Thursday, December 15, 2011

Suami Durjana Anak Isteri Jadi Mangsa Along

Seorang isteri dan 8 orang anak menjadi mangsa Along,kerana sang suami tidak membayar wang pinjaman Along.

Si isteri terpaksa berpindah dari negeri lain ke Perak ,untuk mengelakkan si Along datang untuk mengugut dan mengancam mereka sekeluarga.

Wanita ini sedang dibantu Pusat Khidmat AP Bukit Gantang untuk meringankan kos hidup .Sang suami telah membiarkan keluarga ini mengurus hal sendiri.Dia sendiri cuba mengelak dari Along. Si isteri menjadi mangsa suami yang meminjam wang melalui bank ,tidak membayar balik pinjaman.Isteri di black list dan sang suami hidup goyang kaki.

Wanita ini telah membuat laporan polis di negeri sebelah selatan.Yang menarik pegawai penyiasat menyuruh beliau berpindah ke kampung halaman.Along yang mengancam mereka terus bermaharajalela.

Wednesday, December 14, 2011

Kerajaan BN Zalim ,guru GSTT kerja teruk tanpa cuti.

Seramai 8,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengeluh dan merayu kerajaan mempertimbangkan semula kontrak perkhidmatan baru mereka yang dianggap membebankan termasuk perlu hadir di sekolah pada hari Sabtu dan Ahad.


Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak GSTT Shamil Nor berkata penukaran daripada "Kontrak Khidmat kepada Kontrak untuk Berkhidmat juga menghendaki guru berkenaan memulangkan semula perbezaan gaji yang telah diterima sejak bulan Oktober hingga Disember berjumlah RM 3,476 setiap seorang.


"Kontrak yang baru ini juga tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain perlu hadir di sekolah tujuh hari seminggu termasuk cuti umum, sungguhpun tiada sesi pembelajaran atau gaji dipotong," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pemuda Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau juga berkata di samping itu semua mereka hanya dimaklumkan mengenai penukaran kontrak itu pada 10 Nov sedangkan kontrak ini telah berkuat kuasa pada 17 Okt.


"Walaupun kontrak yang baru ini telah berkuat kuasa namun saya dimaklumkan terdapat Pejabat Pendidikan Daerah yang masih tidak memaklumkan perkara itu kepada guru sandaran di daerah mereka sedangkan esok semua guru sandaran diminta menandatangani Surat Akujanji berhubung kontrak yang baru itu," katanya.sumber BERNAMA

Skim saraan baru Cuepacs buat keputusan esok

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membuat pendirian sama ada menerima tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ataupun sebaliknya, esok.

SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).


Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai 16 Disember ini. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.


Pekeliling SBPA dikeluarkan Rabu lalu.


Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata keputusan untuk menerima atau menolak SBPA akan diputuskan oleh 135 kesatuan gabungan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang akan menghadiri kongres penuh Kuala Perlis.


“Kongres ini khusus membincangkan SBPA kerana taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.


“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya dipetik Bernama Online.


Omar ditemui pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota-anggota Cuepacs negeri Kedah di Sungai Petani hari ini.


Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.


Beliau berkata Cuepacs meminta anggota-anggotanya tidak menandatangani surat tawaran JPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya SBPA.


“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.


Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.


Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.


Omar berkata Cuepacs akan meminta JPA menyertainya dalam jelajah ke seluruh negara memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA.


Katanya keputusan penting lain termasuk meminta JPA melanjutkan tempoh menandatangani surat tawaran SBPA juga akan diputuskan esok.

Tuesday, December 13, 2011

Kembalinya seorang pejuang, Pak Imam Majid Salleh

PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Abdul Majid Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid Salleh diatas pemergiannya kerahmatullah.


Beliau, pernah aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf dan Persatuan Kebangsaan Melayu Muda bersama tokoh-tokoh ternama seperti Dr Burhanuddin al Hilmi, Ahmad Boestamam dan seluruh pejuang kemerdekaan yang tulen yang lain dalam menentang British sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan.


