Wednesday, March 20, 2013

Bangkit pemuda,kita tolak kerajaan yang ada PTPTN.

Bangkit orang muda kita jatuhkan kerajaan Zalim.Kerajaan yang tak mahu PTPTN dimansuhkan,kerajaan yang tak mahu turunkan harga kereta,kerajaan yang tak mahu turunkan harga minyak dan kerajaan yang tak mahu mansuhkan tol.Ayuh pemuda... kita tolak kerajaan zalim dan rasuah.

PAS letak 22 calon wanita bertanding PRU.

Puan Rohawati ,Ketua Dewan Muslimat PAS  Lumut salah seorang bakal calon  dalam kalangan wanita. Beliau dijangka bertanding di DUN Pasir Panjang ,menggantikan DS Nizar yang bertanding di DUN Changkat Jering dalam PRU 13 ini.  

KUALA LUMPUR: PAS meletakkan 22 calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dari 22 kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata 22 kerusi untuk calon wanita itu telah dimuktamadkan parti.

"Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat. Mungkin ada pertambahan lagi," tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, kerusi-kerusi tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Beliau juga berkata, asalnya mereka (muslimat PAS) meminta setiap negeri satu kerusi parlimen, dan satu kerusi Dun.

"Bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan lebih dari satu kerusi untuk calon wanita," tegas beliau.

Ketika ditanya tentang kuota 30 peratus yang dituntut, Dr. Mariah berkata ia belum mencapai peratus tersebut kerana ia turut merangkumi calon wanita daripada DAP dan PKR.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan mana-mana calon wanita yang menang pada pilihan raya umum ke-12 lalu, turut dicalonkan semula.

"Insya Allah, semua calon wanita yang menang pada PRU lepas, dicalonkan semula memandangkan laporan prestasi yang baik daripada kami," tegas ahli Parlimen Kota Raja itu.

Selain itu, kata beliau terdapat muka baru yang akan menjadi calon wanita, termasuk aktivis NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli.

Turut serta pada sidang media itu Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi.


Tuesday, March 19, 2013

Nizar calon PAS di Dun Changkat Jering tepat-Ku Is


Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss 



IPOH - Pemuda Pas Perak melihat pencalonan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai tindakan tepat dan wajar.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya telah membuat beberapa tinjauan akar umbi terhadap pencalonan itu dan kebanyakan mereka bersetuju dengan pencalonan Mohammad Nizar.

Beliau berkata, wajar bagi Pas untuk mengambil semula kerusi itu bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Kita menghormati pandangan semua pihak, tetapi paling penting pandangan akar umbi.

“Bagi kami kerusi ini memang harus diserahkan kepada Pas setelah wakil rakyat sedia ada bertindak keluar parti dan menjadi bebas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Raja Ahmad Iskandar berkata, bukan sahaja ahli Pas akar umbi tetapi orang-orang PKR juga setuju dengan pencalonan itu.

Mengenai tindakan beliau yang mengumumkan nama Mohammad Nizar baru-baru ini sebagai calon di Dun Changkat Jering, beliau menegaskan tindakan itu bukan satu masalah dan tidak akan menjejaskan hubungan Pas dan PKR.

“Saya tak fikir tindakan itu akan melemahkan PR sebaliknya ia merupakan satu kelebihan yang ada dalam PR.

“Tak salah untuk meluahkan pandangan dan menegur secara terbuka kerana ia menunjukkan PR lebih fleksibel berbanding BN," katanya.

Menurutnya, di dalam BN tidak ada siapa yang berani menegur parti komponen antara satu sama lain kerana bimbang kepentingan masing-masing akan hilang.

Katanya, ia berlainan dengan parti di dalam PR kerana Pas, PKR dan DAP bersatu di bawah prinsip yang dipegang parti masing-masing.

Pegawai Pemerintah FRU dituduh buat tuntutan palsu.


GEORGETOWN - Seorang Pegawai Pemerintah Unit No. 3 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembekalan makanan dan minuman pada Mac tahun lepas.
   
