Saturday, June 20, 2009

Catatan Dari Sisi

20 Jun 2009
Catatan 1
YDP Kawasan Bukit Gantang Ustaz Mohd Nordin Jaafar mencadangkan masyarakat membaca suratkhabar arus perdana dalam bentuk terbalik.Beliau berucap sewaktu mengulas Kerajaan Perpaduan.Jikalau kita membaca secara terbalik,kita akan mengetahui cerita sebenar pandangan dua tokoh besar Malaysia TGNA dan TGHH.
Catatan 2
Akhbar arus perdana hanya boleh dipercayai ketepatan dalam keputusan nombor ekor-judi dan waktu solat.
Catatan 3
Pandangan kita,isu Kerajaan Perpaduan mempunyai maksud tersendiri.Ini menunjukkan kita sememangnya menjadi perhatian rakyat untuk memimpin Malaysia.Media arus perdana perlu dijolok untuk rakyat membincangkan kepentingan Pas dalam politik arus perdana.Pimpinan kita memang bijak,dan tidak akan dipatuk ular untuk sekian kali.
Catatan 4
Petang Khamis,18 Jun 2009.Kelas ganti,seorang murid India memberitahu bapanya kena kejar sewaktu hendak balik ke rumah di Kamunting.Anak murid beritahu terdapat pergaduhan antara Melayu-India,kerna perselisihan faham.Penulis menjawab dua gengster sedang bergaduh.Pakatan Rakyat tidak terlibat.Mereka yang suka kumpulan mempunyai niat untuk mengeksploitasi rakyat. Bukan kita ,tapi mereka.
Catatan 5
UMNO dan surat khabar lama suka Isu Kerajaan Perpaduan,sebab mahu menutup isu pembuangan kerja,isu pengganguran,isu keciciran pelajar ke IPTA dan isu jenayah setiap hari.

No comments:

Post a Comment