Monday, September 28, 2009

Team DS Nizar Ketuai Pasukan Perak Di Bagan Pinang.

Pick-up Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,akan menabur tenaga di Bagan Pinang.

Jabatan Pilihanraya Pas Perak memberi kepercayaan kepada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Bukit Gantang Sdr Basher Ahmad untuk mengetuai kontigen Perak di Unit Peti Undi Siliau.

Sdr Basher Ahmad merupakan salah seorang anggota Jentera Pilihanraya PRK Bukit Gantang,baru-baru ini.

Kepakaran dan pengalaman Basher Ahmad yang juga Pegawai Khas DS Nizar dijangka dapat membantu jentera operasi Pilihanraya Pas Bagan Pinang.

Sdr Basher Ahmad ,Pegawai Khas DS Nizar yang mampu berbahasa Tamil.


UPU Siliau mempunyai undi biasa 708 undi dan 1 undi pos.Dengan kedudukan kaum India 541,Cina 102 dan Melayu 66 orang,jumlah keseluruhan 709 pengundi.

Pemilihan Basher Ahmad amat bersesuai dengan lokaliti daerah mengundi kawasan ladang yang majoriti pengundinya orang India.

Sementara itu PAS Kawasan Bukit Gantang akan menghantar pasukan Jentera Pilihanraya bermula 9 Oktober-11 Oktober."Kita kali ini menghantar Ahli Kelab Penyokong Pas,diketuai Sdr Raja"kata YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin."Pasukan Kelab Penyokong berpengalaman untuk menangkis dakyah palsu MIC atau BN"tegas Ustaz Nordin Lagi.

Pusat mengundi di SJK Tamil ,Ladang Siliau.

Bicara Rasuah Osman dan Jamaluddin ,projek bernilai RM180 juta.

Mahkamah Sesyen di sini diberitahu projek pembangunan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta ada dicadangkan dalam mesyuarat penuh Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) tetapi ia tidak dibincangkan secara terperinci.

Pembantu Tadbir MDPT Wan Nora Hasida Ngah, 26, berkata beliau terlibat menyediakan dan mencatat minit mesyuarat penuh anggota majlis berkenaan sejak 2007 hingga September 2008 selain menjalankan tanggungjawab hakikinya yang lain.

"Cadangan untuk memajukan tanah seluas 36 hektar (90 ekar) bagi pembangunan bandar baru di Seri Iskandar ada dicadangkan, tetapi ia tidak dibincangkan secara terperinci," katanya semasa diperiksa balas oleh peguam Mohd Roni Abdul Rahman dalam perbicaraan kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar membabitkan dua bekas Exco kerajaan negeri dan tiga yang lain.

Saksi itu turut membacakan kepada mahkamah minit mesyuarat anggota majlis MDPT yang dicatat olehnya pada 18 Mei 2007 bahawa mesyuarat itu sebulat suara bersetuju untuk meneruskan projek pembangunan itu secara usahasama dengan sebuah syarikat mengikut terma dan syarat tertentu tetapi ia tertakluk kepada majlis mesyuarat kerajaan (MMK) Perak (mesyuarat Exco).

Beliau juga membacakan minit mesyuarat MDPT pada 26 Dis 2007 iaitu pentadbiran tanah sedang menunggu ulasan dan pandangan Jabatan Teknikal daerah sebelum kertas cadangan projek itu disediakan untuk dibawa ke majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Seorang lagi saksi, juruteknik MDPT Mohd Sahar Arif, 48, pula memberitahu mahkamah projek yang dicadangkan itu belum dilaksanakan dan tanah berkenaan masih menjadi milik kerajaan negeri.

"Saya hadir dalam mesyuarat penuh tetapi tidak mengetahui mengenai cadangan projek itu," katanya.

Pada 25 Ogos lepas, dua Exco kerajaan negeri ketika itu Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, 58; Jamaluddin Md Radzi, 53; dan dua lagi iaitu bekas Adun Bota daripada PKR Usaili Alias, 57; dan bekas anggota MDPT Zul Hassan, 46; didakwa melakukan kesalahan rasuah berhubung projek pembangunan tanah 36 hektar bernilai RM180 juta di Bandar Baru Seri Iskandar di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini; dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos 2008 di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.

Seorang ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos 2008 lepas.

Terdahulu Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi untuk menggugurkan kesemua lapan pertuduhan terhadap tertuduh kelima, seorang juruteknik PKNP Ruslan Sahat kerana tertuduh telah meninggal dunia pada 3 Ogos lepas.

Pendakwaan dijalankan oleh Mohamad Jazamuddin dan Nafhatun Mohd Pozi manakala kesemua tertuduh diwakili Mohd Roni, Surjan Singh, S. Muthu, Yunos Ali, Mohd. Asri Osman dan Ranjit Singh.

Perbicaraan disambung hari ini 29 September.
-- BERNAMA

Hari ini 29 September Keputusan Speaker Sivakumar



Hari ini ,jam 10 pagi bertempat di Mahkamah Tinggi Ipoh akan diputuskan keputusan dari kes yang difailkan oleh YB Sivakumar mengenai status 3 orang adun yang meninggalkan PR.Ketiga-tiga mereka ialah Jamaluddin,Osman dan Hee Yit Foong.

