Saturday, November 21, 2009

DS Nizar Lancar Dua Program Untuk Murid Sekolah Masa Cuti

DS Nizar melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang akan menganjurkan dua program untuk murid sekolah dalam masa cuti ini.

Program itu berkhatan dan program motivasi pelajar.Semua program terbuka untuk rakyat Parlimen Bukit Gantang.

Program berkhatan akan berlangsung pada dua tarikh berlainan.Untuk Dun Changkat Jering dan Kuala Sapetang akan berlangsung pada 5 Disember.

Program bermula pada 8 pagi di Markaz Pas Changkat Ibol dan pada pukul 2.30 petang perasmian Program Berkhatan oleh DS Nizar di Surau Kg Sungai Petai.

Sementara itu untuk Dun Trong akan berlangsung pada 12 Disember,di Masjid Sg Bemban,Kuala Trong.Berkhatan di Dun Trong pada pukul 9.00 pagi dijangka perasmiaannya oleh DS Nizar.

Mereka yang berminat untuk berkhatan anak boleh berhubungan dengan Pengarah Program,Ustaz Zulkifli Ahmad 019-5797466 atau untuk Dun Trong Sdr Zainudin Hamzah 019-5205025.Berkhatan ini percuma,hanya menderma RM10.00 untuk satu keluarga bagi majlis kenduri.

DS Nizar juga turut menyediakan Program Motivasi Pelajar khusus untuk mereka yang berada ditahun empat,lima dan enam.Program motivasi ini dijangkakan pada 15 dan 16 Disember di Eko Pelancongan Kuala Sapetang.Penyertaan percuma,penyertaan terhad 100 peserta ,terbuka untuk pelbagai kaum.Anak-anak yang berminat boleh menghubungi Pusat Khidmat 05-8483950,waktu pejabat.

No comments:

Post a Comment