ahmad,AJK PAS Bukit Gantang sedang mengukur kawasan untuk di pasang atap rumah Sdr Aina Radzman dan Puan Sarizan Sahak di Kg Air Kuning,Taiping.Anak Aina Radzman yang terpaksa dikurung kerana terlampau hyperaktif.Anak beliau mendapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM150.00
Puan Sarizan bt Sahak sedang mendukung anak beliau yang berusia 6 tahun,dikategorikan OKU.


Baru-baru ini Sdr Aina Radzman mengadukan kepada DS Nizar ,dimana beliau memerlukan atap untuk membuat kerja mengukir batu nesan.

Dalam pertemuan bersama DS Nizar ,DS Nizar bersetuju untuk membantu."Cikgu urus segera,bincang bersama Unit Amal"kata DS Nizar.

Kita pun bertindak bersama Basheer Ahmad dan Binyamin Isahak.Akhirnya dipersetujui pada 5 Disember ini gotong-royong akan dibuat.

Sdr Aina Radzman mengharapkan kita memberi pancing bukan ikan.Kita pun membantu beliau untuk mengusahakan membuat batu nesan.

Pasangan suami-isteri itu Sdr Ainan dan Puan Sarizan mempunyai seorang anak OKU seperti yang terdapat dalam gambar.

Sehubungan dengan itu mereka yang ingin meringankan kehidupan pasangan ini bolehlah menderma ke akaun Sarizan binti Sahak ,Maybank 158051370931.

Mereka yang ingin menempah batu nesan buatan Sdr Aina Radzman boleh menghubungi talian 014-2572013

Monday, November 23, 2009

Gambar sekitar gotong-royong Kg Chengal Jantan.Inilah bukti ,jika kita mampu!

Rumah Sdr Naim,yang kini baru boleh dicuci.
Unit Amal Kawasan Bukit Gantang bersedia menabur bakti.
Tekunnya rakyat marhaen,menebuk lubang untuk aliran air,jika rumah dimasuki air.
Pas sedia berkhidmat,Sdr Basher Ahmad Ajk Pas Bukit Gantang dan juga P.A DS Nizar.
Parit yang telah dibuat. Sdr Basher Ahmad memantau perkembangan projek.

'Panggil DS Nizar tolong,jangan minta kami tolong!"


Rumah Naim keadaan ..air bertakung..bila hujan lebat..gambar di ambil pada 17 November 2009

Sdr Naim memerhati kerja-kerja dilakukan Backhoe. Backhoe ini dibiayai DS Nizar,yang wang peruntukan ahli parlimen dirampas Ketua Umno Bahagian.

Naim seorang rakyat Malaysia.Tinggal di Kg Chengal Jantan,Dun Kuala Sapetang.Rumahnya akan ditenggelami air jika hujan lebat.Air akan bertakung agak lama.Beliau meminta tolong Ketua Kampung Kerajaan Zamri.Hampa! Malah dia meminta tolong Nizar,"Panggil Nizar tolong,hang?".

Apabila DS Nizar mendapat tahu kesusahan Naim, Sdr Basher Ahmad dan penulis diminta melihat keadaan rumah Naim.

Setelah memberi laporan kepada Sekretariat Parlimen.Pusat Khidmat DS Nizar meluluskan pengorekan parit untuk mengalirkan air bertakung. Hari ini gotongroyong rumah penduduk belangsung..

DS Nizar,wang gajinya sebagai Ahli Parlimen diberi terus kepada rakyat.

Saturday, November 21, 2009

DS Nizar Lancar Dua Program Untuk Murid Sekolah Masa Cuti

DS Nizar melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang akan menganjurkan dua program untuk murid sekolah dalam masa cuti ini.

Program itu berkhatan dan program motivasi pelajar.Semua program terbuka untuk rakyat Parlimen Bukit Gantang.

Program berkhatan akan berlangsung pada dua tarikh berlainan.Untuk Dun Changkat Jering dan Kuala Sapetang akan berlangsung pada 5 Disember.

Program bermula pada 8 pagi di Markaz Pas Changkat Ibol dan pada pukul 2.30 petang perasmian Program Berkhatan oleh DS Nizar di Surau Kg Sungai Petai.

Sementara itu untuk Dun Trong akan berlangsung pada 12 Disember,di Masjid Sg Bemban,Kuala Trong.Berkhatan di Dun Trong pada pukul 9.00 pagi dijangka perasmiaannya oleh DS Nizar.

Mereka yang berminat untuk berkhatan anak boleh berhubungan dengan Pengarah Program,Ustaz Zulkifli Ahmad 019-5797466 atau untuk Dun Trong Sdr Zainudin Hamzah 019-5205025.Berkhatan ini percuma,hanya menderma RM10.00 untuk satu keluarga bagi majlis kenduri.

