Sunday, July 31, 2011

Jangan marah,esok Najib Razak tidak puasa,lututnya perlu dibedah!

Menurut berita Bernama DS Najib akan menjalani pembedahan kecil pada lutut kiri.Secara kebetulan atau tidak Hj Mat Sabu juga lututnya juga dibedah untuk masuk skru.

Kita tunggu esok adakah DS Najib juga lututnya akan dimasuki skru.Kita juga mengharapkan Najib jangan dituduh berlakon.Kasihan beliau mungkin terpaksa tidak berpuasa esok.Kemungkinan besar 3 hari terpaksa beliau mengganti puasa.


Selamat menjalani pembedahan kecil DS Najib,jangan cuti lama-lama DS Najib,rakyat menanti sentuhan DS Najib di bulan Ramadhan ini.


Berikut merupakan berita yang dipetik melalui Bernama.Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok.


Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.


Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.


Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.


Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.


Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.


No comments:

Post a Comment