Thursday, March 13, 2014

Konspirasi,pesawat MAS MH370 di bawa ke Pengkalan Tentera USA, Diego Garcia,Lautan Hindi.???

Semakin pelik pesawat boeing 777-200 MH370 boleh menembusi  sistem radar  banyak  negara.Keselamatan negara Asean khususnya semakin jelas mudah terancam. Apabila pesawat bukan tentera pun boleh masuk ke ruang negara lain tanpa dikesan, jelas benteng pertahanan udara kebanyakan negara Asean "bocor". 
Semakin pelik sebuah portal carbaltimes melapor : Pesawat MH370 membuat  pusingan  U(patah balik) dan pergi ke Pengkalan Tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia,Lautan Hindi."But that’s not the only sign that Flight 370 was trying to hide its whereabouts. Immediately  after shutting off its transponders, Flight 370 made a U-turn and headed in the direction of Diego Garcia, crossing Malaysia in the process. If there indeed had been a massive technical failure, the crew would have tried to safely ditch the plane at sea, not return to Malaysia.
Berita lanjut disini:

Was Malaysia Airlines Flight 370 Redirected to Diego Garcia?

MH370:Kota Bharu wilayah Thailand,siapa " ketua resque"?

Siapa yang mengetuai pasukan  pencari dan penyelamat pesawat MH370.?Semua orang kerajaan mahu bercakap dan masuk tv.Lihatlah betapa 'kelirunya" orang ramai termasuk penduduk luar negeri,Kota Bharu pun di bawah negara Thailand.Jeneral TUDM hendak bercakap,Pengarah DCA hendak bercakap,Ketua Polis pun tumpang sekaki.CEO Mas pun juga ambil kebertangungjawab.Itu belum Hishamudin Husein,dan Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyatan.Banyaknya ingin menjadi kepala operasi,kenyataanpun menjadi semakin berserabut dan mengelirukan.Kenyataan yang bercanggah,masyarakat jadi keliru.Justeru usahlah marahkan masyarakat jika timbul pelbagai spekulasi. 

Raja Lawak Sepahtu kalah kepada Raja Bomoh MH370

Mh370
JEP SEPAHTU pun juara Raja  Lawak Malaysia .Ibrahim Mat Zin,Barack Obama pun tabik spring.

KLIA dibolosi bomoh.Harap pihak berkenaan ambil perhatian dengan nasihat JAKIM.Dalam kenyataan bertulis oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, beliau memaklumkan dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah JAKIM pada 22 hingga 23 Nov 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim  Mat Zin adalah  bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik.



Portal Astro Awani menggelar Ibrahim Mat Zin sebagai Raja Lawak.(klik).Zizan,Johan,Jep dan Shuib pun tidak dapat mengalahkan Bomoh Ibrahim Mat Zin.Mereka terkenal di Malaysia. Ibrahim Mat Zin seluruh dunia.(klik)

MH370:Konspirasi,mengapa Rusia tidak bantu Malaysia?

Rusia tiada dalam senarai membantu Malaysia.Kenapa Rusia,kuasa besar dunia senyap sahaja?Rusia mempunyai kepakaran tinggi.Adakah kerana Rusia sedang sibuk di Ukrine????

Pesawat Misteri dalam pesawat.


KLIA   tercanggih dunia,boleh bolos penumpang hantu.Pasport Palsu.


Misteri selepas 49 minit.

Saham MAS jatuh merudum.

Wednesday, March 12, 2014

MH370: Senang tugas Najib ,budak pengakap pun boleh buat.

‪#‎MH370‬ update .Klik imej yang dikata Najib Razak(klik)

Senang betul tugas Perdana Menteri Malaysia.. Update fb dan twitter.Bagi info cukup dengan alam siber.Senang betul Najib, bagi harapan. Tugas Najib ini,budak pengakap pun boleh buat.!Malaysia menghantar pesawat menuju ke kawasan tiga objek ditemui satelit China yang disyaki kawasan penerbangan Malaysia Airlines 370 terhempas(klik)


MH370:Konspirasi ,kes Anwar Ibrahim pun dilupakan.?

