Tuesday, January 5, 2010

Tahniah Dapat Naik Pangkat!-Lagi puas sama Nizar.


Banyak sangat teman,rakan dan sahabat mengucapkan tahniah dapat naik "pangkat".Namun begitu kita memberitahu kita menolak.Penolakan dibuat setelah kita meninjau sekolah yang ditawarkan di Daerah Hilir Perak,berpejabat PPD Perak Tengah.

Menurut seorang rakan sejawat satu sekolah ,terdapat seorang isteri yang suaminya bekerja di PPD LMS ditawarkan kenaikan pangkat di Pengkalan Hulu hanya berkhidmat 4 hari.Akhirnya dengan pengaruh yang ada dapat meminta isterinya berkhidmat di LMS dengan jawatan "naik pangkat".Bagi kita tunggulah setahun atau lebih jika terdapat kekosongan baru boleh balik LMS.

Pengetua,abang sulung,rakan sejawat kebanyakan memberi pendapat rugi kita menolak.Alasan pencen nanti bertambah,"graduti" tinggi dan boleh pergi lebih jauh.Kemudian boleh mengurus guru dan pelajar.

Emak pula memberitahu adik-beradik ,kita menolak kerana hendak bekerja dengan Nizar.Abang sulung pula beritahu ,kita takut hilang markaz !.Pengetua pula berkata"rugi ,you masih lama berkhidmat".Penolong Kanan Petang juga memberi pandangan ,rugi untuk menolak.

Yang jelas ini membuktikan prestasi kita di sekolah amat membanggakan.Ini juga membuktikan kita naik pentas untuk berceramah juga boleh naik pangkat.Rezki bukan di tangan manusia.Lantas kerana kita tidak menerima jawatan kita kehilangan buat sementara sedikit imbuhan.Justeru itu kita kena ingat Allah s.w.t yang menentukan rezki kita.

Kita berasa kerja sama Nizar lagi seronok dan terdapat "cabaran".Biarlah umur dan kesihatan "baik " untuk kita membantu PAS Bukit Gantang dan DS Nizar memberi perkhitmatan untuk rakyat.Dengan keahlian Pas Bukit Gantang hampir 6000 orang,kita ditentukan Allah s.w.t untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran di sisi DS Nizar.!

No comments:

Post a Comment