Saturday, June 27, 2009

UMNO MACAM ORANG LEMAS DALAM LOMBONG

Ustaz Mohd Nordin Jaafar menyampaikan ucapan aluan
DS Hj Nizar sedang berucap melancar rasmi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang
Kehadiran tetamu jemputan 250 orang,termasuk YB Encik Tai Sing Ng,YB Encik Yew Tian Hoe


DS Nizar menyatakan kita perlu bersiap sedia menghadapi PRN PeraK.DS memberi beberapa alasan,antaranya banyak peruntukan tidak diluluskan oleh DUN,bajet Kerajaan Pusat dibentang pada bulan September,sementara itu DUN Perak perlu bersidang pada bukan Oktober.Persidangan Oktober nanti juga bercelaru ,kerana kedudukan speaker pun masih tidak sah,bajet kemungkinan tidak boleh lulus,jabatan kerajaan seperti JKR,JPS dan Pihak Berkuasa tempatan tidak boleh bergerak lancar.Justeru PRN Perak langkah terbaik.
DS Nizar juga mendakwa pernah berjumpa Osman Jailu ,di Kuala Lumpur ,Kapten Osman memberitahu dia terpaksa mengikuti YB Jamaluddin.
Dalam sidang akhbar selepas perasmian,"UMNO macam orang yang lemas dalam lombong"dakwa DS Nizar."Jadi kalau mahu selamat orang lemas kita perlu menjadi mangsa lemas lemah baru kita tolong."tambah DS Nizar. "Kalau tidak kita pun lemas sama"ujar DS Nizar lagi.

No comments:

Post a Comment