MH370 ,kes kezaliman ke atas DS Anwar Ibrahim pun dilupakan.Pilihanraya kecil DUN Kajang sebagai referendum rakyat juga digelapkan .Justeru pengundi Dun Kajang kena berani, jadikan keputusan undi di Kajang satu referendum rakyat terhadap ketidakadilan yang berlaku di negara ini

MH370: Orang sedih- Kuala Lumpur gembira anjur konsert Avril Lavigne 14 Mac ini.

Kerajaan UMNO semua boleh,selawat perdana,baca yassin ,bomoh dan konsert.Orang bersedih pesawat MAS MH 370 masih belum ditemui,Kuala Lumpur pula akan mengadakan konsert Avril Lavigne Tour pada  Jumaat, 14 Mac ini.Menteri mana yang lulus permit konsert ini,dalam keadaan masyarakat bersedih.? Adakah Menteri Cap Ayam??????  

Pesawat MH370,di insurans RM328.11 juta dengan Allianz Malaysian Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Jens Reisch,menyatakan MAS telah menginsurankan pesawat Boeing 77-200ER bernilai RM100 juta.Tetapi kenapa Syarikat GLC kerajaan (MAS)tidak membeli insurans /takaful dari syarikat Malaysia? Mana pergi perkasa,?mana pergi demo tunjuk punggung? mana pergi Hasan Jati? 
Allianz yang berpangkalan di Jerman mengesahkan pada Isnin bahawa ia adalah penginsurans utama bagi pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines(MH370), yang hilang daripada radar di Laut China Selatan pada Sabtu,8 Mac lalu.
Syarikat itu bersimpati dengan semua yang terlibat dengan kehilangan pesawat MH370, dan berjanji untuk bekerjasama rapat dengan penginsurans bersama untuk menyokong pelanggannya.
Meskipun nilai diinsurans pesawat berjumlah kira-kira RM328.11 juta (AS$100 juta), liabiliti dan pampasan biasanya dalam jumlah yang lebih tinggi.(klik)

Selamat mangsa: P.Ramli dan A.R.Tompel dah lama guna tikar dan teropong.

Macam-macam   cara untuk menyelamatkan  pesawat MH370.
Berita lebih baik DS Najib,jadi imam Solat Hajat.(klik) 

Nampaknya Allahyarham P.Ramli dan A.R.tompel mendahului zaman.Negeri mereka negeri pasir berdengung. BERITA  siapa VVIP panggil bomoh?

MH370: Sepatutnya ,Perdana Menteri tak payah tidur lena.

"Saya telah meminta taklimat diadakan lagi hari ini dengan pasukan SAR. Kita akan berusaha tanpa henti dengan kerjasama antarabangsa untuk mencari MH370," kata DS Najib melalui laman Twitter hari ini.(info lanjut)

Amat malang Perdana Menteri meminta taklimat  operasi menyelamat pesawat MH370 yang hilang.Sebagai Perdana Menteri sepatutnya beliau tidak perlu tidur lena.Cukup tidur-tidur ayam.Beliau kena tahu,beliau kena ketuai operasi.(klik)

Tuesday, March 11, 2014

MH370:Beranikah Najib Razak mengetuai "war room" cari pesawat MAS.?

Beranikah DS Najib untuk mengetuai SAR.?
YB Dr Mujahid mencadangkan  DS Najib mengetuai Siasatan (SAR) pesawat MH370 yang hilang.Beliau mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Jabatan Menteri Shahidan Kasim dalam sesi soalan lisan untuk soalan tambahan. 

"Setujukah menteri supaya Perdana Menteri sendiri yang lead (ketuai) operasi SAR agar sumber maklumat itu tepat dari mulut beliau?" soal Mujahid kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim"soal YB Datuk Dr Mujahid.(info lanjut) 

MH370:. Daripada panggil bomoh ,baik suruh Najib jadi imam solat hajat

Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jakim pada 22-23 November 2004 telah memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik,khurafat serta penipuan.

 Sementara itu,dia seolah ambil kesempatan. "Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri(klik)

MH370:Siapa buat" super impose" suspek Iran ini.

Pelik,kaki yang sama,kasut yang sama,ternyata gambar ini ada penipuan.Kedua-dua suspek dikenali.Dua-dua orang Iran.

Teori konspirasi MH370.?Ada bilionair,ada pakar it,ada pakar kimia,ada pakar komunikasi.

"sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanya kami akan kembali(di hari khiamat)"
Terdapat beberapa perkara berbangkit dalam kehilangan peswat MAS MH370.FBI tidak tolak  aspek keganasan dalam kehilangan pesawat MH370.(Berita lain)."Kami sedang melihat empat kemungkinan: rampasan, sabotaj, masalah psikologi para penumpang dan anak kapal dan masalah peribadi di kalangan penumpang dan anak kapal,"kata KPN Tan Sri Khalid. 

Antara aspek yang  boleh dibincangkan terdapat :
1) dua pasport hilang berprofile tinggi dalam bidang askar

2) empat orang  China yang mempunyai kepakaran dalam bidang kimia dan  biologi expert di dalam pesawat

3) 27 anak Malaysia yg berada di dalam pesawat adalah dari Syarikat Motorola yang expert dalam it and communication

4) boeing 777 sebelum bertolak ke Beijing didakwa baru kembali dari Pakistan

5) pasport 2 org yg hilang tidak di report pada interpol 

6) semua negara besar telah menghulurkan bantuan kecuali Russia. 

7) Boeing 777 boleh terbang lebih dari 11 jam dan boleh sampai di negara lain kerana perjalanan 777 adalah pada waktu malam yg tidak dpt dijangkau...

9) mh 370 telah pun dihijack kerana laut sedalam 3km jika crash signal dca masih dapat dikesan
10) 4 bilionair china berada di dalam flight tersebut.



Jika ini berlaku di China,Menteri Dalam Negeri sudah dipecat.

Peristiwa ini jika berlaku di China,Jepun,Thailand,India dan Indonesia ,Menteri Pengangkutan akan letak jawatan.Menteri Dalam Negeri letak jawatan.Menteri Pertahanan letak jawatan.Hal ini melibatkan soal hidup 227 penumpang .

Kerajaan China pun tidak berpuashati.Inikan pula keluarga mangsa.Dalam pada itu anggota keluarga kepada warganegara China dalam pesawat MH370 dilapor membaling empat petugas Malaysia Airlines (MAS) dengan botol air di Beijing.

Hal ini berlaku apabila pekerja syarikat penerbangan itu tidak dapat memberi maklumat terkini berhubung pesawat hilang itu, seperti apa yang dilapor New York Times.

“Semua orang Malaysia penipu!” jerit seorang lelaki dalam bahasa Cina sambil menambah, “Kamu tahu apa maksud penipu?”

“Berita dia dalam bahasa Inggeris,” jerit lelaki China itu kepada seorang pekerja lain yang bertindak sebagai penterjemah.



Karpal Singh kena denda RM4000

Pemimpin PR dan penyokong memberi sokongan kepada Karpal Singh pagi tadi.Nizar MB Perak yang dirampas kerajaan melalui YB pengkhianat turut hadir memberi sokongan kepada Karpal Singh. 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk membayar denda RM4,000 kerana mempersoalkan perlucutan jawatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak. 
Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan hujah daripada kedua-dua pihak dan faktor khusus yang melibatkan keadaan kesihatan Karpal.(klik)

Monday, March 10, 2014

Nizar bela Karpal Singh

DS Nizar pihak yang dibela YB Karpal Singh ,bersama Setiausaha Agung PAS ,Datuk Mustafa Ali turut memberi sokongan kepada YB Karpal Singh,Pengerusi DAP Kebangsaan.Foto DS Nizar menunggu Karpal Singh di Mahkamah Tinggi ,Kuala Lumpur. Karpal Singh peguam yang mempertahankan hak sah kerajaan pimpinan DS Nizar.Malang tindakannya dianggap menghasut.(klik info lanjut).Kes DS Nizar merupakan bahan akademik untuk tajuk perlembagaan sesebuah negeri.

Mulut celupar Karpal Singh ,kerana menghasut.

Karpal Singh tiba ke mahkamah bersama pimpinan utama PR termasuk sebahagian ahli parlimen PR.

Ahli Parlimen dan ADUN PR menunggu Karpal Singh tanda sokongan.Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali turut hadir.

Karpal Singh ,dianggap menghasut.(klik) untuk info.
Lim Guan Eng ,turut sama "sokong solidariti untuk Karpal".
Foto: Loh Eng Soon.

Adakah ini foto terakhir ,Karpal Singh sebagai YB?

