Friday, November 6, 2009

DS Nizar Sampai Salam -Sabarlah Menerima Musibah

Sdr Fadhil Idris Setiausaha Kawasan bersama Sdr Basher Ahmad sedang mendapat maklumat daripada Ahmad Tamizi,berkenaan rumah beliau.


5 November 2009-Changkat Jering.

Rumah seorang penduduk Ahmad Tamizi terbakar hangus malam kelmarin.Rumah Ahmad Tarmizi dikatakan terbakar kerana lintar pintas.Buat sementara ini pihak berkuasa sedang menyiasat.Kebakaran didakwa berlaku pada pukul 9.00 malam.

Menurut Sdr Fadhil Idris,YDP Kawasan Ustaz Nordin Jaafar telah melawat mangsa kebakaran pada sebelah malam sewaktu pihak bomba berusaha mengawal keadaan dan memadamkan kebakaran.

Sementara itu penulis menyampaikan salam DS Nizar yang berada di Kuala Lumpur dan menyampaikan sedikit bantuan Ahli Parlimen."DS pesan ,bersabarlah menghadapi ujian"kata penulis.



Keadaan rumah Ahmad Tamizi yang hangus malam kelmarin


Ahmad Tamizi dalam perjalanan menghantar isteri beliau Wan Norashikin sewaktu kebakaran berada di Bukit Gantang untuk satu program lawatan Amanah Ikhtiar melawat Kelantan. Ahmad Tamizi menerima panggilan sekitar jam 9.00 mlm mengatakan rumah beliau terbakar.

Terkejut dengan kejadian beliau bergegas kerumah beliau di Changkat Jering. Ahmad Tamizi hanya memikirkan ibu beliau yang lumpuh dan seorang kakak beliau yang sakit dan anak-anak yang berada dirumah.

"Syukur Alhamdulliah semua mereka telah dikeluarkan oleh jiran-jiran,walaupun rumah telah pun hangus"kata Tamizi.


Ahmad Tamizi sedang menceritakan keadaan rumah beliau kepada penulis.

Para pembaca dan penderma yang budiman bolehlah menyalurkan sumbangan kepada beliau dan isteri melalui akaun isteri beliau:

Wan Norashikin Bt Shafiee di Bank Islam NO:08040021694197.

Maklumat diri:Ahmad Tamizi bin Mohd Isa(kerja sendiri)
Isteri: Wan Norashikin bt Shafie
Anak: 4, masih bersekolah,3 orang belajar di sekolah menengah dan seorang belajar di sekolah rendah.
Ibu: Fathima, umur 78.lumpuh (.tinggal bersama).
Kakak: Jamliah , umur 58 tahun sakit (tinggal bersama)

Maklumat lanjut hubungi Ahmad Tamizi No tel:012-5247176 atau pusat khidmat Ahli Parlimen:058483950

No comments:

Post a Comment