Monday, February 22, 2010

ISA:Benarkan Tahanan Jumpa Keluarga dan Beri Bantuan Guaman

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini meminta polis membenarkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berjumpa dengan ahli keluarga dan peguam mereka.

Permintaan itu terkandung dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Cif Inspektor Mohd Zaki Abu Bakar.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh yang mengetuai kira-kira 10 wakil GMI dan Suaram yang menyerahkan memorandum itu berkata pihaknya mahukan tahanan ISA diberikan ruang untuk mendapat bantuan guaman.

Syed Ibrahim berkata, ada di antara tahanan ISA termasuk warga asing tidak diberikan kebenaran untuk bertemu keluarga masing-masing atau diberikan hak untuk mendapatkan bantuan guaman walaupun sudah ditahan selama 31 hari.

Seorang peguam, Syahredzan Johan berkata, satu permohonan habeas corpus telah difailkan di Mahkamah Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan tahanan dan permohonan itu dijadualkan didengar pada 10 Mac ini.

"Permohonan itu dibuat kerana apa yang kami maklum, ada rancangan untuk menghantar pulang tahanan warga asing ke negara asal mereka sedangkan hak mereka untuk bertemu dengan peguam belum lagi diberikan."

"Ini termasuk untuk kami pastikan supaya keadaan tahanan termasuk kesihatan dan kebajikan (makan dan minum) mereka," katanya.

- Bernama

Sunday, February 21, 2010

Satu fitnah yang boleh menyebabkan sebuah keluarga boleh porak peranda!


Dua orang Pegawai Khas DS Nizar untuk Parlimen Bukit Gantang ,mereka cuba difitnah oleh seorang wanita yang kononnya cuba mengambil kesempatan keatasnya.


Taiping-Pegawai Khas DS Nizar memberitahu kita betapa fitnah wanita itu boleh menyebabkan beliau malu kepada isteri dan anak gadis beliau.Imej DS Nizar tidak tercalar kerana yang terlibat
boleh meletakkan jawatan tetapi jika fitnah ini diterima masyarakat sudah tentu maruah mereka tercemar.

Seorang Pegawai Khas lain menyatakan boleh jahaman kita dengan fitnah wanita hampeh ini!Peringkat pertama beliau yang berurusan dengan wanita agak galak ini,tetapi tidak tahu maksud sebalik kedatangan ke Pusat Khidmat.Wanita ini juga berharap benar untuk berjumpa DS Nizar,mungkinkah dia mempunyai muslihat?

Kita juga kini bertambah faham betapa berat DS Anwar Ibrahim DS Wan Azizah serta keluarga mengharungi fitnah si Sepol tiga hari tidak mandi wajib itu.

Pesan DS Nizar Hati-hati Dengan Usaha Jahat Musuh

Sebentar tadi kita menelefon DS Nizar berkaitan wanita cantik yang suka buat provokasi itu.Setelah kita memberi penerangan kepada DS Nizar ,beliau berpesan supaya berhati-hati dengan usaha jahat pihak musuh.

Beliau meminta kita pegawai pusat khidmat melayan rakyat seperti biasa,namun meminta kita berwaspada supaya tidak terperangkap dengan rancangan pihak musuh.DS Nizar juga meminta kita menghebahkan perkara ini jika perlu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut seorang rakan ,wanita itu mungkin SB.Tugasnya untuk menjahanam karier politik DS Nizar.Sementara itu kita diberi maklumat DS Anwar Ibrahim tidak akan dibiarkan terus berjuang bersama rakyat.Langkah yang akan dibuat nanti dengan menggunakan sistem kehakiman Malaysia yang berketuakan Hakim Ahli UMNO. Jadi DS Nizar perlu dijaga kerana banyak pimpinan PAS yang sebelum ini menerima musibah hasil perancangan musuh.


Hati-hati DS Nizar-Perangkap seorang wanita tidak mengena lagi!

Kita ingat kisah seorang wanita yang memfitnah DS Nizar sudah berakhir,tetapi rupanya tidak.Kisah wanita ini bermula semenjak DS Nizar menjadi Menteri Besar.Wanita ini telah memburukkan DS Nizar.Wanita ini mendakwa beliau isteri kedua kepada DS Nizar.Mereka tempat wanita itu mengajar telah mendengar dakwaan itu.

Kita ingat Ustaz Misbahul dan YB Khalil Idham Lim tahu cerita wanita ini.Wanita yang belum berkahwin ini didakwa cuba dipergunakan oleh Osman Jailu untuk memfitnah DS Nizar semasa PRK Bukit Gantang.Wanita inilah menjaja cerita DS Nizar mempunyai "affair "dengan beliau di pejabat SUK.

Jentera Pilihanraya PRK cepat bertindak.Niat buruk wanita ini gagal.Kita juga pernah memberi penerangan ini tentang niat jahat wanita itu semasa kempen PRK Bukit Gantang.

Kini wanita itu muncul lagi.Wanita cantik ini cuba memerangkap Pegawai Khas DS Nizar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen.Baru-baru ini wanita ini membuat cerita kepada DS Nizar,terdapat Pegawai Khas DS Nizar cuba menganggu beliau dan ingin berkenalan dengan beliau. Maksud wanita itu Pegawai Khas DS Nizar cuba mengambil kesempatan.

Wanita cantik tinggal di Taiping itu mempunyai seorang Ibu yang yang didakwa AJK UMNO Bahagian.Peristiwa wanita ini berurusan dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang bertepatan dengan isu curi pasir Pegawai Palsu DS Nizar "si Hamzah " Wanita ini sudah dua kali berurusan di Pusat Khidmat dalam keadaan menggoda.Mungkinkah ini satu perangkap untuk kami di Pusat Khidmat?