Mungkinkah foto ini,foto terakhir Karpal Singh sebagai Ahli Parlimen Malaysia.Selepas DS Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Rayuan,adakah kini giliran YB Karpal Singh.

Pada hari ini penentu corak politik Malaysia. 11 Mac  adalah penentuan hukuman kepada Karpal Singh yang disabit kesalahan bawah Akta Hasutan 1948.Pada  pagi ini Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Karpal Singh.

Karpal telah disabitkan atas tuduhan hasutan kerana berkata dalam satu sidang akhbar bahawa keputusan DYMM Sultan Perak untuk memecat menteri besar ketika itu, Dato' Seri Nizar Jamaluddin boleh dicabar di mahkamah.

Pihak pendakwa berhujah bahawa kata-kata beliau mempunyai kecenderungan untuk mewujudkan kebencian terhadap sultan.

Ahli parlimen veteran itu berdepan dengan hukuman denda sehingga RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya. Karpal akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen jika denda itu melebihi RM2,000 atau penjara lebih daripada satu tahun.

Allah belum perkenan,FBI,polis dunia pun gagal cari pesawat MAS.


                         
Setakat ini ,badan perisik terbaik dunia(FBI) pun gagal mengesan pesawat MAS  MH 370.Kehebatan FBI atau polis dunia itu tidak akan berjaya jika Allah tidak perkenankan.Nak tau bagaimana Allah s.w.t sahaja tempat mengadu boleh lihat video ini.(klik) Apakata Kapten Norudin Abd Majid,perihal kekuasaan Allah s.w.t(klik)?

Pesawat MAS MH 370 hilang,saham MAS tinggal 0.24sen seunit.

Pesawat MAS MH 370 hilang menyebabkan saham MAS  jatuh ke 0.240 sen seunit,pada hari ini.Kemungkinan besar jika pesawat MAS masih tidak ditemui,saham MAS dijangka terus merudum.Sudahlah ,sebelum ini pun saham MAS sudah merudum teruk.Sekali lagi syarikat GLC kerajaan mengalami kerugian.Lihat sini(klik) untuk saham MAS.

Sunday, March 9, 2014

CCTV di KLIA kesan penumpang "hantu"

CCTV lapangan terbang KLIA mengesan 2 suspek guna pasport curi.Bukan sahaja ada pengundi hantu  semasa pilihanraya ,penumpang hantu pun ada di Malaysia.Penumpang hantu itu pula ada ciri-ciri orang Asia."Saya masih hairan mengapa (pegawai-pegawai imigresen) tidak boleh berfikir: Orang Itali dan Austria tetapi dengan ciri-ciri wajah Asia," kata Ahmad Zahid

Luahan perasaan bekas exco ,buat Zambry Kadir senyap tentang kapal MH370.

Bekas Exco kanan Datuk Hamidah Osman pertahan  luahan perasaannya kepada DS Zambry Kadir.Kerajaan Zamry Kadir dikritik oleh Datuk Hamidah Osman di laman facebook.(klik untuk berita lanjut) .Selalunya Dr Zambry  yang berkelulusan doktor falsafah Islam akan cepat mengeluarkan kenyataan untuk memberi sokongan moral kepada mereka yang ditimpa musibah.Tetapi kerana imejnya tercemar gara-gara luahan perasaan Datuk Hamidah Osman, didakwa Dr Zambry  terus senyap tidak mengulas isu pesawat MH370.

Anwar fail rayuan di Mahkamah Persekutuan,jika terima ,Anwar boleh bertanding.

Pada hari ini ,10 Mac,DS Anwar akan memfailkan rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk membebaskan beliau daripada kes liwat 2.Pada hari ini kita boleh melihat sama ada pemfailan itu diterima.Bagi menghalang DS Anwar  Ibrahim daripada bertanding  pilihanraya kecil,mungkin berlaku kesulitan (seperti pegawai cuti/pegawai MC/cop hilang?)dan kelewatan dengan  pemfailan rayuan itu.Sama-samalah kita tunggu Anwar boleh bertanding atau tidak berdasarkan reaksi pegawai di pejabat Mahkamah Persekutuan.

Rakyat bingung,Jeneral TUDM buat spekulasi.

Rakyat pun bingung apabila Jeneral TUDM pun buat spekulasi."Ia dikesan dalam radar, kami lihat semula rakaman dan terdapat isyarat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik...kami sedang selidik perkara ini."Ia diperoleh daripada radar tentera," kata Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud pada sidang media .(info lain). Radar TUDM kesan pesawat patah balik.

