Tuesday, March 2, 2010

Menjelang PRU 13-macam-macam ada!


Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."

Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera).

"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.

"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.sumber

Terima Kasih-Kapcai -Anda Lebih Berguna Daripada Sang Katak!

Berterima kasihlah anda kepada Honda kapcai anda. Anda boleh mendera kapcai anda seperti dalam gambar untuk penggunaan maksimun. Honda Kapcai dah pun menyambut ulang tahun ke-50. Lebih 60 juta telah terjual dan kapcai anda salah satunya.( sumber-http://www.ek-ele.co.cc/)










Terima Kasih Kapcai

Kita Tunggu 5 Mac Mesyuarat PR Perak-

Kita dimaklumkan ADUN PR Perak sudah menerima jemputan Sidang DUN Perak pada 30 Mac ini.

Surat dikeluarkan Setiausaha DUN Perak untuk sidang DUN kali pertama bagi penggal ketiga.Menurut YB Khalil Idham Lim dalam blog Cina Islam menyatakan DYMM Sultan Perak akan merasmikan persidangan DUN Perak.

Bagi PR mesyuarat pada 5 Mac ini menentukan langkah PR dalam menghadapi Sidang Dun kali ini.Dengan pertikaian Sepeaker masih berjalan ,mesyuarat Pimpinan PR Negeri Perak yang dipengerusi DS Nizar pada 5 Mac ini menjadi perhatian rakyat .

DS Nizar pada malamnya berada di Bukit Gantang ,kita tunggu pandangan DS Nizar pada hari Jumaat ini.

Monday, March 1, 2010

10 Budak Hitam Dua Sudah Cabut Lari

BN semakin menggasak.Mereka memerlukan 10 kerusi parlimen untuk mendapat majoriti dua pertiga.

Kini dengan dua Ahli Parlimen PKR sudah terjun dengan labu-labunya,maka BN memerlukan 8 kerusi sahaja lagi.

Persidangan parlimen kali ini penting untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan BN.Dengan kerusi parlimen dua pertiga,mereka akan meminda Perlembagaan dan meluluskan pelbagai akta.

Antaranya persempadanan semula kawasan pilihanraya, cukai perkhidmatan-GST ,undi Pos untuk pasukan Rela dan banyak lagi.

Semuanya memerlukan wakil rakyat bebas dan difahamkan mereka dalam senarai menunggu.Kini tugas SPRM memainkan peranan untuk menentu bersihnya wakil rakyat.

Kini Wakil Rakyat Bebas berkuasa menentukan jatuh-bangun sesebuah kerajaan.Semuanya berlaku zaman Najib satu Malaysia.

5 Mac ini DS Nizar Bersama Penduduk Bukit Gantang lagi.

.
DS Nizar dalam satu program bersama masyarakat Bukit Gantang ,dalam DUN Kuala Sapetang.


DS Nizar akan datang ke Bukit Gantang untuk bertemu rakyat lagi.DS Nizar akan memenuhi dua jemputan rakyat.

DS Nizar dijadual memenuhi jemputan penduduk Taman Berkat,Simpang untuk majlis MaulidurRasul pada waktu Magrib.

Sementara itu pada pukul 9.30 malam DS Nizar akan berceramah di BT 8,Jalan Trong bersama YB Sdr Nga Kor Meng,Ahli Parlimen Taiping.

Dengan keadaan UMN0 sudah mengerakkan jentera mereka,PAS Bukit Gantang mengambil langkah untuk memberi penerangan kepada penduduk tempatan.

Pas Bukit Gantang dengan kerja kuat jentera parti peringkat cawangan , yakin pengundi Melayu dalam Parlimen Bukit Gantang masih bersama PR.

PRU Perak-Rosli Husein Tanding Dun Changkat Jering?


ADUN Trong,YB Rosli Husein dikhabarkan teman-teman UmNo akan bertanding di DUN Changkat Jering. Jadi tidak hairan jika YB Rosli yang juga Ketua UMNO Bukit Gantang setiap Jumaat berada di masjid dalam DUN N14,Changkat Jering.Kebanyakannya masa Rosli Husein,ADUN Trong dihabiskan untuk Changkat Jering.

Mungkin juga YDP PAS Bukit Gantang bertanding bersama Ketua UMNO Bukit Gantang dalam PRU 13 ini?

PILIHANRAYA PERAK SUDAH DEKAT-PR bagaimana!?

Melihat aktiviti BN di Bukit Gantang ,kelihatannya PRU Negeri Perak semakin hampir.UMNO atau Gerakan-MCA-MIC sudah mula bekerja dan bertemu masyarakat.

Contohnya yang terbaru apabila Zambry berada di Kubu Kuat Pas Bukit Gantang pada Jumaat 26 Februari membawa bersama janji pembangunan.

Begitu juga apabila kita ke Pulau Pasir Hitam bersama DS Nizar pada 17 Februari ,kita bertembung dengan YB Ong Ka Chuan,Ketua MCA Perak.Peti Undi di sini agak unik,PRK baru-baru ini,BN mendapat 56 undi dan DS Nizar mendapat 56 undi.

Kita juga melihat kelibat YB Tan Lian Hoe,bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang di SJKC Sin Min,Simpang.Baru-baru ini dikatakan pula YB Rosli Husein beri angpau untuk pelajar SJKC Sin Min.

Murugiah juga sudah kelihatan bergerak bersama Kelab Penyokong BN.Kampung beliau dekat Termelok Trong.

LKIM juga sudah memberi bantuan sara hidup RM200.00 untuk nelayan Parlimen Bukit Gantang.Mereka yang tercicir juga dijanjikan akan diberi bayaran pada bulan Mac ini.

UMNO Bukit Gantang pula sudah menunjukkan mereka Islamik dengan mengadakan perarakan MaulidurRasul dari Kampung Banggol Pasir(kampung YB Rosli) ke Pekan Changkat Jering.Budak sekolah diangkut dengan bas.Para guru disuruh Guru Besar dan Pengetua untuk turut beri kerjasama.Rosli politik sungguh. Dikatakan oleh satu sumber UMNO ambil nama sekolah yang engkar dan guru yang tidak mahu bawa pelajar!

Bulan September sesuai kerana 50000 pengundi baru berjaya dibawa masuk di Perak.Dengan proses bantahan dan suku kedua daftar pemilih selesai ,pengundi baru ini orang harapan BN.