DS Nizar juga turut menyediakan Program Motivasi Pelajar khusus untuk mereka yang berada ditahun empat,lima dan enam.Program motivasi ini dijangkakan pada 15 dan 16 Disember di Eko Pelancongan Kuala Sapetang.Penyertaan percuma,penyertaan terhad 100 peserta ,terbuka untuk pelbagai kaum.Anak-anak yang berminat boleh menghubungi Pusat Khidmat 05-8483950,waktu pejabat.

Friday, November 6, 2009

DS Nizar Sampai Salam -Sabarlah Menerima Musibah

Sdr Fadhil Idris Setiausaha Kawasan bersama Sdr Basher Ahmad sedang mendapat maklumat daripada Ahmad Tamizi,berkenaan rumah beliau.


5 November 2009-Changkat Jering.

Rumah seorang penduduk Ahmad Tamizi terbakar hangus malam kelmarin.Rumah Ahmad Tarmizi dikatakan terbakar kerana lintar pintas.Buat sementara ini pihak berkuasa sedang menyiasat.Kebakaran didakwa berlaku pada pukul 9.00 malam.

Menurut Sdr Fadhil Idris,YDP Kawasan Ustaz Nordin Jaafar telah melawat mangsa kebakaran pada sebelah malam sewaktu pihak bomba berusaha mengawal keadaan dan memadamkan kebakaran.

Sementara itu penulis menyampaikan salam DS Nizar yang berada di Kuala Lumpur dan menyampaikan sedikit bantuan Ahli Parlimen."DS pesan ,bersabarlah menghadapi ujian"kata penulis.



Keadaan rumah Ahmad Tamizi yang hangus malam kelmarin


Ahmad Tamizi dalam perjalanan menghantar isteri beliau Wan Norashikin sewaktu kebakaran berada di Bukit Gantang untuk satu program lawatan Amanah Ikhtiar melawat Kelantan. Ahmad Tamizi menerima panggilan sekitar jam 9.00 mlm mengatakan rumah beliau terbakar.

Terkejut dengan kejadian beliau bergegas kerumah beliau di Changkat Jering. Ahmad Tamizi hanya memikirkan ibu beliau yang lumpuh dan seorang kakak beliau yang sakit dan anak-anak yang berada dirumah.

"Syukur Alhamdulliah semua mereka telah dikeluarkan oleh jiran-jiran,walaupun rumah telah pun hangus"kata Tamizi.


Ahmad Tamizi sedang menceritakan keadaan rumah beliau kepada penulis.

Para pembaca dan penderma yang budiman bolehlah menyalurkan sumbangan kepada beliau dan isteri melalui akaun isteri beliau:

Wan Norashikin Bt Shafiee di Bank Islam NO:08040021694197.

Maklumat diri:Ahmad Tamizi bin Mohd Isa(kerja sendiri)
Isteri: Wan Norashikin bt Shafie
Anak: 4, masih bersekolah,3 orang belajar di sekolah menengah dan seorang belajar di sekolah rendah.
Ibu: Fathima, umur 78.lumpuh (.tinggal bersama).
Kakak: Jamliah , umur 58 tahun sakit (tinggal bersama)

Maklumat lanjut hubungi Ahmad Tamizi No tel:012-5247176 atau pusat khidmat Ahli Parlimen:058483950

Monday, October 26, 2009

Pusat Khidmat DS Nizar: 12 tahun UMNO tak tolong buat Kad Pengenalan.


Roslina di Jabatan Pendaftaran Negara mengemukakan permohonan Kad Pengenalan,ditemani ibunya.

26 Oktober 2009-Taiping-

Roslina Kamaruddin yang telah berumur lebih 24 tahun masih lagi belum memiliki KP.
Pusat Khidmat Ahli Parlimen yang menerima maklumat seminggu yang lepas telah membawa beliau dan ibu beliau ke Pejabat Pendaftaran Daerah untuk urusan mendapatkan Kad Pengenalan bagi Roslina.

JPN telah mengarahkan untuk mengisi lebih dari 10 borang untuk urusan pendaftaran tersebut dan telah menetapkan satu tarikh yang lain dibulan Nov untuk urusan pendaftaran permohonan Daftar Lewat bagi Cik Roslina kamaruddin.


Puan Tun bersama anak beliau Roslina di Wisma Persekutuan.

"Sebelum ini terdapat banyak pihak yang telah berjanji untuk menolong kak untuk urusan pendaftaran I.C Roslin ,tapi semua tinggal janji saja," kata Kak Tun ."Lagi pun Roslina ini bukannya dapat berjalan selalu ,nak bawa dia naik bas atau teksi memang susah dia sakit ,dia OKU, "tambah kak Tun .

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih pada DS Nizar dan petugas beliau yang prihatin.

"Jangan lupa bulan depan kena tolong sekali lagi ke JPN,"minta Kak Tun.

"OK...ditanggung beres..kami dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Insyaallah akan menolong sehingga habis,"kata Basher Ahmad,Pegawai Khas Nizar,yang juga AJK Pas Bukit Gantang.