Saturday, March 8, 2014

Terubat rasa,Wan Azizah ganti Anwar di Kajang.

PR hari ini mengumumkan DS Wan Azizah sebagai calon untuk Dun Kajang.Perkara ini diumumkan DS Anwar Ibrahimdalam sidang akhbar PR di Kajang.(klik info lain)Pemilihan Wan Azizah disambut baik masyarakat Kajang.

DS Najib,suruhlah rakyat Malaysia Solat Hajat.

Kerajaan Selangor melalui Exco Hal Ehwal Islam ,YB Tuan Haji Sallehen Mukhyi meminta setiap Masjid di Selangor menunaikan solat hajat agar usaha mencari pesawat MH370 dipermudahkan.
Tak dengar pula DS Najib ,Perdana Menteri Malaysia menyuruh rakyat Malaysia menunaikan solat hajat.

Arahan Solat Hajat Mohon Keselamatan & Kejayaan Operasi Menyelamat Pesawat MAS Hilang

1. Dewan Ulamak PAS Pusat berkongsi kesedihan dan kebimbangan ahli keluarga terhadap status keselamatan 239 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi. 

2. Untuk itu Dewan Ulamak PAS Pusat mengarahkan seluruh ahli Dewan Ulamak memimpin solat hajat bersama masyarakat selepas isya' malam ini memohon kepada Allah keselamatan dan kejayaan operasi mencari pesawat yang hilang. 

3. Dalam masa yang sama Dewan Ulamak mengharapkan seluruh ahli keluarga yang terlibat sama ada rakyat Malaysia atau rakyat asing bersabar atas ujian yang berlaku.

Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Mac 2014 jam 6.30 ptg

Ada 3 warga Amerika Syarikat,FBI kerah ejen siasat kehilangan pesawat MH370

Menteri KDN, Hishamuddin kata jangan buat spekulasi. Ketua Polis Negara minta mana-mana pihak tidak buat spekulasi. Dalam pada itu,FBI pula kerah ejen dan pakar teknikal untuk siasat kehilangan  pesawat Boeing 777-200. Timbul persoalan orang ramai kerana pesawat ini pula antara terbaik di dunia.Sementara itu Kapten Zaharie Ahmad Shah,53, mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam.Jadi kerajaan kena akautabiliti,telus dan intergriti dalam kes ini.Jika tidak akan timbul spekulasi. 

Warga Itali Luigi Maraldi ,tiada dalam kapal MAS,siapa yang menyamar ini???


Kerajaan Malaysia bertindaklah profesional.Biar telus dan tidak berselindung dengan kejadian  kapal MH370 hilang itu.

Jika berselindung.Rakyat makin bingung dengan peristiwa itu.

Warga Itali Luigi Maraldi, 37, yang dikatakan salah sorang penumpang MH370 itu berada di Thailand dan passport dia hilang   pada1 Ogos tahun lepas..

Siapa yang menyamar  naik flight itu guna pula  passport dia?.Pihak berkuasa macama mana tak dapat kesan ?(lagi berita)

Bab nyawa,Perdana Menteri hanya muncul 7 malam.

 Perdana Menteri muncul lewat petang.#PrayForMH370

.Bab nyawa ,Menteri muncul pada 2.30 petang.




 Perdana Menteri muncul lewat petang.#PrayForMH370

Friday, March 7, 2014

Inilah Hakim Mahkamah Rayuan,,adakah mereka baca hadis nabi.

       Foto sekadar hiasan:Hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman ke atas DS Anwar Ibrahim.
(Klik)At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Hakim itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua kategori hakim lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan kemudian mengadili (kes) dengan keilmuannya maka dia masuk syurga. Manakala hakim yang mengadili tanpa ilmu (tentang kes yang diadilinya) maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim jahil yang mengadili kes berteraskan kejahilannya maka dia juga masuk neraka.”
At-Tirmidzi: 1244
Dalam perlaksanaan pola perundangan yang adil pun hanya satu kategori hakim yang
 dapat masuk syurga, maka apatah pula halnya dalam pola perundangan yang zalim.
 Pastinya tiada hakim yang selamat. Bahkan semuanya ke neraka, wal’iyazubillah (mohon
 berlindung dengan Allah).
Tanggungjawab hakim tidak berakhir dengan menjatuhkan hukuman di dunia ini sahaja.
 Malah hakim akan dibawa ke hadapan pengadilan Ilahi di akhirat kelak. Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: “Dan Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, pada hari
Kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikit pun; dan jika amalnya

itu seberat biji sawi sekalipun, nescaya Kami akan mendatangkannya

untuk dihitung: dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.”
Al-Anbiya’: 47
klik info hakim masuk neraka. 