Mulai hari ini kita berharap wanita yang sering bertukar nombor telefon ini tidak menjerat ADUN Pakatan Rakyat.Wanita ini memang cantik dan silap gaya kita boleh"cair" dan wanita ini mempunyai kemahiran untuk orang mempercayai dia.

Moga-moga kita yang bertugas di Pusat Khidmat ini dilindungi Allah s.w.t daripada fitnah jahat ini.Kita akan menulis lagi kisah wanita ini jika dia masih berniat ingin merosakkan imej dan maruah DS Nizar. Mengikut penulis Bijan penulis dalam blog Infotambahan terdapat petugas parti yang dikatakan mempercayai isu yang dibawa wanita itu.Petugas parti itu ialah kita sendiri!

Tahun ini Tahun Harimau Kita Kena Berani Sokong Pakatan Rakyat!

Kelmarin 20 Februari kita bersama Sdr Basher Ahmad,AJK Pas Kawasan yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Pekan Kuala Sapetang.Majlis anjuran PKR bersama Adun Kuala SApetang YB Tuan Tai Sing Ng .Program bermula pukul 7.00 malam,kita sampai pada 8.20 malam.Suasana sambutan amat meriah sekali.

Sambutan amat meriah,kanak-kanak amat suka dengan pertunjukan tarian singa.Kanak-kanak dan orang ramai yang hadir diberi buah limau dan kacang tanah. Sambutan rakyat khususnya Penduduk Cina masih tinggi dengan PR.

Kita difahamkan BN tidak akan menang di Kuala Sapetang jika berlaku PRU kecil atau PRU13.

Kita diberi peluang untuk berucap mewakili DS Nizar Jamaluddin.DS Nizar pada malam kelmarin berada dalam satu program di Kawasan Kg Gajah.

Kita mengucapkan Gong Xi Fa Chai.Disamping itu meminta penduduk tempatan supaya berani seperti harimau untuk mengekalkan pemerintahan rakyat. Di sinilah kita meminta penduduk berbangsa Tionghua supaya terus menyokong PR.

Terasa Nikmatnya Berada Dalam PAS

Sebentar tadi bersama Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang,Sdr Fadhil Idris ke perjumpaan atau mesyuarat penajaan PAS cawangan Kg Kurnia Jaya,Kamunting,dalam DUN Kuala Sapetang.

Mesyuarat penajaan telah selesai majoritinya yang hadir mereka yang pernah menjadi Ahli Umno,terdapat pada pengetahuan kita dua orang AJK Umno Bahagian yang baru menjadi Ahli Pas selama dua tahun. Terdapat 100 orang ahli Pas di cawangan penajaan ini.

Semenjak mengetahui keputusan Menteri Besar mahkamah,sambutan masyarakat Melayu terus menyokong PR,khususnya PAS.

Dalam ucapan kita mewakili YDP Pas Bukit Gantang ,kita menyatakan nikmatnya berada dalam jemaah Islam iaitu PAS.

Kita juga menegaskan apabila dipilih oleh ahli sebagai pemimpin kita jangan menolak tanggungjawab itu,kita bukan meminta jawatan.Kita mahu meneruskan perjuangan Islam khususnya di Bukit Gantang.

Kita meminta,kita seharusnya menjadi juara rakyat,kita yang mula-mula mengambil perhatian masyarakat sekeliling kita.Kita jangan berjumpa orang apabila ingin mendapat undi ,kemudian meninggalkan rakyat selama beberapa tahun pula.

Di samping itu kita mengucapkan tahniah penubuhan cawangan baru ini ,membuat kita berada pada sejarah penubuhan Pas Cawangan.Semoga kita beroleh pahala dengan tertubuhnya cawangan PAS.

Saturday, February 20, 2010

Pimpinan PAS Berdasarkan Merit

Pimpinan Pas setahu kita berdasarkan merit.Bukan berdasarkan kenegerian.Jikalau kita masih menganggap berdasar kenegerian ,kita kemungkinan besar sudah menghampiri asobiyah?

Walaupun kini kita melihat terdapat pimpinan Pas Pusat berasal dari negeri Terengganu.Mereka dipilih berdasar merit.Bukan berdasarkan kenegerian.Jadi kita mesti berfikiran terbuka.

Lihat UMNO sendiri Timbalan Presiden,Naib Presisen,Ketua Penerangan dan Ahli Tertinggi majoriti orang Johor.Kita seharusnya akur dengan kehendak perwakilan yang telah memilih orang Terengganu .

Dahulu semasa Almarhum Ustaz Fadhil Noor kebanyakan pimpinan orang Kedah.Kita tetap mengiktiraf mereka.Mereka juga dipilih berdasar merit pimpinan mereka.

Apakah kerana kita kita tidak bersetuju dengan kehendak perwakilan,kita boleh menghukum orang lain,seolah perwakilan PAS tidak bijak dalam memilih pemimpin.

Kita masih mempunyai ruang untuk mengkritik pimpinan sama ada melalui cawangan,kawasan ,perhubungan negeri dan Pusat.

Puncak segalanya muktamar agung Pas Pusat.Apa yang pasti kita terpilih sebagai perwakilan ke Muktamar Pas Pusat untuk kita berkongsi pandangan.Itupun kita juga perlu beradab.

Bagi cawangan yang sedang bermesyuarat,selamat bermuhasabah untuk menambah nilai Pas Cawangan masing-masing.Lontarkan idea kita semasa mesyuarat dan menerima keputusan mesyuarat agung cawangan.

Kita jangan bermesyuarat lain setelah mesyuarat agung sudah membuat keputusan.