Friday, October 1, 2010

PRU 13 Pas akan letak calon Bukan Islam-Nizar


Nizar sedang menyampaikan motivasi kepada petugas pilihanraya Pas Bukit Gantang baru-baru ini.


DS Nizar sewaktu berucap di Konvensyen Pas Bukit Gantang menjelaskan Pas akan meletakkan calon Bukan Islam sebagai calon di beberapa kerusi.

Calon itu daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas.Jadi DS Nizar meminta kita bersedia untuk menerima mereka sebagai calon PAS dalam pilihanraya akan datang.

Petang kelmarin DS Nizar sekali menyebutnya di Majlis Jamuan Raya Pas Cawangan Pak Dollah di Kg Rahmat Kamunting.

Mungkinkah DS Nizar memberi isyarat DUN Trong mungkin ditandingi calon Pas daripada DHPP .

DS Nizar menjelaskan kepada kita Dun Trong UMNO akan menyerahkan kepada MIC .Dalam pada itu UMNO berminat untuk bertanding di Dun Pasir Panjang,Dun yang diwakili Nizar sekarang.

1 comment:

  1. Salam sejahtera..,

    Apapun yang dibuat diharapkan tak tersasar dari matlamat asal iaitu untuk membawa perubahan yang lebih baik untuk negara serta mertabatkan dan mengamalkan Islam dalam sistem perundangan negara kita dengan sepenuhnya tanpa had dan hari tertentu.

    ReplyDelete