Sunday, June 5, 2011

Mengapa Ustaz Idris Ahmad dan DS Nizar kalah?

Teman-teman perwakilan muktamar yang mengenali kita bertanya kepada kita tentang tidak menangnya Ustaz Idris dan DS Nizar.

Kita memberi pandangan .Kedua-dua pemimpin itu kita kenal .Bagi kita tidak menangnya kedua pemimpin dari parlimen Bukit Gantang itu kerana perwakilan hanya memilih satu sahaja.

Perwakilan terpaksa memilih seorang dari Perak.Justeru itu undi berpecah dua.Antara memilih Nizar dan Ustaz Idris.Jika dicampur undi DS Nizar dan Ustaz Idris ,sudah tentu salah seorangnya terpilih menjadi Naib Presiden.

Namun begitu TG Haji Hadi telah memuji perwakilan yang bijak memilih pimpinan untuk bersama anggota Pakatan Rakyat untuk memerintah Putrajaya.

Muktamar: 9 Julai Bersih 02 menanti kita.

Menjadi perwakilan kali ini amat bermakna. Memilih pemimpin PAS pada kali amat susah kerana semuanya berkualiti.

"Kalau undi pemimpin tapi balik tak buat kerja, ini tak bertanggungjawab. Cawangan kena bergerak... bilik gerakan perlu dibuka dari sekarang, culaan perlu dibuat."kata TG Hj Hadi.

Kini pintu masuk Putrajaya semakin hampir.Sebagai petugas parti kerja kita kerja menepati sasaran. Kerja kita 70 persen perlu ke arah menghadapi pilihanraya.Menyantuni rakyat dan mendekati rakyat bukan hanya untuk syok sendiri.

Semua orang berperanan untuk mendapat sebantak mungkin sokongan orang Melayu dan masyarakat kepada PAS.

Himpunan Bersih 9 Julai ini pemangkin kepada kebangkitan rakyat.Tugas kita mesti termasuk dalam 300,000 ribu orang yang akan hadir dalam himpunan aman Bersih 02.

Untuk menjatuhkan UMNO kita jangan berehat lagi ,pesan TG Hj Hadi ,bilik gerakan perlu dan wajib dibuka sekarang.UMNO cukup khuatir dengan saf pimpinan 2011-2013 kerana Majlis Shura yang akan mengaudit pimpinan.

Kita bertambah gembira kerana dianggap antara perwakilan yang bijak memilih pemimpin.

Thursday, June 2, 2011

Pertembungan PAS dan Umno pertembungan akidah

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Pertembungan antara PAS dan Umno perlu difahami dengan jelas oleh setiap pihak sebagai bukan hanya sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan akidah.


Oleh itu, para ulama dalam PAS di semua peringkat perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi menerangkan perkara itu bukan hanya kepada ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada orang ramai di seluruh negara.


Perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan oleh ulama PAS apabila ditanya oleh seseorang tentang perbezaan antara PAS dan Umno.


Menurut beliau, sebalik perbezaan itu perlu dinyatakan dengan jelas dan tegas agar difahami setiap pihak, selaras dengan perjuangan PAS untuk Islam, manakala Umno atas dasar nasionalis.


Namun dalam hubungan ini, beliau kesal kerana terdapat ulama PAS di peringkat kawasan sendiri enggan menjelaskan perkara itu dengan mengatakan terpulanglah kepada kefahaman sendiri untuk menanggapinya.


"Begitu juga jika ditanya tentang kepentingan mendaftar diri untuk menjadi pengundi, ada ulama di kawasan hanya memberikan jawapan seperti itu, pada hal ia perlu dicantas terus dengan menjelaskan perbezaan pertembungan antara PAS dan Umno sebagai pertembungan akidah," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan ucap utama pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.


Bagi mengatasi perkara itu, beliau menyarankan agar para ulama bukan sekadar memilkii pelbagai ilmu, tetapi juga memiliki sifat keberanian untuk menyatakan kebenaran dan melakukan perubahan.


Sejajar dengan itu, beliau menegaskan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno BN sememangnya tepat kerana kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat ternyata jauh lebih menguntungkan PAS dan umat Islam dari sudut dakwah dan pelbagai sudut lain.


Sementara itu, perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Lutfi Ariffin berkata, kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat memerintah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang merupakan satu cabaran penting kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar tidak terpedaya dengan kemewahan hidup.


Beliau berharap agar kemenangan itu pula jangan menimbulkan kepuakan dalam PAS.


Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Perlis, Idris Yaakub berkata, kemenangan yang sebenar bagi umat Islam adalah berpegang kepada ajaran Allah.


