Thursday, January 7, 2010

Ayah DS Nizar kena sabotaj ke?

Anak kedua penulis yang kini menunggu keputusan SPM bertanya kepada kita."Ayah DS Nizar kena sabotajke?.

Kita diam,lalu meminta anak melihat blog sisisbukit.Kita menerangkan tiada sesiapa sabotaj.Cuma kita menjelaskan terdapat SMS dan pangilan yang berlegar yang bercorak sabotaj.

Apa yang mereka tidak sebut tentang peristiwa DS Nizar kemalangan.Terdapat SMS yang disebarkan oleh musuh kita tidak menyenangkan untuk disebut.klik

Yang untung syarikat pengendali SMS,yang rugi duit kita.Apabila kita melawat DS Nizar beliau begitu bersemangat dan sememangnya mahu cepat keluar untuk berjuang bersama rakyat.

Ramai kenalan menyatakan DS Nizar kena sabotaj!Bagi mereka yang mempunyai nombor telefon kita ,lalu mencadangkan langkah keselamatan untuk DS Nizar jika berkunjung ke Bukit Gantang.Antaranya jangan benarkan DS Nizar memandu sendiri kenderaan ,kedua terdapat kereta yang "eskot" kereta DS Nzar dan simpan kereta DS Nizar dengan pengawasan.

Sehingga pukul 10.00 pagi tadi saya difahamkan oleh DS Nizar sedang mendapat pemeriksaan doktor.DS Nizar masih berada di wad C8 Hospital Raja Pemaisuri Bainun.

No comments:

Post a Comment