Tuesday, November 24, 2009

ISU TERKINI BERSAMA YB DATO' MAHFUZ OMAR MALAM INI

Masyarakat sekitar Kamunting dan kawasan berdekatan berpeluang untuk mendengar penerangan isu-isu semasa dan terkini pada malam ini.

Satu ceramah anjuran Lajnah Penerangan Kawasan Bukit Gantang akan berlangsung pada malam ini.,25 November 2009.

Ceramah bertempat di Kampung Kurnia Jaya,Kamunting pada pukul 9.00 malam.

Penceramah utama YB Dato' Mahfuz Omar ,Naib Presiden Pas dan juga YB Ustaz Ramli Tusin,Adun Gunung Semanggol.

DS Nizar dijangka turut hadir jikalau tiada halangan.

Sehubungan dengan itu penduduk sekitar bolehlah hadir beramai-ramai untuk mendapat maklumat terkini.

Monday, November 23, 2009

Gambar sekitar gotong-royong Kg Chengal Jantan.Inilah bukti ,jika kita mampu!

Rumah Sdr Naim,yang kini baru boleh dicuci.
Unit Amal Kawasan Bukit Gantang bersedia menabur bakti.
Tekunnya rakyat marhaen,menebuk lubang untuk aliran air,jika rumah dimasuki air.
Pas sedia berkhidmat,Sdr Basher Ahmad Ajk Pas Bukit Gantang dan juga P.A DS Nizar.
Parit yang telah dibuat. Sdr Basher Ahmad memantau perkembangan projek.

Panggilan langsung dari DS Nizar,teruskan usaha murni.

Penduduk kampung yang terlibat dalam gotong-royong membersihkan rumah penduduk Encik Naim ,terkejut kerana DS Nizar menelefon penulis untuk mengucapkan terima kasih kerana menjayakan program murni membantu rakyat.

Panggilan DS Nizar telah didengari oleh penduduk Kg Chengal Jantan setelah disambung dengan "microphone" dan "p.a .system"

DS Nizar membuat panggilan dari lobi Bangunan Parlimen,mengucapkan setinggi tahniah kepada masyarakat kampung yang menjayakan program membantu mangsa banjir.

DS Nizar juga merakamkan jutaan ribuan terima kasih kepada pasukan Unit Amal ,Ketua Kampung ,JKKK,pimpinan Pas semua peringkat.Beliau menyatakan masih berada di Parlimen untuk mengikuti persidangan parlimen.

Untuk makluman DS Nizar melalui Pusat Khidmat Parlimen telah membiayai membuat parit mengelak banjir dan jamuan kenduri.

DS Nizar menolong rakyat,bukan kerana dicabar mana-mana individu,'Apa Nizar boleh buat?'

Kita buktikan ,dengan peruntukan yang dirampas Ketua Umno Bahagian,kita akan bantu rakyat mengikut kemampuan dan keperluan.

'Panggil DS Nizar tolong,jangan minta kami tolong!"


Rumah Naim keadaan ..air bertakung..bila hujan lebat..gambar di ambil pada 17 November 2009

Sdr Naim memerhati kerja-kerja dilakukan Backhoe. Backhoe ini dibiayai DS Nizar,yang wang peruntukan ahli parlimen dirampas Ketua Umno Bahagian.

Naim seorang rakyat Malaysia.Tinggal di Kg Chengal Jantan,Dun Kuala Sapetang.Rumahnya akan ditenggelami air jika hujan lebat.Air akan bertakung agak lama.Beliau meminta tolong Ketua Kampung Kerajaan Zamri.Hampa! Malah dia meminta tolong Nizar,"Panggil Nizar tolong,hang?".

Apabila DS Nizar mendapat tahu kesusahan Naim, Sdr Basher Ahmad dan penulis diminta melihat keadaan rumah Naim.

