Thursday, October 21, 2010

Nizar datang untuk berceramah malam ini- bajet seluar dalam.

DS Nizar insyaAllah dijadualkan hadir untuk berceramah bersama Ybhg Mat Sabu di Kg Tebuk,Dun Trong.Ceramah pada 21 Oktober,pukul 9.15 malam.

Dari Changkat Jering lebih kurang setengah jam.Sebentar tadi kita mendapat kepastian kehadiran DS Nizar pada ceramah malam ini.Nizar kini dalam perjalanan balik ke Ipoh dari sidang parlimen.

DS Nizar mungkin menyentuh bajet seluar dalam atau bajet pak pandir Najib.Jadi bagi mereka yang berminat sila hadir ke Kg Tebuk,Jalan Kuala Trong -Pantai Remis.

Banyak isu yang akan disentuh oleh Mat Sabu dan Nizar. Kita boleh dengar sendiri isu bangunan mega 100 tingkat untuk penduduk kampung Parlimen Bukit Gantang.

Lagi empat jam sahaja untuk kita mendengar ceramah Abang Mat dan DS Nizar.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..,

    Pembinaan menara warisan yang dikatakan menelam belanja 5 bilion menunjukkan ekonomi Malaysia "pulih" dengan cemerlang. Mungkin selepas ini kerajaan akan memberi semula subsidi bahan makanan harian rakyat yang ditarik sebelum ini... mungkinkah..?

    ReplyDelete