Blog sisibukit merakamkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Husni bin Mohd Rawi(Bob Kuman)
Thursday, May 3, 2012
Orang awam boleh jadi saksi kes Nizar tuduh PM jumpa askar.
IPOH - Dua individu telah dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kenyataan yang didakwa berbaur hasutan dan fitnah oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Perdana Menteri dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini.
Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan yang ditemui pada sidang media selepas melawat pesara polis yang parah dibelasah empat penjenayah di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.
Menurutnya, dua individu terbabit terdiri daripada seorang pegawai ATM dan seorang pegawai PDRM dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 500 dan 505 Kanun Keseksaan.
“Melalui pasukan khas yang ditubuhkan kita akan merakamkan percakapan saksi terutamanya yang hadir pada ceramah malam tersebut.
“Kita akan mengenal pasti berapa ramai yang hadir pada ceramah malam itu dan akan memanggil semua pihak sama ada pegawai ATM, polis mahupun orang awam untuk memberi keterangan berhubung perkara terbabit,” katanya.
Mohd Shukri berkata, jika semua pihak memberi kerjasama ia akan memudahkan pihak polis menyelesaikan segera kes berkenaan dalam tempoh terdekat.
“Beliau (Mohammad Nizar) akan dipanggil untuk memberi keterangan namun masih tidak menetapkan bila kerana kita masih dalam usaha mengumpul segala maklumat terlebih dahulu sebelum berganjak ke langkah seterusnya,” katanya.
Banjir,219 orang dipindahkan di Parlimen Bukit Gantang.
Tahniah Unit Amal dan Team Prihatin PAS Bukit Gantang yang membantu mangsa banjir di Trong kelmarin.
IPOH - Seramai 219 orang daripada 22 keluarga di daerah Taiping telah dipindahkan berikutan tiga buah kampung dinaiki air sedalam satu meter selepas hujan lebat petang semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata kesemua mangsa mula dipindahkan pada pukul 8.20 malam tadi di tiga buah pusat pemindahan iaitu Dewan Orang Ramai Sungai Nibong, Sekolah Kebangsan Temerluk, Trong dan Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, Padang Gajah.
Tiga buah kampung yang terbabit ialah Kampung Baru, Kampung Masjid dan Kampung Simpang Temerluk, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata hujan lebat bermula petang semalam menyebabkan air di Sungai Bemban dan Sungai Temerluk yang berhampiran kampung terbabit melimpah.
Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. -- Bernama
Konvensyen PAS ,ke 16 , pada 6 Mei ini.
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa Konvensyen PAS Perak kali ke-16 yang bakal diadakan pada 6 Mei Ahad ini di Hotel Hill City mempunyai objektif yang tinggi bagi mengumpulkan seluruh saff kepimpinan PAS Perak di setiap peringkat, konvensyen ini penting bagi menyatukan fikiran dan menyelaraskan tindakan kepada wehdatul fikri dan wehdatul amal.Selain itu, konvensyen ini juga bertujuan meningkatkan tahap persediaan para pemimpin dan ahli untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.
Beliau menyatakan bahawa, program ini bakal disertai oleh semua Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak, Ahli Dewan Ulama’, Ahli Dewan Pemuda, Ahli Dewan Muslimat, Ahli Dewan Himpunan Penyokong dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan
Memetik ucapan beliau, “ PAS Perak menganjurkan program seperti ini kerana ia merupakan salah satu siri-siri pentarbiyahan PAS dengan menggunakan konsep Nadwah. Para pimpinan dan ahli perlu mempunyai kefahaman dan fikrah terhadap kemenangan. PAS Perak tidak mahu ahlinya memperolehi kemenangan dengan fikrah dan kefahaman yang kosong. Sebaliknya memahami konsep kemenangan dan bersabar dengan ujian kemenangan, bagi memastikan keutuhan pemerintahan Islam selepas PRU 13 nanti”
“ Sebagai seorang ahli gerakan Islam, kita perlu bersikap optimis dengan Allah dan bantuanNya. Kita tidak boleh pandang serong terhadap ujian kesusahan yang diberikanNya dan tidak boleh juga kita gelap mata apabila diuji dengan kesenangan. Istilah kemenangan yang perlu difahami oleh ahli PAS ialah kemenangan yang diredhai oleh Allah. Begitu juga dengan kekalahan, iaitu kekalahan yang diredhai olehNya. PAS tidak ingin untuk mencapai kemenangan dengan cara penipuan seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional, khususnya isu rampasan kuasa di Perak ini. PAS juga tidak ingin berhadapan dengan kekalahan yang tidak diredhai olehNya. Maka Konvensyen PAS Perak 16 ini mengajar erti kemenangan dalam redha Allah”
Sempena Konvensyen PAS Perak kali ke16 ini, PAS Perak telah menjemput wakil PAS Pusat, iaitu Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, yang akan menyampaikan kalam semangat kepada pekerja-pekerja Islam, pembentangan bertajuk Menangani dan Mempertahan Kemenangan oleh YB Mohd Zaki bin Ibrahim, ADUN Kelaboran Kelantan dan sesi perbahasan setiap perwakilan beserta sesi soal jawab, jelas beliau.
