Thursday, January 7, 2010

Ayah DS Nizar kena sabotaj ke?

Anak kedua penulis yang kini menunggu keputusan SPM bertanya kepada kita."Ayah DS Nizar kena sabotajke?.

Kita diam,lalu meminta anak melihat blog sisisbukit.Kita menerangkan tiada sesiapa sabotaj.Cuma kita menjelaskan terdapat SMS dan pangilan yang berlegar yang bercorak sabotaj.

Apa yang mereka tidak sebut tentang peristiwa DS Nizar kemalangan.Terdapat SMS yang disebarkan oleh musuh kita tidak menyenangkan untuk disebut.klik

Yang untung syarikat pengendali SMS,yang rugi duit kita.Apabila kita melawat DS Nizar beliau begitu bersemangat dan sememangnya mahu cepat keluar untuk berjuang bersama rakyat.

Ramai kenalan menyatakan DS Nizar kena sabotaj!Bagi mereka yang mempunyai nombor telefon kita ,lalu mencadangkan langkah keselamatan untuk DS Nizar jika berkunjung ke Bukit Gantang.Antaranya jangan benarkan DS Nizar memandu sendiri kenderaan ,kedua terdapat kereta yang "eskot" kereta DS Nzar dan simpan kereta DS Nizar dengan pengawasan.

Sehingga pukul 10.00 pagi tadi saya difahamkan oleh DS Nizar sedang mendapat pemeriksaan doktor.DS Nizar masih berada di wad C8 Hospital Raja Pemaisuri Bainun.

"Cikgu,sampaikan salam kepada kawan-kawan"kata DS Nizar.

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar bersama ,Sdr Zainuddin Hamzah,Sdr Bonyamin dan Cikgu Din mewakili Pas Kawasan datang melawat DS Nizar .Kelihatan juga Sdr Muhammad K.Y.Tiang .
DS Nizar kelihatan sedang berbual dengan Ustaz Nordin Jaafar.Turut kelihatan DS Fatimah isteri beliau.DS Nizar menerang beliau mengelak sebuah kereta yang mamasuki laluan.Lalu melanggar pembahagi jalan.DS Nizar menjelaskan beliau keluar dari kereta dan terdapat seorang pemuda yang mengenali beliau datang membuka pintu.DS Nizar juga memberitahu kereta yang dipandu seorang Datin ,yang beliau elak itu,juga turun untuk melihat keadaan .
DS Nizar menerima panggilan pimpinan untuk bertanya khabar.
Ustaz Nordin Jaafar meminta DS Nizar bersabar dan berehat untuk sementara sembuh untuk meneruskan perjuangan rakyat.Sewaktu kita bersalaman dengan DS Nizar,DS Nizar sempat meminta sampaikan salam kepada kawan-kawan.
DS Nizar di tempatkan di WAD C8 pada 11.15 pagi.Inilah gambar menunjukkan DS Nizar mula ditempatkan di wad untuk berehat.

gambar-gambar ehsan pusat khidmat.

Wednesday, January 6, 2010

Alhamdulillah DS Nizar selamat-sedia untuk berjuang!

Inilah kereta yang dipandu DS Nizar.
Pegawai polis trafik sedang mengawal lalu lintas
Adik kepada Dato' Seri Mohd Nizar sedang melayani SMS rakyat.



Dato' Dr. Hj. Fazli Cheah (bertali leher), seorang doktor pakar bedah suami kepada pemandu kereta Volvo.


Allah s.w.t melindungi pemimpin rakyat.

DS Nizar ..sihat tak ada apa-apa!


7 Januari: DS Nizar tersenyum menerima lawatan YB Chan Li Kang..Adun Teja bertanya khabar.Gambar ehsan Sdr Bahser Ahmad.

Bukan Sabotaj! DS Nizar hanya kemalangan .

DS Nizar terus dikunjungi rakyat dan pimpinan rakyat untuk bertanya khabar. Doktor yang merawat beliau meminta DS berehat.

DS Nizar Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak menolak apabila rakyat ingin melawat dan bertanya khabar?Kini DS Nizar sedang berehat sebentar di Hospital Besar Ipoh.

Terdapat mereka yang prihatin bertanya kita kereta DS Nizar disabotaj.Kita menjelaskan DS Nizar cuba mengelak sebuah kereta yang melalui jalan beliau.Di sini DS Nizar melanggar pembahagi jalan ,lalu kereta beliau difahamkan terbalik.Tidak ada sabotaj kata kita.

Dalam pada itu YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar meminta rakyat Bukit Gantang khususnya mendoakan kesihatan yang baik untuk DS Nizar. "DS Nizar masih perlu meneruskan perjuangan rakyat menegakkan keadilan"kata Ustaz NOrdin.

Terkini:DS Nizar berehat di WAD C8 Hospital Raja Permaisuri Bainun ,IPoh.

Menurut Sdr Amran Haron,Setpol DS Nizar,DS Nizar sihat sahaja ,hanya cedera disiku dan berjahit.

DS Nizar cuba mengelak sebuah kenderaan yang memasuki laluan beliau.Sdr Amran juga memberitahu kita DS Nizar berehat sebentar di WAD C8 Hospital Besar Ipoh.Namun begitu ramai pemimpin dan rakyat serta wartawan datang untuk mengziarahi DS Nizar untuk mengetahui perkembangan kesihatan DS Nizar.

DS Nizar meminta pusat khidmat beliau terus bekerja.

Tuesday, January 5, 2010

Tahniah Dapat Naik Pangkat!-Lagi puas sama Nizar.


Banyak sangat teman,rakan dan sahabat mengucapkan tahniah dapat naik "pangkat".Namun begitu kita memberitahu kita menolak.Penolakan dibuat setelah kita meninjau sekolah yang ditawarkan di Daerah Hilir Perak,berpejabat PPD Perak Tengah.

Menurut seorang rakan sejawat satu sekolah ,terdapat seorang isteri yang suaminya bekerja di PPD LMS ditawarkan kenaikan pangkat di Pengkalan Hulu hanya berkhidmat 4 hari.Akhirnya dengan pengaruh yang ada dapat meminta isterinya berkhidmat di LMS dengan jawatan "naik pangkat".Bagi kita tunggulah setahun atau lebih jika terdapat kekosongan baru boleh balik LMS.

Pengetua,abang sulung,rakan sejawat kebanyakan memberi pendapat rugi kita menolak.Alasan pencen nanti bertambah,"graduti" tinggi dan boleh pergi lebih jauh.Kemudian boleh mengurus guru dan pelajar.

Emak pula memberitahu adik-beradik ,kita menolak kerana hendak bekerja dengan Nizar.Abang sulung pula beritahu ,kita takut hilang markaz !.Pengetua pula berkata"rugi ,you masih lama berkhidmat".Penolong Kanan Petang juga memberi pandangan ,rugi untuk menolak.

Yang jelas ini membuktikan prestasi kita di sekolah amat membanggakan.Ini juga membuktikan kita naik pentas untuk berceramah juga boleh naik pangkat.Rezki bukan di tangan manusia.Lantas kerana kita tidak menerima jawatan kita kehilangan buat sementara sedikit imbuhan.Justeru itu kita kena ingat Allah s.w.t yang menentukan rezki kita.

Kita berasa kerja sama Nizar lagi seronok dan terdapat "cabaran".Biarlah umur dan kesihatan "baik " untuk kita membantu PAS Bukit Gantang dan DS Nizar memberi perkhitmatan untuk rakyat.Dengan keahlian Pas Bukit Gantang hampir 6000 orang,kita ditentukan Allah s.w.t untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran di sisi DS Nizar.!