Friday, May 31, 2013
Khir Toyo antara penyapu dan kambing hitam!!!!
![]() |
Khir Toyo menganggap dirinya telah menjadi kambing hitam.. Dahulu beliau merupakan pencipta rekod sejarah,memberi sebatang penyapu kepada D.O di Selangor yang KPI yang rendah.Dengan menunggu kesnya disebut dekat Mahkamah Persekutuan,Khir Toyo masih boleh tersenyum kerana belum sampai masanya beliau untuk menyapu sampah di sel yang bakal diduduki. |
Anak yang soleh mengimamkan solat jenazah ayahnya.
Thursday, May 30, 2013
YB sempat ziarah Pak Lah,sebelum Pak Lah kembali kerahmatullah.
Surat khabar "free",guru pun berubah!!!
Wednesday, May 29, 2013
Jika berlaku Pilihanraya Negeri Perak, Dr Raja Iskandar perlu diberi peluang.
Dalam tempoh 6 bulan Pilihanraya Negeri Perak boleh berlaku?
![]() |
Pak Nordin Hamid yang mengundi di S.K .Changkat Jering menunjukkan dakwat kekal yang tidak kekal."SPR pembohong" |
Changkat Jering-Beberapa ADUN UMNO didakwa akan melompat dan juga pitisyen dari PR Perak yang peluang cerah untuk menang 2 atau 3 kerusi,DS Zambry Kadir mungkin menghadap DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.
UMNO kemungkinan besar tidak akan membenarkan keputusan mahkamah menentukan kerajaan rakyat Pakatan Rakyat.Bagi UMNO mereka tidak akan serah ,kuasa dengan begitu mudah. Pilihan baik DS Zambry Kadir membubarkan DUN Perak ,lantas mengadakan Pilihanraya Negeri Perak sekali lagi.UMNO sekali mengharapkan undi orang Melayu untuk menyelamatkan kerajaan mereka.
Tuesday, May 28, 2013
505,blackout apa kata Salahuddin Ayub.
![]() |
505 Blackout,apa kata Salahuddin Ayub ,Naib Presiden PAS ,kita tunggu penjelasan beliau,esok 29 Mei 2013. |
Monday, May 27, 2013
Ada hikmah PR tidak memerintah PERAK.
YDP Bukit Gantang ,tiada masalah jika ditegur.
Sunday, May 26, 2013
Pada PRU 14, Pengarah Pilihanraya PAS Perak tidak usah betanding.
![]() |
Haji Asmuni Awi,Pengarah Pilihanraya PAS Perak,bertanding di DUN Manjoi pada PRU 13 lalu. |
Changkat Jering- PAS Perak disaran agar pada PRU 14 tidak meletakkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak bertanding.Dengan tidak bertanding mereka seperti pada PRU 13 lalu,tumpuan yang lebih dapat dibuat ke atas kerusi yang PAS bertanding ,khususnya kerusi yang ada harapan untuk menang.
Pakatan Rakyat Perak ,sudah bersediakah ,UMNO juga buat pitisyen.
Kerusi Changkat Jering mungkin kawasan yang dipitisyenkan UMNO???? |
IPOH - BN Perak mengkaji dan meneliti keputusan PRU13 di beberapa kawasan di Dun negeri ini sama ada perlu difailkan petisyen atau sebaliknya.
Menteri Besar, DS Dr Zambry Abd Kadir dilaporkan berkata, beberapa kawasan telah dikenal pasti melibatkan lokasi BN mengalami kekalahan tipis terhadap PR.
“Semalam , kita baru saja dimaklumkan mengenai petisyen dan kita sedang melihat beberapa Dun yang dilihat mengalami kekalahan tipis kepada pembangkang pada PRU13."kata DS Zambry
PAS fail 18 pitisyen PRU 13
SHAH ALAM – Pas akan memfailkan lebih 18 petisyen di mahkamah bagi mencabar keputusan PRU13 yang didakwa meragukan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, petisyen itu yang membabitkan keputusan PRU13 secara umum serta beberapa kawasan Parlimen dan Dun akan difailkan dalam masa terdekat.
Katanya, beberapa kawasan Dun telah dikenal pasti termasuk Perak, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang serta dua kawasan Parlimen yang gagal dikekalkan parti itu, Kuala Selangor dan Titiwangsa.
“Boleh dikatakan setiap negeri mengemukakan petisyen, namun kini panel peguam dalam proses akhir menfailkan petisyen di mahkamah selewat-lewatnya sebelum tarikh akhir bantahan ,” katanya `.
Terdahulu, Pas telah menubuhkan jawatankuasa khas berkaitan undang-undang untuk menentukan perkara dan tindakan yang boleh diambil sebelum mengemukakan petisyen.
Parti politik mempunyai tempoh 21 hari untuk berbuat demikian selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13, pada 22 Mei lalu.
Dilaporkan sekutu Pas, PKR akan memfailkan 27 petisyen melibatkan kawasan Parlimen dan Dun manakala DAP masih mempertimbang sama ada akan memfail petisyen.
Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
Pada pilihan raya lepas, BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala Pas (21), PKR (30) dan DAP (38).sumber
Saturday, May 25, 2013
Hakim diminta dengar pitisyen dengan minda yang bebas-Ketua Hakim Negara.
Sebarang petisyen yang dikemukakan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu didengar dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh ia difailkan, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua hakim yang bakal mendengar permohonan semakan keputusan PRU13 bagi memastikan konsep keadilan dapat ditegakkan.
"Perkara ini penting memandangkan ada cubaan (parti politik) untuk mengemukakan petisyen berikutan kurang berpuas hati dengan keputusan PRU13 lalu.
"Jika petisyen itu dikemukakan atau difailkan, saya memohon kerjasama semua (hakim) untuk melaksanakan tanggungjawab (mendengar) dengan minda yang bebas... tanpa dipengaruhi oleh desakan pihak tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Hakim-hakim Malaysia Kali Ke-47, di Kuantan hari ini.
Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Mohd Raus Shariff, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjun.
Arifin berkata tempoh enam bulan itu adalah realistik, kerana menjangkakan terdapat petisyen yang akan dikemukakan dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung.
Seramai 101 Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman menghadiri persidangan tahunan itu.
Arifin turut menasihatkan hakim untuk tidak memberikan sebarang reaksi balas terhadap komen yang dibuat oleh pengguna internet yang tidak berpuas hati dengan keputusan penghakiman.
Katanya, setiap keputusan yang sudah dibuat itu adalah muktamad dan atas pertimbangan sewajarnya oleh hakim yang bertanggungjawab dalam mendengar dan mengadili kes berkenaan.
"Walaupun ada komen yang dibuat atau disebarkan dalam internet itu berunsur negatif dan berniat menjejaskan nama baik sistem kehakiman, kita (hakim) tidak perlu melayannya kerana ia dibuat oleh mereka yang tidak memahami fakta sebenar kes," katanya.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua hakim supaya membuat keputusan penghakiman bersandarkan perbicaraan yang dijalankan dan keterangan yang dikemukakan demi menjaga kepentingan awam.
"Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ada trend sebelum ini... ada hakim yang cuba memperluaskan skop hak asasi kemanusiaan dalam keputusan penghakiman mereka.
"Jika ini berlaku, menjadi perhatian dan kerisauan dalam kalangan pengamal undang-undang dan akhirnya dibimbangi akan memberi gambaran tidak betul terhadap kredibiliti badan kehakiman yang bertanggungjawab menegakkan keadilan di negara ini," katanya.
- Bernama
Friday, May 24, 2013
Jangan aibkan orang nasihat isteri Ustaz Azizan.
ALOR SETAR - Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.
Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.
“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.
“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.
Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.
“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.
Faekah tidak menolak kemungkinan pemilik blog itu berdendam terhadap Azizan kerana serang peribadi beliau, selain punyai agenda jatuhkan Azizan ketika masih sandang jawatan menteri besar.
“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya.
Beberapa blog tempatan dilaporkan menjadikan keadaan Azizan yang kini hilang kedua belah kakinya, sebagai bahan gurauan selain mengkritik kepimpinan beliau. Kecaman terhadap Azizan dilihat berterusan sejak Kedah jatuh ke BN pada PRU13.
Walaupun Azizan kini tidak lagi menerajui Kedah mahupun Pas Kedah, namun beliau tetap disanjung kawan mahupun lawan. Apa yang mendekatkan beliau dengan rakyat kini hanya statusnya sebagai Adun Sungai Limau.
Ketika Azizan terlantar terima rawatan, pemimpin pelbagai latar belakang politik hadir menziarahi beliau, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Selain itu, turut meluangkan masa melawat adalah pimpinan Pas termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Dalam lawatan Mahathir, tindakan Siti Hasmah memeluk erat Faekah sambil menangis menunjukkan hubungan mereka tetap mesra.
Sementara itu, menurut sumber, banyak pihak persoal lantikan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan, kerana sewajarnya dilantik pemangku pesuruhjaya sehingga muktamar diadakan.
Mengulas mengenai kesihatan terkini Azizan, Faekah berkata, Azizan mempunyai semangat yang kuat untuk pulih, malah cuba berkomunikasi dengan pelawat.sumber
Zahid bukan pemimpin berani,sebab guna polis- Mat Sabu.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.
Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.
"Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily.
Zahid dilaporkan memberi kenyataan amaran kepada mereka yang berhasrat untuk menghadiri himpunan anjuran NGO esok.
Katanya, pasukan polis akan mengambil tindakan tegas biarpun terpaksa "membayar dengan harga yang mahal".
Sementara itu, Mohamad mengesahkan akan hadir esok sebagai peserta himpunan tersebut. sumber
Thursday, May 23, 2013
Hanya enam kerusi parlimen,undi rosak melebihi undi majoriti.
ANALISIS berdasarkan 27 senarai kerusi Parlimen yang didakwa meragukan oleh Pakatan Rakyat (PR), mendapati hanya enam kerusi Parlimen sahaja yang mempunyai jumlah undi rosak yang lebih tinggi dari undi majoriti.
Parlimen tersebut adalah Bentong yang mempunyai majoriti 379 undi dan 934 undi rosak; Kuala Selangor (460 majoriti, 934 rosak); Baram (194 majoriti, 242 rosak); Sungai Besar (399 majoriti,
690 rosak); Labis (353 majoriti, 689 rosak) dan Kota Marudu (842 majoriti, 911 rosak).
Kesemua kerusi Parlimen ini ditandingi oleh ketiga-tiga parti komponen PR iaitu DAP di Bentong dan Labis; PKR (Baram, Kota Marudu) manakala Pas (Kuala Selangor, Sungai Besar).
Parlimen Kuala Selangor menyaksikan calon Pas, Dr Dzulkefly Ahmad yang merupakan penyandang Parlimen berkenaan kalah kepada calon BN, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Irmohizam mendapat 27,500, manakala Dzulkefly mendapat 27,040 iaitu perbezaan hanya 460 undi.
Walau bagaimanapun, jika dilihat kepada baki 21 Parlimen yang dinyatakan oleh PR, kesemuanya mempunyai jumlah majoriti yang lebih tinggi berbanding undi rosak.
Sebagai contoh Parlimen Saratok yang mempunyai undi majoriti sebanyak 2081 tetapi undi rosak hanya 258.
Namun, masih terdapat beberapa Parlimen yang mempunyai perbezaan yang tipis di antara undi majoriti dan undi rosak.
Ini termasuk, Parlimen Machang yang mempunyai 805 undi majoriti dan 729 undi rosak; Ketereh (974 majoriti, 876 rosak); Tebrau (1,767 majoriti, 1,551 rosak); Bagan Serai (1,140 majoriti, 1,096 rosak); Segamat (1,217 majoriti, 950 rosak dan Beaufort (673 majoriti, 559 rosak).
Wednesday, May 22, 2013
Yb Husein Din,Adun Selinsing,wakil rakyat tanpa protokol.
Monday, May 20, 2013
Nazar cukur kepala kerana Datuk Rosli Husein ,kalah PRU.
Rumah sudah dibeli tunai, kena gadai.
TAIPING – Enam pemilik rumah bersama kira-kira 30 penduduk Taman Suria Permai berhimpun bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan pemaju menjual 11 rumah penduduk kepada sebuah syarikat di Scotland.
Seorang penduduk, John Ng, 30-an berkata, pada 2002 neneknya telah membeli rumah di kawasan perumahan itu secara tunai.
“Malah bantahan ini dibuat kerana seorang peguam diiringi dua anggota polis dan pegawai mahkamah turut hadir bagi membuat semakan terhadap rumah-rumah yang terlibat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
John berkata, masalah tersebut telah lama berlaku dan berlarutan hampir lima tahun lalu, namun sehingga kini ia masih tidak berjaya diselesaikan walaupun pernah diajukan kepada Adun dan menteri.
“Pemilik rasa seolah-oleh telah ditipu kerana segala bayaran telahpun dibuat sebelum ini tetapi disebabkan masalah pihak pemaju, penduduk pula yang terpaksa berhadapan dengan masalah seumpama ini.” katanya.
Menurutnya, masalah tersebut kini telah dibawa ke mahkamah apabila maing-masing tidak berjaya mencari jalan penyelesaian.
“Semasa ke sedang berjalan di mahkamah, didapati pihak syarikat telah mendapatkan perintah mahkamah dan diberikan notis pada 2 Mei lalu agar penduduk berpindah dari kawasan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Adun Aulong, Leow Thye Yih berkata, Pengarah Biro Undang-Undang DAP akan memberikan bantuan kepada pemilik rumah terlibat dengan masalah tersebut.sumber
Sunday, May 19, 2013
Jamuan Kesyukuran menang 3-1 , 5000 orang hadir.
Saturday, May 18, 2013
Kempunan ADUN TRONG nak jadi EXCO.
ADUN Trong,YB Dr Zabri Wahid kempunan untuk jadi exco. Pada masa kempen difahamkan Dr Zabri Wahid anak tempatan Dun Trong berkempen ,beliau akan dilantik jadi exco Perak. Sudahlah Ketua UMNO kalah di DUN Changkat Jering, Adun Trong pun tak terpilih .UMNO Bukit Gantang kini dipinggirkan oleh DS Zambry Kadir.
KUALA KANGSAR - Sembilan Adun dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak yang baru bagi penggal kedua di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dan Adun Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kekal sebagai exco.
Enam lagi muka baru, Adun Behrang, Datuk Rusnah Kassim; Adun Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; Adun Belanja, Mohd Nizar Zakaria; Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi; Adun Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Majlis angkat sumpah jawatan exco disempurnakan di hadapan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.
Friday, May 17, 2013
Selepas PRU 13,orang Cina banyak yang miskin,orang Melayu sangat kaya.
![]() |
Foto YB Ustaz Idris Ahmad sedang berucap dalam Majlis Kesyukuran Kemenangan Rakyat di Unit Peti Undi Changkat Ibol,pada 17 Mei 2013. |
Baru selesai mendengar taklimat dari YB-YB yang menang di Perak. Salah seorang drp mereka ialah YB AF Ust Idris Ahmad. Beliau berkata ada perubahan besar berlaku disudut ekonomi selepas PRU13. Iaitu melibatkan ekonomi diMalaysia antara 2 kaum terbesar : Melayu dan Cina. Rupa-rupanya kaum Cina telah bertukar jadi kaum yg miskin dan kaum Melayu sebaliknya telah menjadi kaya-raya. Apa kah fakta ini benar? Ya....SEBABNYA : Kaum Cina mahukan harga minyak petrol turun, tetapi kaum Melayu tak mahu harga turun, kaum Cina nak kan Tol dihapuskan, tapi kaum Melayu tak mahu free Tol, kaum Cina nak hapuskan yuran PTPTN utk anak-anak mereka belajar di pengajian tinggi tapi kaum Melayu tak mahu free mereka nk bayar...dan lagi...byk lagi.
Senyum saja tau kalau terasa ! berita:Jamaluddin Othman
Thursday, May 16, 2013
Anak Ketua Bahagian meraikan kekalahan bapa di Amerika Syarikat?
![]() |
Anak lelaki Ketua UMNO Bukit Gantang Mohd Syaimie bin Rosli melancong ke USA meraikan kekalahan bapa ditangan DS Nizar .??? |
![]() |
Boarding PASS anak Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang. |
![]() |
Foto menarik keluarga Datuk Rosli Husein di USA. |
Wednesday, May 15, 2013
Semua dijemput hadir.
![]() |
Majlis Jamuan Kesyukuran anjuran PAS Kawasan Bukit Gantang akan diadakan pada 19 Mei 2013,bertempat di Tapak Fun Fair,Simpang,Taiping.Program bermula 11 pagi hingga 3 petang. Semua dijemput hadir. |
Tuesday, May 14, 2013
Kenyataan biadab bekas Hakim Mahkamah Rayuan,Pakatan Rakyat Perak buat aduan polis.
Pakatan Rakyat Perak membuat laporan polis terhadap Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berhubung kenyataannya dalam sebuah forum anjuran UiTM Malaysia Alumni Association and Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Premiera Hotel Kuala Lumpur yang menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak.
Monday, May 13, 2013
Sunday, May 12, 2013
Wanita UMNO Bukit Gantang meluahkan perasaannya kepada DS Nizar
Pesuruhjaya Pas Perak ,sanggup telefon untuk dapat jadual DS Nizar.
SPR yang menipu-DS Nizar
DS Nizar memegang jari seorang pengundi.Dakwat kekal tujuh hari ,hanya kekal untuk setengah jam. |
Saturday, May 11, 2013
Mungkinkah kerajaan UMNO Perak hanya bertahan 6 bulan saja?
Friday, May 10, 2013
Changkat Jering bukan kerusi selamat untuk Ketua UMNO bahagian.
Didakwa wakil rakyat PAS ditawar 15 juta ringgit,untuk lompat.
Foto DS Nizar dan DS Fatimah menyantuni petugas BN di Daerah Mengundi Ayer Kuning,Dun Changkat Jering pada 5 Mei lalu. |
Changkat Jering- Penulis diberi maklumat oleh teman-teman orang UMNO supaya berhati-hati kerana kemungkinan Adun PR akan melompat.Teman-teman itu mendakwa terdapat pihak tertentu akan mendekati ADUN-ADUN PR dengan menawarkan sejumlah wang yang banyak.Sumber itu juga mendakwa sejumlah RM15 juta seorang ditawarkan jika YB itu dari PAS.Mereka juga memberitahu Zambry juga tak senang duduk,apabila mereka bentuk kerajaan majoriti mudah 3 kerusi.
Thursday, May 9, 2013
Kemenangan UMNO kemenangan tidak bermoral-DS Nizar.
PR Perak buat pitisyen untuk 6 kawasan pilihanraya.-DS Nizar
![]() |
DS Nizar bersama NYDP Sdr Abdul Rahim Ismail dalam majlis munajat kesyukuran HALWA Bukit Gantang.,sebentar tadi.Munajat kesyukuran ini berlangsung di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang. |
Changkat Jering,9 Mei- DS Nizar dalam ucapannya kepada petugas HALWA Parlimen Bukit Gantang sebentar tadi ,menyatakan PR Perak akan membuat 6 pitisyen untuk 6 kawasan pilihanraya. Enam kawasan itu ,Manjoi,Manong,Lubuk Merbau,Kamunting,Pasir Panjang dan Selama.
Keenam-enam kawasan itu mempunyai banyak bukti berlaku unsur penyelewengan.Antaranya warga asing boleh mengundi,orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah,tempat mengundi dalam Dun yang sama,tapi kertas undi untuk DUN yang lain.Di samping itu peratus undi rosak lebih tinggi berbanding undi majoriti.
Justeru DS Nizar mengharapkan ahli dan penyokong terus bermunajat agar keputusan mahkamah berpihak kepada kita.Menurut DS Nizar pitisyen ini juga akan masa enam bulan untuk selesai dan deposit untuk membuat pitisyen RM 10 ribu untuk satu kawasan.
Wednesday, May 8, 2013
Tahniah YB Dr Zabri Wahid ,PAS belum menang lagi!!!!
Tahniah diucapkan kepada wakil rakyat Dun Trong,YB Dr Zabri Wahid yang berjaya meningkatkan majoriti kemenangan sehingga 1804.Sekurang-kurang anda berjaya tidak seperti Datuk Rosli Husein yang gagal di Dun Changkat Jering.Selamat menjalankan tugas YB Dr Zabri Wahid.
Tuesday, May 7, 2013
UMNO didakwa akan buat pitisyen untuk batalkan kemenangan Nizar.
UMNO sememangnya tetap terus ingin memancung DS Nizar daripada arena politik PERAK. InsyaAllah niat jahat mereka tidak kesampaian.
SPR tidak membenarkan DS Nizar untuk berucap di dewan.
Ahli dan Penyokong PR meraikan kemenangan PR .Yang Berhormat yang baru dipilih ini tidak dipanggil oleh R.O atau Pengurus Pilihanraya untuk naik ke Pentas Utama. |
Monday, May 6, 2013
VCD lucah tidak boleh meracuni penduduk Bukit Gantang.
Laporan polis terpaksa dibuat untuk mengundi DS Nizar.
Sunday, May 5, 2013
Ketua UMNO Bahagian yang dipancung,bukan Nizar.