Sementara itu Fadhil Idris ,Pegawai Khas DS Nizar merangkap Setiausaha Kawasan Bukit Gantang akan berusaha mendaftar Roslina Kamarudin dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saturday, September 19, 2009

Berita ringkas Bukit Gantang:Banjir melanda BT 9 dan Kuala Trong.SMS DS Nizar,bantu penduduk.

29 Ramadhan ,hujan berterusan petang tadi,menyebabkan berlakunya banjir di Bt 9,Kg Kepala Bukit dan Kuala Trong.

Pegawai DS Nizar ,Sdr Basher Ahmad dan Sdr Zainuddin Hamzah yang juga AJK Pas Kawasan Bukit Gantang sedang berusaha membantu meringankan kesedihan rakyat yang melanda kedua-dua kampung tersebut.


Pasukan Pas Kawasan dan Pasukan Pusat Khidmat Ahli Parlimen serta dibantu Pasukan Unit Amal Kawasan Bukit Gantang,sedang mengagihkan bantuan kepada lebih kurang 20 keluarga di Kuala Trong.

DS Nizar amat prihatin ,dan beliau memberi mesej kepada penulis supaya membantu penduduk mengikut kemampuan kita.

Satu SMS dari DS Nizar:Banjir berlaku di Matang,minta beri bantuan.

Banjir....Matang..


Penduduk membersihkan Masjid Matang atau Masjid Tengku Menteri.


18/09/09- Jumaat:Hujan lebat semalaman dan Air Pasang(Laut) mengakibatkan banjir kilat melanda di sekitar Matang ,Teluk Kertang.

Pengerusi Masjid Tengku Menteri,Matang Pak Itam yang ditemui. berkata ini adalah perkara biasa buat penduduk Matang ,solat Jumaat minggu ini kami pindah ke dewan Sekolah Kebangsaan Matang yang tidak berapa jauh dari sini .Tambah beliau ,aduan telah diajukan ke jabatan-jabatan seperti JPS dan usaha-usaha dari mereka tiada yang berjaya menyelesaikan masalah banjir disini ,kerana tapak masjid ini berada bawah dari paras sungai yang berdekatan(Sungai Rentaka).

"Kami bersiap sedia dengan peralatan seperti pam ,penyapu dan peralatan lain ,apabila hujan turun dengan lebat "kata Pak Itam.

Ahli Parlimen melalui Pusat Khidmat , Insya`Allah akan cuba untuk membina lubang yang dilengkapi" Pam "menyedut air yang dapat digunakan untuk mengepam keluar air dari masjid bila dinaiki air .

Sdr Basher Ahmad Pegawai Khas DS Nizar,akan berusaha untuk meringankan masalah pihak masjid ."Cadangan BINA SISTEM LUBANG BERSAMA PAM,akan disegerakan" kata Sdr Basher. "Kami akan membantu penduduk berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat"ujar Sdr Basher Ahmad.

Masjid Tengku Menteri ,Matang dipenuhi air sungai.

Sementera itu dijalan Telok Kertang,ban Sg Rentaka pecah akibat pokok tumbang dan mengakibatkan lebih kurang 20 buah rumah yang berdekatan dimasuk air .Pihak Jps dan lain-lain jabatan bergegas untuk menutup balik ban ,dan pengaliran air dapat diberhentikan dengan segera.

Seorang penduduk yang ditemui Mohd Talib b Amir bekerja di Kuala Lumpur ,balik beraya dikampung terkejut melihat anak beliau tidur diatas kereta kerana rumah dimasuki air akibat ban pecah.Kerosakan ..carpet kusyen dan peralatan lain....

Sdr Basher Ahmad menyarankan beliau membuat laporan Polis untuk memudahkan kerja mohon bantuan JKM.




sedang membersihkan... lumpur


Mohd Talib...bersabar!

Monday, September 14, 2009

DS Nizar prihatin:Sumbang khemah untuk bertalkin dan pengebumian jenazah



11 Sept 2009.Khemah yang disumbangkan DS Nizar untuk Tanah Perkuburan Jebong.


Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Bukit Gantang Dato Seri Nizar melalui pejabat Pusat Khidmat telah memberi sumbangan sebuah khemah ke Tanah Perkuburan Jebong.

Sumbangan itu untuk memudahkan urusan bertalkin dan pelbagai kegunaan lain yang sesuai.
Khemah tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Khas N 13, Sdr Basheer Ahmad kepada Ajk Tanah Perkuburan Ust Hj Osman Jumaat lalu.

Kelihatan Ustaz Hj Osman sedang membantu pembekal untuk menurunkan khemah pelbagai guna.

Masyarakat yang ingin membantu Pusat Khidmat Ahli Parlimen meringankan masalah rakyat boleh menelefon Pusat Khidmat Induk 05-8483950.