Monday, June 22, 2009

TEORI:RAHMAN


I.

R.A.H.M.A.N
Ialah nama ALLAH
Bererti pemurah
Penzalim ALLAH marah
Perasuah ALLAH marah
Pengkhianat ALLAH marah

II.

R= RAHMAN
A= ABDUL RAZAK
H= HUSSEIN
M=MAHATHIR
A=ABDULLAH
N=NAJIB

Teori ini bukan ajaib
Ini kebetulan saja
PM Pertama Tuanku Abdul Rahman
PM Kedua Abdul Razak
PM Ketiga Hussein bin Onn
PM Keempat Dr.Mahathir Mohamad
PM Kelima Abdullah bin Ahmad Badawi
PM Keenam Mohd .Najib bin Abdul Razak
Keadaan nampak nazak
Bila nazak
Dekat nak mati
Manusia mati
Parti juga mati
Semua diingati
Yang baik dingati
Yang jahat diingati

III

Pilihan syurga di dunia
Pilihan neraka di dunia

IV
Orang cerdik mahu syurga
Orang bodoh tak ingin neraka

V

Orang cerdik
Beramal ikut Al-Quran dan Sunnah
Beramal untuk hari Akhirat
VI

Orang bodoh
Bertindak ikut nafsu syahawat
Berangan-angan bila mati nak masuk syurga

VII

Oleh itu Pilihlah yang mana satu
Janji ALLAH tetapberlaku


HMS Abu Bakar
4 Jamadilawal 1430 H
29.4.2009

No comments:

Post a Comment