Tuesday, July 26, 2011

Beri keadilan untuk Anwar-Najib dan Rosmah perlu ditemuabual peguam Anwar

Najib dan Rosmah jika ingin keadilan ditegakkan,sila beri kerjasama kepada peguam DS Anwar.Jangan berdolak-dalik,cari alasan.Alasan pula tidak munasabah. Sebagai anak jantan kena berani menanggung tanggungjawab.


Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.


Dalam permohonannya yang difailkan menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain.


Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.


Anwar di dalam notis itu menyatakan bahawa mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan.


Di dalam afidavit sokongannya, Anwar menyatakan bahawa peguamanya, SN Nair menerima sepucuk surak daripada Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields bertarikh 18 Julai bahawa Mohd Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju untuk menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka. sumber MK.

No comments:

Post a Comment