Selain itu beliau juga pernah menjadi YDP PAS kawasan Gopeng pada tahun 80an dan juga pernah bertanding dalam Pilihanraya menentang presiden MCA Tan Kon Swan pada tahun 1986 di Parlimen Gopeng


PAS Perak dan seluruh kawasan-kawasan kehilangan seorang pejuang yang begitu gigih dan sangat konsisten dalam memartabatkan Islam dan mengangkat martabat rakyat di bumi Malaysia. Pemergian Allahyarham Abdul Majid Salleh sangat dirasai oleh seluruh rakyat negeri Perak.


Pengorbanan dan semangat juangnya inilah yang wajar dicontohi oleh rakyat terutamanya generasi muda.


PAS Perak melihat, walaupun pemergian Allahyarham Abdul Majid Salleh menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi rakyat, tetapi Allahyarham telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT. Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.


Salam Takziah

Jangan lihat Hassan Ali saja,calon PRU, Majlis Syura yang putuskan.

KUALA LUMPUR: PAS menggesa semua pihak tidak terburu-buru bercakap soal calon parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ianya masih belum diputuskan.


Menurut Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,, keputusan sama ada mana-mana individu dipilih menjadi calon hanya akan diputuskan di peringkat Majlis Syura PAS.


Termasuk dalam iau kedudukan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ujarnya, Majlis Syura belum membuat sebarang keputusan kerana belum menerima pencalonan dari PAS negeri Selangor.


“Sekali pun nama berliau tidak dicalonkan di peringkat cawangan, ia tidak bermakna beliau tidak layak. PAS melihat kredibiliti dan kepentingan ahli untuk menjadi calon.,"

Imej dan nama baik DS Nizar cuba dicemar.

DS Nizar terus menyantuni rakyat.Kaum ibu tetap menghormati dan menyayangi DS Nizar sebagai pemimpin rakyat.Walaupun terdapat usaha untuk merosakkan imej DS Nizar

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak mendakwa terdapat usaha dari pihak tertentu yang akan cuba mencemarkan imej dan nama baik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjelang PRU-13 nanti.

Tindakan itu, kata mereka ekoran Mohamad Nizar masih mendapat sokongan dan menjadi harapan seluruh rakyat negeri itu untuk kembali memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri.



Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, faktor sokongan padu rakyat terhadap Nizar itu juga turut menjadi kebimbangan besar BN negeri itu terutama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.



"Pada kami, sebenarnya Barisan Nasional (BN) Negeri Perak amat bimbang perkara tersebut dan cuba memastikan imej Datuk Seri Nizar diburukkan dengan pelbagai serangan.



"Kami yakin rakyat sedang menunggu untuk menyuarakan ‘undi’ mereka bagi memastikan Datuk Seri Nizar dan PR meneruskan pentadbiran bersih yang ‘terhenti’ dalam tempoh 11 bulan sahaja," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.



Pada masa sama jelasnya, Umno Perak kini sedang berdepan krisis dalaman apabila ramai di kalangan pemimpin Umno negeri itu kurang senang dengan Zambry dan mahu teraju kepimpinan negeri itu diganti orang lain.



Zambry juga dikatakan bukan calon pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



"Kebanyakkan pimpinan Umno Bahagian terutamanya kurang senang dengan kepimpinan Datuk Seri Zambry berikutan ramai dikalangan mereka adalah penyokong kepada bekas Menteri Besar Perak ke-9 iaitu Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali.



"Kami mencabar BN Perak agar segera menamakan siapakah calon Menteri Besar jika BN Perak berjaya kembali mentadbir Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti," katanya.

Boleh didapati di sini.

Borang duit rakyat boleh didapati di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.Borang-borang yang telah diisi bolehlah dihantar ke sini.

Pusat khidmat akan menghantar borang duit rakyat RM500.00 terus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri.