Monday, June 29, 2009

Pulau Pinang Mendahului-Tanpa Polisterina

Pinggan polisterin,kata rakyat Malaysia, rupanya membunuh secara senyap


Langkah Kerajaan Pulau Pinang tidak lagi membenar penggunaan polisterina pada program rasminya dianggap langkah kehadapan.Setiap program kerajaan negeri Pulau Pinang dilarang menggunakan polisterin.Langkah ini diambil untuk mengelakkan kesan pencemaran alam,pembiakan nyamuk aedes dan mengurang risiko serangan kanser.
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bungkusan polisterina mengangandungi sisa stirena.Terdapat dua cara stirena boleh menyerap masuk ke dalam makanan,melalui serapan stirena kemakananan yang panas dan disimpan terlalu lama.Stirenayang meresap dalam makanan itu akhirnya masuk ke dalam badan dan menjejaskan kesihatan kita.
Agensi Kanser Antarabangsa (IARC) mengkelaskam stirena bahan karsinogen Kumpulan 2B ,satu ejen penyebab kanser.
Hasilnya menghasilkan mutagen yang boleh memberi perubahan genetik ,ini menyumbang risiko kanser dan merosakkan sitem pembiakan.
Justeru itu PAS seharusnya menghentikan penggunaan polisterina.Kerajaan PR negeri lain perlu mengikuti contoh YAB Encik Lim Guan Eng.PAS jangan lagi memilih Katering yang masih mahu menggunakan bekas polisterin.

No comments:

Post a Comment