Sunday, July 10, 2011

Polis geledah bilik hotel tempat Nizar bersama isteri menginap.

Ambiga dan DS Nizar berada di Surau al-Muqarabbin sebelum Solat Jenazah seorang pejuang Allahyarham Baharudin Ahmad dekat Ulu Klang.

Keramat ,10 Julai-DS Nizar memberitahu penulis ,bilik beliau di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur digeledah polis pada pukul 12.30 tengahmalam kelmarin.

Menurut Nizar beliau menginap bersama isteri DS Fatimah Taat dan anak-anak.Namun polis tidak mengendahkan ,mereka mengesyaki DS Nizar duduk bersama perempuan lain.

Dalam pada itu DS Nizar memberitahu beliau berhak untuk menginap di hotel tersebut kerana notis mahkamah hanya berkuatkuasa bermula jam 6 .00 pagi sehingga selesai pada 9 Julai.

Nizar juga memberitahu ,beliau cuba ditangkap sebanyak tujuh kali,tetapi berjaya diselamatakan anggota unit amal.

No comments:

Post a Comment