Sedih Wan Azizah,biarlah gambar yang berbicara.

DS Anwar Ibrahim  ...menunggu hakim ....

 
                                      
Biarlah gambar yang berbicara.Wajah isteri,ibu dan anak yang sedih.Mereka sahaja yang mampu memikulnya.Tapi fahamlah DS Anwar sekeluarga ,rakyat akan bersama .Buat kata Tok Guru Haji Hadi""PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan."

DS Anwar Ibrahim masih boleh tersenyum dengan keputusan zalim itu.Malaysia tanpa Anwar Ibrahim dalam PRU.

Si Saiful Bukhari duburnya jadi bahan sejarah.

Si Saiful Bukhari, rasa tidak bersalah.Duburnya menjadi bahan sejarah.

Haji Hadi:Anwar akan disokong ,sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.


"PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau
 dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam
 meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan
 dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan."Haji Hadi(klik)

Anwar Ibrahim ,bersabarlah,dengan ketidakadilan ini.

Dato' Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Putrajaya mengenepikan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.

 Dengan keputusan itu, Anwar tidak boleh dipilih sebagai calon untuk PKR dalam Pilihan Raya Kecil Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac. 

 Dalam respons segera, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini". Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal. "Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya. Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: "Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?" 

Ekoran keputusan itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya. Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning. Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah. – 7 Mac, 2014. sumber (MI)

Thursday, March 6, 2014

Peguam Nizar ,kena turun naik mahkamah lagi, TV3 tak mahu bayar saman.

Peguam DS Nizar ,nampaknya kena turun naik mahkamah lagi.TV 3 tak mahu bayar saman kes nombor pendaftaran kenderaan  WWW1.
PUTRAJAYA: Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memfailkan permohonan agar Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusannya yang mendapati stesen televisyen itu bertanggungjawab memfitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membabitkan tweet beliau berkaitan nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor.
Notis usul itu, yang disokong afidavit Pengarang Urusan Kumpulan Rangkaian TV Media Prima Berhad Datuk Mohd Ashraf Abdullah, difail di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini oleh Tetuan TH Liew & Partners.
Pada 25 Feb lepas, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan Mohammad Nizar dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi selepas memutuskan TV3 bertanggungjawab memfitnah beliau.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM50 juta Mohammad Nizar terhadap TV3 berhubung komen beliau berkaitan nombor pendaftaran yang berjaya dibida pada jumlah RM520,000 oleh Sultan Johor pada Mei 2012.
Dalam saman itu, Mohammad Nizar menamakan TV3 dan penerbit Buletin Utama Rohani Ngah sebagai defendan.
Notis usul TV3 itu memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Feb lepas, yang memihak kepada Mohammad Nizar, diketepi atas alasan kegagalan kuorum keranan seorang daripada anggota panel yang bersidang sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes berkenaan berikutan pembabitan serta hubungan beliau dengan parti PAS.
TV3 mendakwa kehadiran hakim berkenaan dalam panel itu menimbulkan kemungkinan terdapat bahaya berat sebelah.
Stesen televisyen berkenaan juga memohon agar rayuan itu didengar dan diputuskan semula oleh panel Mahkamah Rayuan lain. - BERNAMA

"Ultraman The Ultra Power" ,budak sekolah jangan beli,nanti masuk lokap.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan penerbitan  terhadap buku "Ultraman  The Ultra Power".Buku berbahasa Melayu itu terbitan Resign Publications dan pencetaknnya Network Printers.Budak-budak sekolah yang memiliki buku ini menjadi satu kesalahan .Termasuklah mencetak,mengimport dan menghasilkan buku ini.Warta larangan berkuatkuasa 18 Februari lalu.,mengikut Seksyen 7(1) ,Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.  Penggunaan kalimah Allah didakwa komik ini diharamkan.(klik)