Thursday, December 17, 2009

Ibu Itulah Bidadari- YB Tuan Haji Zainuddin Mohd Yusuf

YB Tuan Haji Zainuddin Yusuf menerima cenderamata dari Osman Mohd,Pengarah Program.Turut kelihatan YDP Pas Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.

YB Tuan Haji Zainuddin Yusuf bergambar bersama peserta program.
Sebahagian peserta yang terlibat dalam motivasi pelajar percuma.
YB Tuan Hj ZAinuddin,Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Idris,S/U Pas Bukit Gantang bersama fasilitator.


Kuala Sapetang,17 Disember 2009-

YB Adun Lubok Merbau,Tn Hj Zainuddin Yusuf yang juga Exco Kerajaan PR Perak menyatakan ibu itulah bidadari .

Beliau menyatakan ibu mahu anaknya yang terbaik dan menjadi anak soleh.YB Tn Haji Zainuddin juga menyatakan jikalau di syurga,bidadari melayan ahli syurga dengan begitu baik.Jadi ibulah bidadari yang melayan anak mereka dengan baik.

Tuan Haji Zainuddin juga menjelaskan ,ibu-bapa yang cerdik akan mengambil peluang program motivasi ini.Beliau juga meminta ibu-bapa mementingkan pendidikan untuk anak-anak kerana pelajaran penting untuk menjamin masa depan mereka.Beliau berpendapat dengan pelajaran anak akan menjadi anak soleh dan tidak terjebak dengan gejala sosial.

Beliau juga memberi nasihat kepada ibu-bapa pelajaran penting kerana peluang pendidikan terhad,mereka yang cemerlang sahaja berpeluang untuk belajar di universiti.

YB Adun Lubok Merbau,Perak itu juga menerangkan pada masa depan cabaran semakin getir kerana dunia tidak ada sempadan.Dengan perkembangan internet budaya kuning mudah masuk dalam kalangan kita.Justeru itu beliau mengharap ibu-bapa memantau perkembangan anak-anak.

Di samping Tuan Haji ZAinuddin Yusuf yang juga Exco Kerajaan DS Nizar juga menerangkan kejayaan PR selama 10 bulan mentadbir Perak.Antaranya membantu Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Raja Izuddin dan Sekolah Menengah Raja Taayah.Jikalau PR memerintah Perak kita akan tetap mempertahankan sekolah itu di bawah kerajaan negeri dan tidak menjadikan sekolah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.Beliau juga menjelaskan banyak lagi yang akan dibuat kerajaan PR Perak,tetapi itu tidak dapat dilaksanakan.

YB Tn Haji Zainuddin Yusuf mengucapkan tahniah kepada Pas Kawasan Bukit Gantang dan Ahli Parlimen yang berjaya menganjurkan program ini secara percuma untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment