Tuesday, July 19, 2011

Bersih 709:Peserta yang ditahan sila hadir ke Pejabat Guaman Tetuan Awi esok 21 Julai

Peserta Bersih yang ditahan oleh polis pada 9 Julai lalu diminta hadir ke pejabat Guaman Tetuan Awi & Co esok 21 Julai di Ipoh.

Mereka akan diminta memberi keterangan atas penahanan mereka oleh pihak polis.Masa berkumpul di Pejabat Guaman Tetuan Awi & Co bermula 12.00 tengahari esok.

Sehubungan dengan itu Pas Kawasan atau mereka yang berkenaan memastikan anak buah mereka yang ditahan untuk hadir seperti ketentuan tersebut.

Sementara itu peserta dari Bukit Gantang boleh berkumpul di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,Taman Damai,Simpang pada pukul 10 pagi esok.Peserta seramai 13 orang itu akan bergerak ke Ipoh secara kumpulan.

No comments:

Post a Comment