Mohamad Mokhtar Abdul Majid, 58, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
   
Dia didakwa memberikan satu dokumen pesanan kerajaan bertarikh 2 Mac 2012 yang mengandungi butiran matan yang palsu kepada Pembantu Tadbir Kewangan Unit No. 3 PSP Pulau Pinang Noor Aliza Razali dengan mengesahkan Hafez Enterprise menyediakan makanan dan minuman untuk Troop 3A bagi Latihan Ulangkaji PSP pada 20 Februari hingga 3 Mac 2012 bernilai RM36,824 sedangkan syarikat itu telah menyerahkan wang tunai RM24,950 kepada tertuduh bagi maksud pembekalan itu.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Unit No. 3 PSP Pulau Pinang pada 7 Mac tahun lepas.
   
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memberikan satu dokumen pesanan kerajaan bertarikh 16 Mac 2012 yang mengandungi butiran matan yang palsu kepada Noor Aliza dengan mengesahkan Hafez Enterprise menyediakan makanan dan minuman untuk Troop 3B bagi Latihan Ulangkaji PSP pada 4 Mac hingga 18 Mac 2012 bernilai RM39,736 sedangkan syarikat itu telah menyerahkan wang tunai RM27,000 kepada tertuduh bagi maksud pembekalan itu, di tempat yang sama pada 27 Mac 2012.

Dia juga didakwa memberikan satu dokumen pesanan kerajaan bertarikh 27 Mac 2012 yang mengandungi butiran matan yang palsu kepada Noor Aliza dengan mengesahkan Hafez Enterprise menyediakan makanan dan minuman untuk Troop 3C bagi Latihan Ulangkaji PSP pada 18 Mac hingga 31 Mac 2012 bernilai RM38,644 sedangkan syarikat itu telah menyerahkan wang tunai RM26,000 kepada tertuduh bagi maksud pembekalan itu, di tempat yang sama pada 2 April 2012.
   
Untuk ketiga-tiga pertuduhan itu, Mohamad Mokhtar didakwa mengikut Seksyen 1 , Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai butiran matan yang palsu atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
   
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Janariah Abdul Mutalib menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
   
Peguam Zarina Zahur Hussian yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan atas alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan kes itu.
  
  Zulhazmi membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga ke
selesai.
    Mahkamah menetapkan 18 April depan untuk pengurusan kes.  - Bernama

DS Nizar ,di DUN Changkat Jering.

Add caption


IPOH: Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi PRU13 terjawab apabila diumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di situ.


Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu program ceramah di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini malam tadi. (Gambar atas)

Pemimpin PAS negeri yang hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya, Razman Zakaria; Setiausaha, Dr Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda, Ustaz Zawawi Hassan; Timbalan Ketua Muslimat, Rohaya Abu Bakar; wakil Dewan Ulamak, Ustaz Sidek Noor dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Beh Heng Kin.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui Harakahdaily berkata, ia adalah keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dan telah dimaklumkan kepada PAS Pusat.

Katanya, pilihan Mohammad Nizar  yang juga mantan Menteri Besar Perak adalah keputusan yang terbaik memandang beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut.

“Mohammad Nizar sudah dikenali dan karektornya telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang kebetulannya beliau ketika ini menyandang Ahli Parlimen Bukit Gantang.

“Saya yakin keputusan yang dibuat ini adalah tepat,” katanya.

Mengenai Dun Pasir Panjang yang ketika ini disandang oleh Mohammad Nizar, Abu Bakar menjelaskan, PAS Perak telah mengenal pasti calon yang sesuai dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

“Ya, PAS Perak sudah kenal pasti calon yang sesuai, insya Allah dalam masa yang terdekat kami akan mengumumkan,” jelasnya.

UMNO sudah ada berkontena risalah perkauman- Pemuda PAS.


Foto menunjukkan Pimpinan Dewan Pemuda Pas diketua Raja Dr Iskandar al-Hiss,berjaya membuktikan niat jahat UMNO untuk mengedar risalah berbaur fitnah dan perkauman.

Ipoh,19 Mac-PAS Perak melaui Dewan Pemuda Negeri,pada hari ini  mendedah agenda jahat Umno untuk mengedar risalah berbaur fitnah dan perkauman. Ianya sudah dicetak dalam kuantiti yang banyak dan diletakkan dalam kontena-kontena. Ianya menunggu masa untuk diedarkan