Kita nak beritahu tukang kempen UMNO.Sebagai Ahli Parlimen,DS Nizar seorang pembuat Dasar,bukan buat kerja teknikal.Buat kerja teknikal,kita ada Ketua Kampung,JKKK,Ahli Majlis,ada D.O ,ada YDP MPT dan kita ada ADUN khianat Osman Jailu dan ada Adun Trong ,Rosli Husein.
Untuk pengetahuan peruntukan Ahli Parlimen dipegang oleh Ketua UMNO Bahagian,satu tahun satu juta ringgit. Pada masa PRU 13 ,Rm 2 juta.
KEPUTUSAN DUN PERAK
KEPUTUSAN DUN PERAK
Terima kasih Bukit Gantang ,lain kalilah kita ke Putrajaya.
Terima kasih pengundi Parlimen Bukit Gantang yang berjaya mempertahankan Bukit Gantang dan mengekalkan Kuala Sepetang dan merampas kembali Changkat Jering. Bagi pihak YB Ustaz Idris Ahmad,YB DS Nizar dan YB Chua Yee Ling ,mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas dan pengundi. Semoga pengorbanan masa,tenaga dan wang ringgit dikira sebagai amal soleh. Keputusan Parlimen. |
PR sudah menang kata DS anwar.
Lampiran petikan dari Twitter Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Proses pengiraan undi sedang berlangsung.
Sehubungan itu kata Anwar, beliau berharap Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak "melarikan" kemenangan mereka itu.
"PR telah menang. Kami menggesa Umno dan SPR supaya tidak membawa lari keputusan," katanya menerusi akaun twitter .sumber
Parlimen Bukit Gantang,Dun Kuala Sepetang PKR mendahului.
Keputusan tidak rasmi di Dun N13, Kuala Sepetang,Parlimen Bukit Gantang. PKR 2632 ,BN 2581 ,Bebas 118 dan rosak 1111. Keputusan lain masih dalam perjalanan .
7 2.40 pm ,right now Kuala Sepetang : PKR leading majority 1520.PKR 5427, BN 3907, Bebas 178, Rosak 191
Calon PAS mendahului di Parlimen Bukit Gantang.
Setakat ini calon Parlimen Pas Ustaz Idris Ahmad dan calon Dun Changkat Jering DS Nizar masih mendahului .Dijangka jam lapan malam pengumuman siapa yang menang akan diketahui.
Penjumlahan masih berlangsung sehingga ini ,bermula 6 petang tadi.
Saturday, May 4, 2013
Awas mereka menyamar ,mereka buat provokasi,mereka tangkap.
![]() |
Kalah Cerita SIVAJI THE BOSS... Dalam Media Arus Perdana, Mereka Menyatakan Pergaduhan Di Ipoh Berpunca Dari Penyokong PR Yang Memulakan Provokasi Dahulu... Sekarang Nie Lihat Rakaman Gambar Siapa Yang Merusuh Dahulu Dengan Memukul Peserta FLASHMOB Di Ipoh Petang Tadi.... Dengan Media Milik Arus Perdana Kamu Boleh Menipu Tapi Tidak Di Media Alam Siber & Video Rakaman.... Depan ALLAH Di Akhirat Kelak, Kamu Akan Rasa Balasannya Akibat Penipuan Kamu Itu... Jangan Ingat Kamu Hidup Untuk Selama-Lamanya Untuk Membolehkan Kamu Menghalalkan Penipuan... Ingat Tue... Kerja Kerana Allah & Bukannya Kerja Mengampu Pemimpin.... Video : http://www.youtube.com/ |
Awas dalam kumpulan PR juga ada mereka yang menyamar. Contohnya Flashmob Bukit Gantang,didakwa terdapat anggota polis "SB" yang menyamar sebagai anak muda.Akhirnya mereka yang buat provokasi, salah satu kesalahan budak-budak muda yang ditahan dekat IPD Taiping "menghalang penjawat awam menjalankan tugas".
Samseng UMNO sudah mengganas di Bukit Gantang.
Kereta seorang penyokong PR Bukit Gantang diketuk oleh sekumpulan samseng UMNO di hadapan Pejabat UMNO Bukit Gantang dekat Simpang,Taiping. |
Kereta kemek dipukul dengan besi oleh sekumpulan samseng UMNO. |
Kereta cermin depan juga diketuk. |
Subscribe to:
Posts (Atom)