Wednesday, December 2, 2009

Tahniah PAFA-penuh syarat FAM-Pemuda PAS Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah di atas kepimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak yang telah memastikan Pasukan Bolasepak Negeri Perak layak menyertai pertandingan Liga Super musim baru dan juga telah berjaya menyelesaikan hutang lapuk sepertimana yang telah diberikan syarat tambahan oleh Persekutuan Bolasepak Malaysia.

DPPN Pk memuji sikap Datuk Seri Nizar kerana beliau yang telah dipertanggungjawabkan selaku Presiden berjaya mengurus Persatuan Bolasepak Negeri dengan baik dan berusaha memastikan hutang-hutang lapuk semenjak tahun 2006 diusahakan untuk diselesaikan. DPPN Pk yakin di atas kewibawaan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani berjaya menggerakkan Persatuan melalui semua Ahli Majlisnya bersatu membantu Pasukan Bolasepak Negeri untuk layak menyertai Liga Super 2010 ini.

DPPN Pk melihat usaha yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Nizar mesti diteruskan dan ciri kepimpinan yang telah beliau tunjukkan, akan memastikan Pasukan Bolasepak Negeri akan terus mencapai kejayaan. DPPN Pk juga yakin Datuk Seri Nizar akan bertindak sebagai nakhoda atau ketua yang boleh bekerjasama dengan semua pihak tanpa bersentimenkan perkara yang tidak sihat.

Malah DPPN Pk amat berkeyakinan dengan kepimpinan Datuk Seri Nizar ini akan mencapai kehendak penyokong, peminat dan rakyat Negeri Perak yang cintakan sukan bolasepak ini. Penyatuan yang telah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar di dalam menguruskan Persatuan Bolasepak ini harus dipuji kerana tindakan cemerlangnya. Syabas DPPN Pk ucapkan kepada Datuk Seri Nizar, semoga majulah sukan untuk negeri Perak yang kita cintai ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Program Motivasi Anjuran Ahli Parlimen Bukit Gantang


Ahli Parlimen Bukit Gantang melalui pusat khidmat beliau akan menganjurkan Motivasi Pelajar.
Motivasi itu akan diadakan di Eko Pelajaran,Kuala Sapetang.

Program berlangsung pada 16- 17 Disember.Penyertaan terbuka untuk semua kaum.Pendaftaran peserta terhad untuk 100 orang.

Pendaftaran percuma,terbuka untuk pelajar berumur 10 tahun hingga 12 tahun.Tarikh tutup pada 9 Disember 2009.

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Pusat Khidmat 05-8483950 waktu pejabat.Keutamaan diberi kepada mereka yang tinggal dalam Parlimen Bukit Gantang.

PROFIL DS Nizar Jamaluddin-Tokoh Rakyat Perak

Butiran Peribadi :

Nama

: Dato’ Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar bin Jamaluddin

Tarikh Lahir

: 17 Mac 1957

Tempat Lahir

: Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak

Kerjaya

: Jurutera Perunding (Mekanikal- Pengangkutan Vertikal, Elevator

& Eskalator)

Status

: Berkahwin dan mempunyai 8 orang anak (3 perempuan dan 5 lelaki)

Latar Belakang Akademik :

Penganugerahan

Tahun

Instititusi

LCE

1972

: Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar, Perak

MCE

1974

: Sekolah Menengah Teknik, Persiaram Brash, Ipoh

Advance Level

( “A” Level)

1976

: Norwich City College of Arts & Technology

Norwich, Norfolk, England

BSc. Mechanical Engineering

1980

: The ASTON University of Science & Technology

Birmingham, West Midlands, England

Latar Belakang Kerjaya :

i. Jabatan Kerja Raya (Bengkel & Kuari)

ii. Perbadanan Pembangunan Bandar, (UDA- Daya Urus S/B)

iii. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, (PDC- Pen-Urus Harta S/B)

iv. Perunding M & E (MECS Engineer)

v. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia



Pengalaman Kerjaya :

Dalam Negara :-

i. Projek Dayabumi Fasa 2 & 3 - 1983

ii. Projek Pusat Islam (BAHEIS, JPM) - 1984

iii. Projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu - 1985

iv. Projek Pembesaran Masjid Negara - 1986

v. Permodenan dan Naik Taraf Bangunan Persekutuan dan JKR 26-1987

vi. Lebuhraya PLUS -1997 - kini

vii. Pengurusan Bangunan-bangunan Kerajaan dan Swasta termasuk ( Komtar, Bangunan Persekutuan Gunasama, Pusat Beli Belah, KWSP )

viii. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elevator dan Eskalator

ix. Pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Penang, Kedah, Perlis hingga kini. Di Sabah sehingga 2006

x. Bangunan Telekom, Semarak, KL

Antarabangsa :-

i. Birmingham, UK

ii. Zug, Switzerland

iii. Enschede & Utrecht, Holland

iv. Stutgart, Paderborn & Munchen, Germany

v. Milano, Italy

vi. Bangkok, Thailand

vii. Sydney & Goldcoast, Australia

viii. Jakarta, Indonesia

ix. Doha, Qatar

x. Tehran, Iran

xi. Singapore

xii. New Delhi, India ( Feb-March 2008)



