Thursday, July 14, 2011

Beza Liow Tiong Lai,Menteri Cina dengan Hishamuddin Husein,Menteri Melayu,

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Dilihat sebagai perkembangan dilihat mengejutkan banyak pihak, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasakan Hospital Tung Shin di sini ketika cuba meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan malam ini.


Sehubungan itu kata Liow, beliau percaya langkah ini akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai sejak beberapa hari lalu.


“Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital,” kata Liow.


“Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya,” kata beliau.


Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting.


“Orang ramai yang menyaksikan insiden itu boleh tampil membantu inkuiri. Mereka yang mahu identiti mereka tidak dikenali juga boleh berbuat demikian,” kata Liow lagi.

No comments:

Post a Comment