Wednesday, July 13, 2011

Kenapa ops Pati ditangguh ke 1 Ogos -Mahfuz Omar


YB Mahfuz Omar,DS Nizar dan Ustaz Abu Bakar Hussain sedang mendengar ucapan Azhar Kasim,anak saudara Baharuddin Ahmad.
YB Mahfuz Omar dalam ceramahnya di Bukit Jana,Kamunting pada 12 Julai lalu ada menyentuh isu Pendatang Tanpa Izin.

Beliau mempersoalkan apa rasional ops Pati ini ditangguhkan sehingga 1 Ogos.YB Mahfuz juga ada menerangkan ops ini diberikan kepada beberapa individu.

Bagi Mahfuz Omar wajar membidas perkara OPS PATI ini kerana dengan jumlah pendatang tanpa izin berjumlah 1 juta orang,kemungkinan besar mereka mendapat kerakyatan adalah cerah. PATI ini juga berpeluang menjadi pengundi.

Di samping itu YB Mahfuz Omar bukan melarang kerajaan memberi kerakyatan kepada orang India khususnya orang India. Mereka ini telah berpuluh tahun duduk di ladang-ladang ,tetapi mereka dan anak mereka tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil lahir.

No comments:

Post a Comment