Kerjaya Politik :

Penglibatan dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak 1997 sehingga kini dengan memegang jawatan-jawatan berikut :

Tahun

Jawatan

1999 - 2001

: AJK PAS Kawasan Kampar

2001 - Kini

: Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar

2001 - 2006

: Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak

2006 - 2008

: Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak

2008 - Kini

: Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Perak

1999 - 2003

: Fellow Pusat Penyelidikan PAS Pusat

2004

: Calon PAS Parlimen Kuala Kangsar

2008

: Calon PAS DUN Pasir Panjang dan meenangi kerusi tersebut.

Mac 2008

: Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang Kesepuluh.

06 Mac 2009

: Dajatuhkan daripada jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

secara haram oleh UMNO / Barisan Nasional

Latar Belakang Keluarga :

Nama Isteri

: Datin Seri Hajah Fatimah Binti Taat

Anak-anak :-



i. Anak Pertama lulusan BA Syariah Universiti Mu’tah, JORDAN

ii. Anak Kedua, Hafiz Quran, Universiti Mu’tah , JORDAN.

iii. Anak Ketiga, Hafiz Quran, Furqan, Damshik, Syria & Universiti Lebanon.

iv. Anak keempat hingga kelapan masih belajar di pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.



Penglibatan dalam masyarakat :

i. Kuliah dan Majlis Ilmu di Masjid dan Surau ( Tafsir Quran dan Siasah Syari’ah )

ii. Forum Perdana Islam.

iii. Ceramah Isu Semasa.

iv. Ceramah Motivasi Pelajar/IPT.

v. Dialog & Taklimat Peristiwa Bersejarah Islam.

vi. Menyampaikan Khutbah Jumaat/Hari Raya.

vii. Menguruskan jenazah, talkin dan pengkebumian.

viii. Penyembelihan korban.

ix. Mengendalikan Doa tahlil, solat hajat dan Qiamullail.

x. Bantuan kepada fakir miskin.

xi. Penajaan program/aktiviti belia.

xii. Mewakili PAS dalam program-program kaum bukan Islam.

xiii. Teraju Pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak selama 11 bulan.

Anugerah

Penganugerahan

Tahun

Instititusi

Seri Paduka Mahkota Perak

Membawa gelaran Dato’ Seri

2008

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak

Futsal 'Orang Muda Geng Kita' di Bukit Gantang

BUKIT GANTANG, 2 Dis: Keunikan futsal yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang kali ini adalah kerana ia telah diadakan di waktu malam.

Program 'Orang Muda Geng Kita' yang menjadikan futsal ini sebagai medan bertemu dengan semua peminat futsal.

(Gambar: Kempen RM1 untuk selamatkan bolasepak Perak turut dilancarkan dalam liga futsal "orang muda geng kita")

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. Turut hadir dan berucap ialah Ustaz Mohd Nordin Jaafar, Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang.

Turut hadir ialah dua orang Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak iaitu Safarizal Saleh dan Abdullah Adam. Hasan Abdul Halim, Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang telah turut memeriahkan majlis tersebut.

Gimik pelancaran program 'Orang Muda Geng Kita' telah disempurnakan oleh Mohd Nordin Jaafar, Yang DiPertua PAS Bukit Gantang.

Majlis tersebut tidak juga ketinggalan melancarkan Kempen 'RM1 Selamatkan Bolasepak Perak' yang telah disempurnakan oleh Raja Ahmad.

Penyertaan oleh hampir 14 pasukan telah menjadikan pertandingan tersebut meriah dan telah berakhir sekitar jam 3.00 pagi.

safarizal saleh-harakahdaily.net

Tuesday, December 1, 2009

Pasukan Pusat Khidmat Bukit Gantang DS Nizar bergerak pantas.

Sdr Basheer Ahmad,AJK PAS Bukit Gantang sedang mengukur kawasan untuk di pasang atap rumah Sdr Aina Radzman dan Puan Sarizan Sahak di Kg Air Kuning,Taiping.Anak Aina Radzman yang terpaksa dikurung kerana terlampau hyperaktif.Anak beliau mendapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM150.00
Puan Sarizan bt Sahak sedang mendukung anak beliau yang berusia 6 tahun,dikategorikan OKU.