Wednesday, May 2, 2012
Tutup kesalahan jaja Azmin sudah lama tak ziarah Che Tom Yahya.
Isu Bersih 3.0 cuba ditutup dengan mengutarakan isu Azmin Ali.Sekali lagi Ummi Hafilda menjadi jurucakap.Begitu berani Ummi Hafilda untuk membabitkan abang sendiri dengan isu skandal seks.
Apabila hukum Qazaf tidak dilaksanakan ,manusia seperti Ummi Hafilda terus bergelumang dengan fitnah dan dosa.
Dalam menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan, sirah Nabi S.A.W sudah menunjukkan pertembungan.Bagaimana kaum keluarga sendiri boleh menolak ajaran yang di bawa Nabi Muhammad S.A.W
Jadi apabila ,adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini menyatakan dengan penuh yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya ,itu tidak menghairankan.
Untuk menutup kesalahan ,menggunakan Azmin Ali sudah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.
Jumpa Penyanyi Aishah di Bukit Gantang ,10 Mei ini.
Penyanyi Aishah yang menyertai Bersih Duduk-Bantah akan datang ke Parlimen Bukit Gantang pada 10 Mei ini.
Kita tunggu Aishah menceritakan kisah benar Bersih 3.0.
30 Apr - Perhimpunan Bersih 3.0 yang telah berlangsung pada Sabtu lalu di sekitar ibu kota dipenuhi dengan peserta yang memakai baju kuning sehingga menjadi lautan manusia di beberapa tempat seperti di Masjid India, Dataran Merdeka dan Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR).
Penyanyi tersebut dilihat memakai pakaian kuning yang merupakan pakaian rasmi bagi semua peserta Bersih 3.0 sambil tersenyum.
Bagi mereka yang tidak tahu, Aishah hadir pada hari tersebut bukanlah secara kebetulan, kerana sebelum ini dia juga didakwa menyertai pakatan Parti Islam Semalaysia (PAS) dan berkongsi perdebatan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (kuzim) di Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.
Selain Aishah, selebriti lain yang turut menyertai perhimpunan ini adalah Bob Lokman dibawah naungan PAS manakala seorang lagi penyanyi yang terkenal dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tuesday, May 1, 2012
ATM agar tidak terlibat sama dalam kancah politik-DS Nizar.
DS Nizar Jamaluddin berkata beliau tidak berniat mengheret Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kancah politik melalui dakwaan bahawa perdana menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan pasukan itu berhubung pilihan raya.
Jelasnya, beliau membangkitkan perkara itu dalam ceramahnya supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengesahkan atau menafikan perkara itu supaya ia tidak menjadi khabar angin semata-mata.
"Adalah dalam konteks ini saya bertanya agar perkhabaran mengenai ATM dan PM mesti dijelaskan," kata Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan Pas Pusat tu.
Mengulas lanjut, DS Nizar menjelaskan , beliau juga mahu ATM lebih berwaspada agar tidak sama terlibat dalam kancah politik kepartian seperti yang didakwanya pernah berlaku di negeri Perak.
Ahli parlimen Bukit Gantang itu dalam satu ceramahnya pada 22 April lalu mendakwa Najib menemui pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka berbuat sesuatu jika BN tewas dalam pilihan raya akan datang.
Susulan dakwaan itu, DS Nizar kini disiasat mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan selepas enam laporan polis dibuat terhadap beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)