Moga-moga keputusan memihak kepada YB Sivakumar.Sementara itu Osman dan Jamaluddin sedang dibicarakan berkaitan kes rasuah di Mahkamah Sesyen Perak Tengah.

Kita berharap hakim berpegang kepada maksud hadis nabi s.a.w daripada tiga hakim,dua daripadanya masuk neraka.Renung-renungkanlah maksud hadis nabi itu.

Pandang Sisi Bukit Gantang:Bagaimana"SB" kira jumlah kehadiran?

1.Kelmarin Rumah Terbuka Eidulfitri Pas Kawasan Bukit Gantang dan DS Nizar bertemu rakan SB baik tetapi tidak mesra.Beliau bertanya berapa ribu cucuk sate,berapa ekor lembu,berapa ekor ayam,berapa batang lemang,berapa balang cendol,berapa kilo laksa,bihun,kuey teow dan berapa kawah nasi?Penulis menjawab ,sambil bergurau!

Kehadiran rumah terbuka DS Nizar 10,000 orang.

2.Semasa PRK Bukit Gantang,rakan SB bertanya berapa jumlah kutipan derma semasa pengisytiharan calon?Penulis menjawab lebih 6 ribu ringgit,itupun kutip tak habis!

Kehadiran semasa pengisytiharan calon 30 ,000. 1 ringgit bersamaan 5 orang.

3.Penamaan calon 29 Mac 2009.Teman SB semasa di Dewan MPT ,memberitahu,jikalau PR duduk bersebelahan Taman Tasik Taiping ,jumlah agak besar dan sesak.

Kehadiran sebesar Taman Tasik Taiping sebanyak 50,000.

4.Kehadiran ceramah,jumlah motosikal diambil kira dan kereta jumlah jarak kilometer letak kereta dikira.

Kehadiran 100 orang jika terdapat 50 motosikal.Jika kereta dipakir sejauh tiga kilometer,jumlah orang 10,000 orang.

Salahuddin Ayub:Bagan Pinang,Hapuskan 'fear factor', hormati pengundi pos

PUTRAJAYA, 28 Sept:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta untuk menghapuskan 'fear factor' anggota keselamatan dan menghormati pengundi pos untuk membuat pilihan mereka dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang kelak.

"Cadangan terbaik hapuskan sistem borang 2 dan sampul 1 dan 2 dengan cara demikian anggota keselamatan tidak akan bimbang untuk buang undi memandangkan borang 2 dan sampul ada butir peribadi mereka,"jelas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di pekarangan Ibu Pejabat SPR dalam perbincangan delegasi PAS dan SPR di Putrajaya sebentar tadi.

Beliau semasa ditemui wartawan berkata, selain itu PAS dan Pakatan Rakyat juga mencadangkan agar undi-undi pos tidak disimpan di balai polis tetapi disimpan di bawah pengawasan SPR.

"Mungkin boleh letak di sekolah, Pejabat Daerah dan sekaligus mengizinkan agen-agen parti yang terbabit memantau karung undi berkenaan.

"PAS tidak kisah undi disimpan 24 atau 48 jam dengan syarat agen-agen parti memantau,"tambahnya apabila disoal wartawan mengenai isu-isu yang dibangkitkan semasa berbincang dengan SPR sebelum ini.

Selain itu, PAS juga katanya, meminta SPR agar membenarkan anggota keselamatan membuang undi pada hari pengundian dan bukannya seperti yang dibuat sebelum ini.

Dalam pada itu, katanya, SPR pada dasarnya bersetuju dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Salahuddin juga berkata, SPR mengakui boleh mengubah syarat-syarat undi pos tanpa meminda mana-mana akta tetapi memerlukan masa memandangkan terlalu banyak pilihan raya kecil dan dalam masa sama SPR menegaskan belum tentu apa yang dituntut akan dapat ditunaikan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kempen di kem-kem tentera, Salahuddin berkata, PAS bersetuju sekiranya syarat tersebut dikenakan juga kepada parti pemerintah (Umno).

"Jika PAS tidak boleh berkempen maka begitu juga Umno...Umno juga tidak berkempen...PAS akan bawa calon jika kerajaan benarkan,"tambahnya.

Beliau juga menyelar tindakan Datuk Dr Zahid Hamidi dan Datuk Seri Sharizat Jalil yang bercadang untuk meraih undi dalam kem tentera.

Perbincangan antara PAS dan SPR diadakan sejak jam 11 pagi tadi. Seramai 15 orang pegawai SPR termasuk pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof masih berbincang dengan delegasi PAS yang juga seramai 15 orang dan antara yang kelihatan adalah,Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh;Ahli Parlimen Jerai merangkap Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS, Firdaus Jaafar;Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohammad.

Dijangkakan delegasi BN pula akan tiba jam 3 petang nanti untuk berbincang dengan SPR.

