Thursday, March 6, 2014

Dewan Undangan Baru Perak,biar telus .

Kerajaan Zambry Kadir ingin membina bangunan baru Dewan Undangan Negeri Perak bernilai RM60 juta.Walhal bangunan sedia ada masih elok dan dibina pun baru pada 2001
 

IPOH - Jawatankuasa PR negeri bakal mengemukakan usul berhubung pembinaan Dewan Negeri baharu pada persidangan Dun, 31 Mac depan.

Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming berkata, usul berkenaan akan dibuat berikutan cadangan daripada kerajaan negeri sebelum in yang mahu membina sebuah dewan baharu bagi menggantikan dewan lama di tapak seluas lebih 2 hektar berhampiran bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menurutnya, tapak berkenaan dikenal pasti sebagai bekas tapak bagi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ianya dipindahkan ke bangunan baharu berhampiran kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Meru Raya.

"Kita difahamkan kos bagi tujuan pembinaan dewan berkenaan melibatkan kos berjumlah RM60 juta, satu jumlah yang terlalu besar. Lagi pun, Dewan Negeri sedia ada pada hari ini masih baharu dibina pada 2001 lalu "Oleh itu, kita akan kemukakan usul ini untuk dipertimbangkan bersama apakah projek berkenaan (pembinaan Dewan Negeri baharu) perlu dilaksanakan," katanya.

Kor Ming yang juga Adun Kepayang berkata, sekiranya dewan berkenaan dibina, PR mahu agar dewan berkenaan dapat berfungsi berdasarkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kredibiliti.

Katanya, proses pembinaan bangunan dewan berkenaan juga perlulah dibuat secara terbuka 'open tender' selain memberi pengiktirafan sebagaimana yang diberi kepada ketua pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang.

"Kita juga mahu semua kakitangan dewan diletakkan di bawah kuasa dewan dan bukannya pihak berkuasa negeri demi menjamin dewan dapat berfungsi secara bebas dan berkecuali," katanya.

Liwat 2,ujian untuk Wan Azizah dan Nurul Izzah

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan DS Anwar, 66, atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.Pada hari ini 6 Mac-7 Mac ,Mahkamah Rayuan mendengar rayuan pendakwaraya.Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjadi PENDAKWARAYA. 
InsyaAllah ,DS Anwar Ibrahim akan diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. Ini ujian untuk DS Wan Azizah,Nurul Izah dan adik-adik serta penyokong.

Wednesday, March 5, 2014

Foto Presiden MCA dihimpit susu.

Foto Liow Tiong Lai dihimpit susu.Musim kempen Pilihanrayakecil Dun Kajang,pelbagai perkara boleh berlaku.Contoh ketara betapa sukanya Presiden MCA,Liow Tiong Lai dihimpit dengan wanita UMNO.Wanita UMNO pun tumpang gembira. Dekat Teresa Kok marah sangat.  Dulu  Presiden MCA(Chua Soi Lek) hina Islam ,haram buat tak tahu.Lagi satu berebut kalimah Allah,peraturan Allah tak mau ikut.

Vincent Tan disiasat Liga England kerana beri bonus bernilai RM20.24 juta.

Beri bonus untuk motivasi Kelab Cardiff City.Vincent Tan bakal disiasat pihak Liga Perdana Inggeris gara-gara menawarkan bonus kepada pemain-pemainnya.
Budaya Malaysia yang dibawa oleh Vincent Tan,beri bonus tanpa ikut syarat,satu kesalahan dalam Liga Perdana Inggeris.Kelab Cardiff City bakal berdepan dengan siasatan Liga Perdana Inggeris selepas pemilik kelab tersebut, Tan Sri Vincent Tan menawarkan bonus bernilai £3.7 juta (RM20.24 juta) sebelum aksi kekalahan kepada Tottenham Hotspur pada Ahad lalu.
Sportsmail mendedahkan Tan melanggar peraturan Liga Perdana, yang mana setiap pasukan perlu menyediakan jadual bonus sebelum musim bermula, namun Tan memberi insentif kepada pemain-pemainnya bagi mengelak pasukannya terkeluar dalam saingan liga.(klik)

Tak dengar pula solat hajat untuk Anwar Ibrahim supaya tidak dipenjara.

Tak dengar pula  majlis baca Yassin atau solat hajat untuk meminta ke hadrat Allah s.w.t  agar DS Anwar dijauhi daripada dizalimi sekali lagi.
Esok 6 Mac hingga 7 Mac ,Mahkamah Rayuan akan mendengar pihak pendakwa merayu keputusan membebaskan DS Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi.Tak dengar pula PKR membuat solat hajat dan majlis bacaan surah Yassin untuk  keselamatan DS Anwar daripada fitnat liwat ini.

Menariknya esok rayuan pihak pendakwa diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.Semua orang tahu ,peguam ini peguam UMNO.

Pihak pendakwa merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari, 2012 yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Video fitnah Mat Sabu bekal perempuan pemuas nafsu.

Video Ceramah Ustaz Datuk Shamsul Najmi yang mendakwa Mat Sabu pembekal pemuas nafsu semasa pemilihan Timbalan Presiden 2011.
Dalam siri kempen UMNO di Kajang pada 2 Mac 2014.Timbalan Presiden Pas difitnah.Beria-ria menceramah ini mendakwa Haji Mohd Sabu  membekal perempuan untuk meuaskan hawa nafsu perwakilan Muktamar PAS. (KLiK)


Petikan ceramah yang turut memfitnah Mahfuz Omar.

"Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT" 

10 budak sekolah mati akibat denggi.

PUTRAJAYA: Seramai 10 pelajar sekolah maut akibat demam denggi sejak sesi persekolahan dibuka pada Januari lalu.

 Timbalan Menteri Pelajaran II P. Kamalanathan berkata, daripada 18,165 kes demam denggi yang dilaporkan sejak Januari hingga 2 Mac, sebanyak 3,571 (19.6 peratus) kes melibatkan pelajar sekolah.

"Kementerian melihat jumlah itu sesuatu yang membimbangkan dalam peningkatan kes denggi yang serius. Oleh itu kami sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan keadaan terkawal," katanya selepas merasmikan Program Patrol Denggi 2014 pada hari Rabu.

Beliau berkata, selain mengekalkan kebersihan di dalam kawasan sekolah, kawasan sekitar di luar sekolah juga perlu sentiasa bersih daripada tempat pembiakan denggi. Daripada 10 kematian denggi yang melibatkan pelajar sekolah, empat terdiri daripada murid sekolah rendah manakala selebihnya pelajar sekolah menengah.