| Tok Guru memimpin doa untuk kesejahteraan untuk pengantin ,keluarga dan penduduk Bukit Gantang.Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang berada di Kampung Larut Tin dalam Majlis Walimatulurus pada 24 Mac lalu..Tokoh inilah yang sekarang sedang difitnah C.N Afghani atau Cikgu Non.Dia yang mahu bunuh Dr Mahathir.Polis patut siasat kenyataan Cikgu Non yang sudah jadi alat UMNO. Allah s.w.t lebih tahu siapa itu Cikgu Non atau Zainon Ismail,justeru itu beliau tidak mati syahid dekat Afghanistan.Mereka yang mati syahid ,mereka yang ikhlas dalam perjuangan mendaulatkan Islam. |
Wednesday, March 27, 2013
Tak ikhlas,sebab itu Cikgu Non tak mati syahid.
Treler "Negara Berkebajikan PAS,polis yang takut atau UMNO?
| Treler ini pada malam kelmarin,26 Mac tidak boleh masuk Tapak Pasar Minggu ,Kamunting Taiping.Lalu krew treler ini pergi Bt 9,Kepala Bukit,Jln Trong dalam Parlimen Bukit Gantang.Treler ini ditakuti UMNO atau polis, terpulang kepada tafsiran dan persepsi masing-masing.(klik) |
Jelajah treler PAS dekat Kamunting,diganggu polis bukan UMNO???
IPOH: PAS Perak hari ini kesal dengan tindakan pihak polis yang menghalang treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS daripada memasuki tempat ceramah di Tapak Pasar Malam Kemunting, Taiping semalam.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, tindakan pihak polis itu ternyata melanggar lunas demokrasi dalam Negara ini.
Menurutnya, PAS kecewa kerana pihak polis tidak memberi alasan-alasan yang munasabah mengapa treler itu disekat.
“Selalunya program PAS dan Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng-samseng tertentu dan pihak Umno namun kali ini dihalang oleh pihak polis itu sendiri,”katanya dalam sidang di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, kejadian tersebut cukup berbeza berbanding jelajah di negeri lain yang berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi termasuklah di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau berkata, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman yang baru dikuatkuasa, tugas PAS sebagai parti politik adalah memaklumkan kepada pihak polis dan PAS Kawasan Taiping sudah berbuat demikian.
Ujarnya lagi, selepas treler tersebut dihalang, PAS mengambil keputusan untuk tidak membawa masuk treler ke lokasi tersebut dan meneruskan perjalanan ke Changkat Jering.
“Program ceramah beralih ke kawasan berhampiran namun diserbu oleh FRU dan Polis beberapa jam kemudian.
“Kami juga dimaklumkan peserta dikir barat turut ditahan dan dibawa ke balai polis sebelum dibebaskan selepas itu,” jelasnya lagi.
Raja Iskandar berkata, pihaknya juga mendapat maklumat, ada pihak tertentu turut berusaha untuk merampas kunci treler dan juga kenderaan pacuan empat roda yang mengiring jelajah.
“Kami berharap kejadian tersebut tidak berulang di beberapa lokasi yang dijadualkan di Perak sehingga Jumaat ini,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, PAS Perak bersedia bertemu pihak polis bagi mendapatkan penjelasan tentang insiden sekatan yang dilakukan itu.PK
Tuesday, March 26, 2013
Pinggan itu yang kotor-Bob Lokman
SHAH ALAM - Bob Lokman menarik perhatian audien dengan analogi 'pinggan kotor' yang mengaitkan dengan penghijrahannya menyertai parti pembangkang.
Beliau ditanya moderator Wacana Sinar Siri ke-18, Profesor Madya A Razak Mohideen, adakah pendapatan sebagai seorang artis itu haram di sisi Islam.
Bob Lokman berkata, umpama makan dalam sebuah pinggan, makanan yang disuap ke dalam mulut itu tidak haram tetapi pinggannya yang kotor.
“Bukan saya kata mengambil duit daripada lakonan itu berdosa, saya kata, pinggan yang buat kita makan itu 'kotor’, bukan perbuatan makan itu yang kotor. Pinggan itu yang kotor,” katanya pada wacana yang diadakan semalam.
Ketika ditanya mengapa beliau 'tidak membersihkan pinggan yang kotor' itu, Bob Lokman menjawab, kerajaan yang memerintah bertanggungjawab untuk memastikan ‘pinggan yang dimakan’ oleh rakyatnya itu bersih.
Beliau berkata, untuk membersihkan pinggan itu memerlukan tiga perkara iaitu: “Pertama dengan cara ‘mari kita bersihkan’, tetapi siapa saya?
“Kedua, ‘menyuruh kepada benda baik’. Menyuruh itu bukan sebarang orang boleh buat, kalau tiba-tiba saya suruh orang, ‘kau budak pergi sembahyang, budak itu kata kau siapa?’
“Yang ketiga judi itu haram, kononnya sewa bas ke Genting Highlands untuk menghalang judi tetapi di sana judi dihalalkan sebab berlesen. Jadi kerajaan bertanggungjawab untuk membersihkan 'pinggan' itu, bukan saya yang akan membersihkannya," katanya.