Salahuddin yang baru sebentar tadi keluar daripada bangunan SPR menjelaskan bahawa, SPR nampaknya tidak akan melaksanakan segala tuntutan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana mendakwa kesuntukan masa._

HarakahDaily.Net

PAS PERAK: Ganesan, Speaker tidak sah.


IPOH, 28 Sept: PAS Perak tetap berpendirian, tindakan Adun Pakatan Rakyat untuk tidak menghadiri sidang DUN yang dipanggil Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN) Ganesan adalah langkah yang tepat.

Ini kerana, bagi mereka V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya.

Beliau menegaskan bahawa �Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa.

"Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.�

Abu Bakar mengulas tindakan 28 Adun Pakatan yang tidak akan menyertai sidang Dun Perak akan datang yang dipanggil oleh Speaker Ganesan.

"Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah kerana kuasa mempengerusikan sidang DUN masih di bawah Yb V.Sivakumar," katanya.

Image(Gambar:Speaker DUN Perak, V Sivakumar diseret dari DUN)

Tambah beliau lagi, seluruh rakyat Perak mengetahui bahawa Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei.

Ia adalah cubaan rampasan kuasa Umno-BN, katanya.

"Sememangnya insiden mengusung keluar secara paksa speaker dari dalam dewan adalah tindakan ganas umno/bn yang telah memalukan seluruh rakyat Negeri Perak," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mengesahkan semua Adun Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan.

Alasan beliau adalah:-

Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas.

Ganesan, kata Khalil, dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

Bagi beliau, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed.

Azhar memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN.

Beliau memetik Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.

Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar, katanya, cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker.

"Saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah," kata Khalil dalam kenyataannya.

Oleh itu, Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

"Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka," katanya._

Mohd Hafez Sabri.HarakahDaily.Net

Apa kata orang lain: Rumah Terbuka Dato Seri Nizar Jamaluddin

27/9/2009 : Bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen B.Gantang di Dun Kuala Sepetang telah diadakan satu Majlis Rumah Terbuka sempena dengan kedatangan Syawal yag mulia ini.Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan kehadiran tetamu dikalangan Rakyat turut menambah meriah Majlis ini.Dato Seri Nizar yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang tiba bersama-sama dengan Isteri Beliau iaitu Datin Seri Fatimah Taat kira -kira jam 9.20 pagi dan sememangnya kehadiran mereka itu dinantikan oleh seluruh tetamu yang hadir.Turut hadir sama ialah beberapa Pimpinan PR ynag lain antaranya ialah Yb Zainuddin,Yb Hussin Din,Yb Nga Ko Meng,Yb Tai,En Ismail yusof dan beberapa lagi lain.Pengerusi Gerakan Pokok Assam taiping iaitu Mr Teoh turut hadir bersama isteri di majlis ini.

Rumah terbuka kali ini menghidangkan juadah makanan yang banyak dan menyelerakan bagi menjamu selera Rakyat di Bukit Gantang.Dari cendol sehingga Nasi Tomato semuanya mendapat sambutan dari yang hadir dan apa yang menambah baik Majlis semalam ialah kehadiran tetamu dari pelbagai bangsa dan latar belakang yang menunjukan kesepaduan yang baik.Layanan tiada istilah VIP dan kegembiraan Rakyat dapat mendampingi Pemimpin kesukaan mereka dilihatkan sebagai satu lagi usaha dalam menyemarakkan istilah PEMIMPIN RAKYAT yang mana tiada jurang antara RAKYAT dan Pemimpin mereka.Sesi bergambar bersama pimpinan yang hadir juga meniggalkan satu IMPAK yang besar kepada Rakyat yang hadir dan usaha ini seharusnya diteruskan.

Menghiasi Majlis lagi ialah penyampaian duit Raya oleh Datin Seri Fatimah Taat yang disumbangka Oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin sendiri untuk diberikan kepada 300 kanak-kanak yang hadir pada majlis semalam.Dianggarkan melebihi 10,000 orang tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Sepanjang Majlis berlangsung Dato Seri dan Datin Seri meluangkan masa mereka bersama-sama dengan Rakyat dan mendengar keluhan juga berkongsi cerita bersama mereka.Dato Seri yang tidak melepaskan peluang untuk melayan Rakyat dengan menghidangkan Cendol Special dan Kuewtiaw goreng yang mana ia dihidangkan oleh Beliau sendiri.

Kira-Kira jam 1 petang Dato Seri dan Isteri berangkat pulang bagi menghadiri 2 Majlis yang lain.Majlis seterusnya ialah di Simpang iaitu Majlis Perkahwinan Imam dikawasan tersebut.Dato Seri dan Datin seri sempat juga singgah di sebuah rumah seorang penduduk cina berhampiran yang baru kematian ibunya beberapa hari yang lalu.Beliau meluangkan sedikit masa bersama keluarga itu bagi bertanya khabar.Selepas itu kami bertolak pula ke Gunung Semanggol untuk ke Majlis rumah Terbuka dan Perkahwinan anak kepada Yb Ramli Tusin Adun Gunung Semanggol.Selesai menjamu selera Dato dan Datin Seri berangkat pulang ke Ipoh.

Sya reformis, Team_PerakExpress