Setelah memberi laporan kepada Sekretariat Parlimen.Pusat Khidmat DS Nizar meluluskan pengorekan parit untuk mengalirkan air bertakung. Hari ini gotongroyong rumah penduduk belangsung..

DS Nizar,wang gajinya sebagai Ahli Parlimen diberi terus kepada rakyat.

DS NIZAR BUAT KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA F.A.M

Bertempat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (F.A.M) Kelana Jaya, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah membuat kunjungan hormat menemui Setiausaha Agong persatuan tersebut iaitu Dato Azzuddin Ahmad bagi membincangkan secara lanjut status skuad seladang pada saingan Liga Malaysia musim 2010 nanti.

Menurut sumber lalu, pasukan Perak adalah antara negeri yang bermasalah dalam menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan caruman Pekerja (KWSP) serta Cukai Pendapatan (LHDN) selain dari pasukan seperti Pulau Pinang, Melaka, Shahzan Muda dan Pahang. Ditemui sejurus selepas kunjungan itu, Presiden PAFA menyatakan rasa gembira dengan pertemuan tersebut dan menyatakan rasa terima kasih atas layanan mesra dan kesudian pihak F.A.M melalui wakilnya Dato Azzuddin Ahmad mendengar penjelasan dari Perak FA.

“Perbincangan berjalan cukup baik antara saya dan Setiausaha Agong F.A.M (Dato Azzuddin Ahmad) dan PAFA berjanji akan cuba sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh F.A.M”, jelas beliau kepada wakil SDN.

“Sebagai Presiden PAFA adalah menjadi tanggungjawab saya dalam memastikan pasukan Perak diuruskan dengan baik dan dapat beraksi pada saingan Liga Malaysia musim 2010 nanti, InsyaAllah”, ujar beliau penuh harapan.

Dato Azzuddin Ahmad ketika disoal wakil SDN menyatakan bahawa kedatangan Presiden PAFA adalah dengan hasrat mencari jalan untuk memenuhi segala syarat yang ditetapkan oleh F.A.M untuk pasukan Perak mengambil bahagian pada musim 2010 nanti.

“Saya telah pun memberikan segala butiran yang perlu termasuk memberikan penekanan tentang tarikh tutup pada 30 November ini dan Dato Seri Mohammad Nizar berjanji untuk menyelesaikan permasalahan tersebut secepat mungkin”, katanya.

“Kita tidak boleh berganjak lagi dari tarikh tutup yang ditetapkan kerana ini adalah kali kedua tarikh tersebut dilanjutkan. Kita telah pun kesuntukan masa untuk menyediakan jadual pertandingan dan mengatur perancangan selanjutnya untuk tahun 2010 nanti”, tegasnya.

sumber: www.seladang.net

Harapan Pilihanraya Kecil Changkat Jering Cerah

Sebentar tadi mendapat satu SMS dari teman,menyatakan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan SPR supaya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan DUN Kota Siputeh.

Dalam SMS itu lagi menerangkan SPR diarahkan untuk mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari bermula 16 November,di mana Mahkamah menyatakan Kerusi DUN Kota Siputeh kosong.

Sehubungan dengan itu,keputusan ini akan memungkinkan kerusi DUN Changkat Jering,Behrang dan Jelapang akan kosong setelah Tuan Speaker Perak, YB V.Sivakumar membuat semakan kehakiman nanti.

Bagi kita PAS Bukit Gantang sememangnya bersedia untuk menghadapi pilihanraya

Sunday, November 22, 2009

YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa dikejar ke Institut Jantung Negara

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa yang hadir ke persidangn parlimen pagi tadi dikejar ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada jam 11.45 pagi tadi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS, sebelum itu ditemani Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dilihat berjalan kaki ke klinik parlimen apabila mengadu sakit dibahagian otot dada.

Bagaimanapun, selepas melalui ujian electrocardiaogram (ECG), doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.

Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda dan kemudiannya menaiki ambulan untuk dirujuk ke IJN.