Menurutnya, apa yang boleh beliau lakukan ialah memberitahu bahawa jangan gunakan pinggan itu kerana ia kotor.SH
"Kalau itu menimbulkan ketakutan, perkara itu bagus. Sebab setiap hari Jumaat kita pergi masjid kita suruh orang takut. Ketakutan itu penting supaya beritahu kita itu hamba. Kalau kita tidak takut, kita ini Tuhan.
"Kita besar kita gagah, sebab itu rosak sebab ramai yang rasa dia Tuhan,” katanya.
Sementara itu, penulis lirik Isabella itu turut menegaskan yang beliau tidak menyesal pernah bergelar sebagai artis.
Bob Lokman mengumumkan persaraannya secara rasmi daripada bidang seni dan menyertai Pas pada 19 Februari 2011
Perak :4 kerusi panas PAS
![]() |
PILIHAN RAYA Umum ke-12 (PRU12) meninggalkan impak paling mendalam dalam dunia politik negara dan Perak menjadi salah satu negeri paling disebut- sebut lantaran konflik ‘perebutan’ kuasa pemerintah yang berlaku sekitar penghujung 2008 dan awal 2009 lalu. Siapa pun tidak dapat menafikan Perak berjaya dirampas Pakatan Rakyat (PR) yang membentuk kerajaan pada 2008, namun tiada sesiapa juga dapat menolak hakikat bahawa pemerintahan yang hanya bertahan 11 bulan itu akhirnya tumbang sebelum dikembalikan semula kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Meskipun pelbagai pergolakan dan peristiwa berlaku (paling diingat pastilah krisis lompat parti dan jawatan MB tidak diiktiraf), usaha BN untuk terus membangunkan Perak berjaya ‘menutup’ pandangan sinis pembangkang dan rakyat yang terus mempersoalkan pembentukan BN di negeri ini. Cakap-cakap orang, usaha BN untuk mempertahankan pemerintahan bukan sesuatu yang mustahil, bagaimanapun ia perlu diiringi kerja keras yang maksimum, 200 peratus lebih daripada PRU sebelumnya. Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi sandaran Pas, DAP dan PKR pastinya tidak mudah menyerah kalah apatah lagi 19 kerusi daripada 24 Parlimen dan Dun (59) kini dikategorikan sebagai kerusi bahaya apabila merekodkan majoriti sedikit di bawah paras 1,000 undi antara 14 hingga 916 undi sahaja. Daripada jumlah 19 kerusi berkenaan, BN dilihat berada dalam kedudukan agak berbahaya apabila 11 kerusi yang dipegang termasuk satu di Parlimen Lumut hanya merekodkan menang tipis dengan lawan masing-masing. Paling mencuri tumpuan pastinya empat kerusi Dun yang hanya merekodkan semua majoriti undi di bawah 100 iaitu Pengkalan Baharu, Kubu Gajah, Lubok Merbau dan Alor Pongsu. Dun Pengkalan Baharu hanya meraih majoriti 14 undi menerusi penyandangnya, Datuk Hamdi Abu Bakar. Ketua Penerangan kerajaan negeri itu menang dengan 5,375 undi sedikit mengatasi Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain yang mendapat 5,361 undi. Berada di belakang Pengkalan Baharu ialah Dun Kubu Gajah. Calon Pas, Mohd Nadzri Din kalah 66 undi kepada calon Umno, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mendapat 4,114 undi. Di kerusi Lubok Merbau, majoriti 72 undi yang diraih Pas menerusi Mohd Zainudin Mohd Yusof masih belum selamat untuk parti itu menang pada PRU kali ini. BN pastinya mahukan kerusi yang selama ini dikuasainya itu kembali kepada mereka memaksa Pas untuk bekerja keras mengekalkan kemenangan. Kerusi Alor Pongsu pula yang disandang Datuk Sham Mat Sahat selama dua penggal dilihat goyah apabila daripada 3,416 majoriti undi diraih pada PRU11 turun mendadak kepada 95 sahaja untuk menang ke atas calon PKR. Keadaan itu pastinya memberi kelebihan kepada PKR untuk terus memancing undi. Melihat kepada senarai itu, PRU13 ini bakal menjadi medan pertembungan sengit antara kedua-dua parti untuk sama-sama menambat hati baki pengundi yang dirasakan condong kepada mereka. Malah, tidak salah kalau dikatakan pengundi atas pagar bakal menjadi penentu kepada parti mana yang menang dan inilah masa yang tepat untuk pengundi menunjukkan kuasa. Jika sebelum ini, Umno seolah berpegang kuat kepada kerusi pengundi Melayu tertinggi menyokong mereka, nampaknya latar belakang itu tidak lagi praktikal. PRU12 sudah membuktikan, lokasi majoriti Melayu seperti di Manjoi, Selama, Rungkup, Kamunting, Sungai Rapat dan Trong yang memiliki lebih 60 peratus pengundi Melayu menang tipis meskipun ia dilabel kerusi keramat parti itu. Peletakan calon Pas di keenam-enam kerusi berkenaan berjaya mengurangkan jumlah majoriti dengan perbezaan yang ketara. Di Manjoi, Datuk Nadzri Aziz terus kekal di kerusi berkenaan apabila memperoleh 348 undi lebih daripada Zulkurnaini Ibrahim. Penyandang kerusi Selama, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff pula menang dengan majoriti 355 untuk menundukkan Abu Husin Mohamad. Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shaarani Mohamad pula dengan majoriti 454, di Kamunting, Muhamad Apardi Shaari tewas dengan 555 undi kepada Exco Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Zahir Khalid. Ketua Penerangan Wanita Umno Pusat, Datuk Hamidah Osman yang dicabar Radzi Zainon pula berjaya mengekalkan kerusinya dengan kelebihan 636 undi dan Datuk Rosli Husin yang pada asalnya memperoleh 3,020 majoriti undi pada PRU11 terpaksa berpuas hati apabila hanya meraih kelebihan 916 undi untuk terus kekal menjadi wakil rakyat di Trong. Lumut menjadi satu-satunya kerusi Parlimen bagi BN yang tersenarai antara menang tipis apabila calon MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha menerima kelebihan undi 298 daripada calon PKR. PKR yang menerima suntikan melalui kesediaan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di negeri ini pasti mahu menambah bilangan kerusi selain terus mengekalkan rekod tujuh kerusi dun dan tiga kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU12 lalu. Bagaimanpun, perincian perlu diberikan kepada tiga kerusi sedia ada apabila kejayaan yang diraih itu hanya sekadar kekalahan tipis BN masingmasing di Dun Teja, Kuala Kurau dan Kuala Sepetang. Teja menerusi Chang Lih Kang hanya menang dengan 175 majoriti undi menewaskan calon MCA. Di Kuala Kurau yang kini hangat dengan perdebatan isu pertukaran calon antara parti kompenan BN merekodkan PKR menang dengan majoriti 467 menewaskan calon Umno, Mohd Salleh Mat Disa yang sebelum ini menang dengan majoriti 2,479 pada PRU11. Situasi sama juga berlaku di Dun Kuala Sepetang apabila Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 kepada penyandangnya, See Tean Seng. Bagaimanapun, krisis penolakan calon luar yang disuarakan peringkat cabang PKR akhir Februari lalu mungkin boleh dijadikan senjata BN bagi meraih kembali kepercayaan pengundi. Kejutan pengumuman Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di Dun Changkat Jering dilihat mungkin akan memberi sedikit kelainan kepada kerusi Pas kali ini. Namun, dalam kesibukan mengatur kuota, tiga daripada enam kerusi dun yang dimenangi pada PRU12 lalu juga sebenarnya berada dalam keadaan berisiko. Selain Dun Lubok Merbau, kerusi Selinsing dan Changkat Jong juga berisiko untuk dirampas BN apabila hanya merekodkan jumlah majoriti rendah iaitu 547 dan 899. Di Selinsing, pengaruh bekas wakil rakyatnya, Datuk Zaili Cha dilihat masih tinggi meskipun tewas kepada Husin Din. Kelebihannya sebagai wakil rakyat selama dua penggal pasti akan digunakan sebaiknya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti itu. DAP yang menunjukkan rekod cemerlang pada PRU12 lalu dengan menang di semua 18 kerusi Dun ditandingi tidak semestinya perlu berasa lapang dada. Sekiranya ingin meneruskan penguasaan itu, dua kerusi masing- masing di Kepayang dan Pokok Assam memerlukan strategi apabila kedua-dua kerusi hanya menang dengan majoriti 490 dan 865 undi ke atas calon MCA. Kerja keras yang ditunjukkan jentera MCA terutama pengaruh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga Pengerusi MCA Perak pasti akan memberi kelebihan kepada parti itu untuk melawan habis-habisan calon DAP di dua kerusi berkenaan. Berdasarkan pengumuman dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, semalam tidak mustahil tujuh daerah yang disenaraikan sebagai lokasi ‘hot spot’ di sekitar negeri ini berada dalam 19 senarai kerusi seperti yang dinyatakan. Apapun kita percaya, dengan situasi politik matang yang ditunjukkan pada masa kini, samada pengundi, penyokong mahupun pimpinan parti tidak akan mencetuskan ketegangan semata-mata mahu merekodkan kemenangan.sumber SH |
Monday, March 25, 2013
Nampak muka Bangladesh suruh nyanyi lagu Negaraku-Nizar
Saturday, March 23, 2013
Padah apabila peruntukan Ahli Parlimen dirampas.
![]() |
| Ustaz Idris Ahmad bersama Pegawai Khas DS Nizar sedang meneliti sebuah rumah penduduk yang mempunyai 6 orang anak. Tinggal menetap di rumah usang yang tidak mempunyai bilik. |
Padah,apabila peruntukan Ahli Parlimen dipegang oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.Mereka membantu masyarakat secara terpilih.Contohnya sebuah keluarga di Kampung Simpang,Taiping ini ,satu kawasan yang kuat UMNO,tetapi hampeh! mereka tidak dibantu.Hanya slogan Zambry Kadir tiada yang terpinggir dan tertinggal.
Subscribe to:
Posts (Atom)