Baru-baru ini Sdr Aina Radzman mengadukan kepada DS Nizar ,dimana beliau memerlukan atap untuk membuat kerja mengukir batu nesan.

Dalam pertemuan bersama DS Nizar ,DS Nizar bersetuju untuk membantu."Cikgu urus segera,bincang bersama Unit Amal"kata DS Nizar.

Kita pun bertindak bersama Basheer Ahmad dan Binyamin Isahak.Akhirnya dipersetujui pada 5 Disember ini gotong-royong akan dibuat.

Sdr Aina Radzman mengharapkan kita memberi pancing bukan ikan.Kita pun membantu beliau untuk mengusahakan membuat batu nesan.

Pasangan suami-isteri itu Sdr Ainan dan Puan Sarizan mempunyai seorang anak OKU seperti yang terdapat dalam gambar.

Sehubungan dengan itu mereka yang ingin meringankan kehidupan pasangan ini bolehlah menderma ke akaun Sarizan binti Sahak ,Maybank 158051370931.

Mereka yang ingin menempah batu nesan buatan Sdr Aina Radzman boleh menghubungi talian 014-2572013

Pimpinan Masyarakat Perlu Proaktif Jangan Harap DS Nizar Saja !

Petang tadi melawat masyarakat kampung yang perlu pembelaan.Mereka telah mengadu kepada pimpinan masyarakat Pas Cawangan ,tetapi hampa.

Mereka mengadu kepada DS Nizar.DS Nizar meminta kita memberi perhatian dan tindakan.Sebenarnya aduan mereka kecil .Masalah mereka boleh diselesaikan oleh Lajnah Kebajikan Pas Cawangan.Namun Pas Cawangan tidak proaktif.

Hanya sekadar minta atap zink dan atap pisang sesikat ,tetapi itupun tidak mampu dilakukan oleh Pas Cawangan.Dahulu perkara ini kita yang menjuarai ,tetapi kita kini mengharapkan sumbangan atau bantuan Ahli Parlimen.

Teringat kita apabila keputusan PRK Bukit Gantang diumumkan.Dulu mereka mengundi kita tetapi sebaliknya tidak.PRK mereka menghukum kita.Mereka menyatakan prestasi kita seperti prestasi UMNO.Malah mereka menyatakan kualiti perkhidmatan ketua kampung kita jauh lebih teruk.

Pimpinan PAS Cawangan perlu menjadi lebih menjuarai isu rakyat dan menjadi pemimpin harapan rakyat.Jikalau kita boleh membantu masyarakat secara bergotong-royong ,kenapa kini kita tidak mahu mendahului rakyat.

Pimpinan PR perlu tahu elaun atau gaji DS Nizar habis digunakan untuk rakyat.DS Nizar tidak ambil satu sen pun gaji Ahli Parlimen.Bagi beliau rakyat keutamaan beliau.

PEMUDA PAS MINTA KAJI KESESUAIAN GANTUNG GAMBAR DYMM SULTAN




Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta semua pihak yang memaparkan gambar-gambar Seri Paduka Sultan Perak agar tidak berlaku sebarang pencemaran tindakan oleh mana-mana pihak sepertimana yang telah berlaku di The Perak Turf Club, Ipoh semalam yang memberikan gambaran negatif dengan tindakan tersebut.

DPPN Pk pertamanya mempersoalkan kenapakah gambar Seri Paduka Sultan Perak telah diletak disebuah pusat perjudian yang tidak sepatutnya berlaku. Yang keduanya, kenapakah pusat perjudian tersebut membenarkan pengunjung-pengunjungnya meminum minuman keras tanpa dikawal. Oleh kerana tersebut berlakunya tindakan biadap yang tidak dapat dikawal dan berlakunya perbuatan luar jangka serta mencemarkan seperti mengguris gambar Paduka Seri Sultan Perak.

Oleh yang demikian, DPPN Pk mendesak supaya pemaparan gambar-gambar dan potrait Seri Paduka Sultan Perak dikaji semula agar tidak diletak ditempat yang tidak sesuai. DPPN Pk juga meminta pihak-pihak yang meletakkan gambar-gambar Seri Paduka Sultan Perak lebih bertanggungjawab jika perkara seperti ini berulang kembali.

DPPN Pk yakin apa yang telah berlaku tidak dipolitik oleh mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Institusi Istana dengan politik kepartian. Jesteru, DPPN Pk berharap tindakan segera Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau dan mengambil tindakan segera supaya perkara tersebut tidak berlaku kembali.











DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.