Perwakilan Dewan Uilama PAS Johor, Ustaz Arif Salim Osman mengingatkan golongan ulama agar memainkan peranan derngan berkesan kepada masyarakat dengan ilmu yang dimiliki kerana ia merupakan amanah Allah kepada mereka.


Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Nazmio Kamaruddin berharap agar PAS mewujudkan Majlis Penyelidikan dengan segera bagi kepentingan seluruh ahlinya.


Perwakilan Dewan Ulama PAS Perak, Muhammad Nuri Al-Amin Endut pula menegaskan kekuatan Islam antara lain terletak pada prinsip.


Oleh itu, beliau berharap agar para pemimpin dan ahli-ahli PAS terus cekal dengan prinsip perjuangan Islam bagi membolehkan PAS terus maju mendepani pelbagai cabaran.


Perwakilan Dewan Ulama PAS Pahang dalam ucapannya menyarankan agar rakyat Pahang mengKelantankan Pahang dengan antara lain melakukan pengusaan terhadap masjid dengan mengimartahkan masjid.


Selain itu, beliau juga berharap agar rakyat Pahang turut mencontohi negeri Kelantan menerusi keilmuan dengan berusaha memperbanyakkan pusat penyebaran ilmu di negeri itu.

Wednesday, June 1, 2011

Orang muda atau orang tua jangan jadi Yes Man penguasa!

Selagi orang muda dan orang tua hanya menjadi 'yes man' terhadap apa yang dilakukan pemerintah, selagi itulah kerajaan BN akan terus bermaharajalela menindas rakyat untuk kepentingan mereka.

.
Orang dewasa dan anak muda perlu berani menyatakan bantahan terhadap dasar yang mengainaya rakyat yang dibuat kerajaan.

Keberanian semua lapisan masyarakat harus diterjemah atas kertas undi pada pilihan raya umum nanti.

Orang dewasa dan anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi ‘tukang angguk’ atau ‘yes man’ kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.

Masyarakat dan anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama “undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan.

Untuk mencapai matlamat itu, pemuda PAS agar menyedarkan golongan belia dan orang dewasa bahawa mereka mempunyai peluang menegur kerajaan melalui undi.

Anak muda PAS mesti menjadi agen penyebar maklumat yang aktif melalui facebook, blog, twitter dan jika boleh anak muda PAS mengajar orang dewasa untuk celik IT.

Anak muda PAS seharusnya bukan menjadi kelompok menjatuhkan hukum. Kebijaksanaan perlu untuk menangani masalah pemerintahan di negeri PR.Rakyat telah diasuh selama hampir 54 tahun dan mereka telah dididik Pertubuhan Kebangsaan Melayu untuk tidak memahami Islam.Jadi orang muda PAS berlu mempunyai kesabaran tinggi untuk mendidik rakyat.

Bersama Azmin Ali 5 Jun ini di Bukit Gantang.


PKR akan menganjur program Ceramah Perdana bersama Azmin Ali .Tantatif program seperti berikut:
Tarikh: 5 Jun 2011
Masa: 9 malam
Tempat:Taman Damai,Simpang,Taiping

Semua dijemput hadir.

Polis Malaysia kelas dunia- Eskay bebas Shamsul Iskandar kena siasat.

PETALING JAYA, 1 Jun – Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin kesal dengan sikap polis yang dilihat bersungguh-sungguh menyiasat insiden kekecohan ketika Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul akhir April lalu.


Beliau berkata, pihak polis menyiasat kes berhubung insiden itu dengan teliti tetapi dilihat tidak menyiasat segala laporan yang pernah AMK laporkan.


“Saya mewakili AMK dengan tegas ingin menyatakan rasa kesal terhadap polis yang begitu bersungguh-sungguh menyiasat kes ini tetapi tidak pula mereka menyiasat laporan polis yang dibuat oleh AMK dan NGO lain mengenai penyebaran cakera padat (CD) (video seks) secara terang-terangan,” katanya selepas disoal siasat selama setengah jam oleh pegawai penyiasat ASP Ramlan Mat Darus dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di ibu pejabat PKR hari ini.


Shamsul Iskandar berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan mengganggu upacara keagamaan yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda.


Sebelum ini, beberapa pemimpin tertinggi AMK telah dipanggil oleh pihak polis berhubung insiden itu, antaranya Timbalan AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin dan Timbalan Ketua Penerangannya, Rozan Azen Mat Rasip.sumber MI

Ketua Hakim Negara Dibenar Keluar IJN

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara hari ini selepas menjalani pemeriksaan susulan.


Seorang jurucakap IJN berkata Zaki dibenarkan keluar pada 3 petang tadi.


Zaki, 66, dimasukkan ke IJN pada Khamis lepas setelah dirujuk oleh Hospital Putrajaya.

- BERNAMA