Monday, March 1, 2010

10 Budak Hitam Dua Sudah Cabut Lari

BN semakin menggasak.Mereka memerlukan 10 kerusi parlimen untuk mendapat majoriti dua pertiga.

Kini dengan dua Ahli Parlimen PKR sudah terjun dengan labu-labunya,maka BN memerlukan 8 kerusi sahaja lagi.

Persidangan parlimen kali ini penting untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan BN.Dengan kerusi parlimen dua pertiga,mereka akan meminda Perlembagaan dan meluluskan pelbagai akta.

Antaranya persempadanan semula kawasan pilihanraya, cukai perkhidmatan-GST ,undi Pos untuk pasukan Rela dan banyak lagi.

Semuanya memerlukan wakil rakyat bebas dan difahamkan mereka dalam senarai menunggu.Kini tugas SPRM memainkan peranan untuk menentu bersihnya wakil rakyat.

Kini Wakil Rakyat Bebas berkuasa menentukan jatuh-bangun sesebuah kerajaan.Semuanya berlaku zaman Najib satu Malaysia.

No comments:

Post a Comment