Wednesday, June 17, 2009

Kerajaan Perpaduan-Mengapa Melatah



Mungkinkah kerajaan perpaduan menakutkan ramai orang?Bagi penulis ini satu lontaran idea untuk perpaduan ummah.Satu gagasan dicetuskan Presiden Pas ,tetapi tidak difahami segelintir pimpinan Pakatan rakyat.
Kita bersedia berbincang dengan sesiapa sahaja ,bukan bermaksud bersetuju menubuhkan kerajaan dengan UMNO BN.Bukankah kita mempunyai Kelab Penyokong PAS ,bukankah pengundi kita pelbagai aliran dan agama.Jadi apa salahnya idea bertemu dengan sesiapa sahaja.
Dahulu terdapat satu kenyataan kita akan berkawan dengan syaitan,jikalau makhluk itu menyokong kita?Jadi apa salahnya kerajaan perpaduan.Apa salahnya Pas Kawasan dan perwakilan memilih TGHA dan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai gandingan pimpinan Pas Pusat.Tidak sedarkah perwakilan mereka sudah memilih pimpinan sesi 2009-211.
Janganlah kita tukang meranapkan parti dan melumpuhkan organisasi.Janganlah kerana pimpinan kita tidak terpilih ,kita memalukan Dato Presiden yang kini berada di luar negara.Kita memalukan Timbalan Presiden.Kita momokkan Dato Mustafa Ali atau Ustaz Nasharudin Mat Isa kemaruk jadi menteri.
Sebagai pimpinan kita hendaklah menyelesaikan masalah rakyat secara berhemah.Sebagai ahli kita jangan cepat buat keputusan.
Marilah kita mengambil kesempatan dalam Kempen Bubarkan Dun Perak,untuk solat hajat Selamatkan Pas dan Selamatkan Perak.
Bagi kita perbezaan pendapat dalam PAS sebagai satu tanda kematangan politik,sebagai satu rahmah,sebagai satu pautan kasih sayang.
Harapan kita semua pimpinan berlapang dada dan di bawah lindungan Allah s.w.t.

1 comment:

  1. Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete