Sunday, June 21, 2009

PANDANG SISI -Pembukaan Rasmi Pusat Khidmat 26 Jun 2009

Nostalgia
Dengan kebenaran Badan Perhubungan Pas Negeri Perak
Pusat Khidmat Masyarakat Ahli
Parlimen dibuka secara rasmi pada 17 Mac 2008 di Markaz Tarbiah PAS Negeri Air Kuning untuk seluruh Parlimen Bukit Gantang dengan 3 orang pegawai khas.Pegawai bertugas Encik Shaharudin Ahmad Sani,Encik Mohammad Fadhil Idris dan Encik Basheer Ahmad.
Waktu operasi Isnin –Jumaat,bermula pukul 9-5 petang.Namun begitu jikalau perlu petugas dan Ahlijawatankuasa Sekretariat Parlimen akan bertugas bila-bila masa apabila diperlukan.Contohnya peristiwa banjir kilat ,dimana 10 kampung dalam Parlimen Bukit Gantang terlibat pada 18 Jun 2008.Bayangkan dengan kekangan sumber kita berjaya membantu meringan masalah rakyat.
Encik Shaharudin Ahmad Sani lebih menumpukan hubungan dengan agensi kerajaan, contohnya mewakili Tuan Hj Roslan Shaharum ke mesyuarat majlis tindakan daerah jikalau Tuan Hj Roslan perlu menghadiri persidangan parlimen.Sementara itu Encik Mohammad Fadhil Idris memberi tumpuan masalah aduan rakyat,dimana setiap aduan rakyat akan diproses.Bagi Encik Basheer Ahmad ,beliau difokuskan untuk menyelesaikan aduan bukan Melayu.
Dengan kekangan kos dan fasiliti pusat khidmat mampu untuk membantu 545 aduan rakyat,sepanjang tempoh perkhidmatan Almarhum Haji Roslan Shaharum. Pusat Khidmat Masyarakat yang diurus oleh Sekretariat Parlimen dibawah pemantauan Pas Kawasan Bukit Gantang. Alfatihah untuk Almarhum Hj Roslan Shaharum.

No comments:

Post a Comment