Thursday, December 17, 2009

Kembalikan Hak Rakyat,Bubarkan DUN Perak






DS Nizar telah mengeluar kalendar untuk diberikan kepada rakyat.Apa yang menarik beliau telah mencatat ayat al -Quran Surah Al-maaidah ayat 8 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah,menjadi saksi dengan adil dan jangan sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (maksud-Al Maaidah Ayat 8).

DS Nizar dalam kalendar itu juga menekankan perkataan"Kembalikan Hak Rakyat,Bubar DUN Perak"

Ahli Parlimen Bukit Gantang juga mengemukakan lima paksi atau asas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak "adil,amanah,telus,berwibawa dan berkebajikan"

Kalendar ini diharapkan diletakkan di tempat awam agar rakyat Perak terus mengetahui keperluan mengadakan Pilihanraya Negeri Perak.

Selaku Pengerusi Pakatan Rakyat Perak takwim ini memaparkan tiga simbol parti dalam Pakatan Rakyat.

Ibu Itulah Bidadari- YB Tuan Haji Zainuddin Mohd Yusuf

YB Tuan Haji Zainuddin Yusuf menerima cenderamata dari Osman Mohd,Pengarah Program.Turut kelihatan YDP Pas Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.

YB Tuan Haji Zainuddin Yusuf bergambar bersama peserta program.
Sebahagian peserta yang terlibat dalam motivasi pelajar percuma.
YB Tuan Hj ZAinuddin,Ustaz Nordin Jaafar dan Sdr Fadhil Idris,S/U Pas Bukit Gantang bersama fasilitator.


Kuala Sapetang,17 Disember 2009-

YB Adun Lubok Merbau,Tn Hj Zainuddin Yusuf yang juga Exco Kerajaan PR Perak menyatakan ibu itulah bidadari .

Beliau menyatakan ibu mahu anaknya yang terbaik dan menjadi anak soleh.YB Tn Haji Zainuddin juga menyatakan jikalau di syurga,bidadari melayan ahli syurga dengan begitu baik.Jadi ibulah bidadari yang melayan anak mereka dengan baik.

Tuan Haji Zainuddin juga menjelaskan ,ibu-bapa yang cerdik akan mengambil peluang program motivasi ini.Beliau juga meminta ibu-bapa mementingkan pendidikan untuk anak-anak kerana pelajaran penting untuk menjamin masa depan mereka.Beliau berpendapat dengan pelajaran anak akan menjadi anak soleh dan tidak terjebak dengan gejala sosial.

Beliau juga memberi nasihat kepada ibu-bapa pelajaran penting kerana peluang pendidikan terhad,mereka yang cemerlang sahaja berpeluang untuk belajar di universiti.

YB Adun Lubok Merbau,Perak itu juga menerangkan pada masa depan cabaran semakin getir kerana dunia tidak ada sempadan.Dengan perkembangan internet budaya kuning mudah masuk dalam kalangan kita.Justeru itu beliau mengharap ibu-bapa memantau perkembangan anak-anak.

Di samping Tuan Haji ZAinuddin Yusuf yang juga Exco Kerajaan DS Nizar juga menerangkan kejayaan PR selama 10 bulan mentadbir Perak.Antaranya membantu Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Raja Izuddin dan Sekolah Menengah Raja Taayah.Jikalau PR memerintah Perak kita akan tetap mempertahankan sekolah itu di bawah kerajaan negeri dan tidak menjadikan sekolah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.Beliau juga menjelaskan banyak lagi yang akan dibuat kerajaan PR Perak,tetapi itu tidak dapat dilaksanakan.

YB Tn Haji Zainuddin Yusuf mengucapkan tahniah kepada Pas Kawasan Bukit Gantang dan Ahli Parlimen yang berjaya menganjurkan program ini secara percuma untuk rakyat.

Wednesday, December 16, 2009

Program Petang Ini- Bersama YB Tuan Hj Zainuddin Yusuf


Kuala Sapetang,17 Disember- Hari ini program kem motivasi untuk pelajar tahun 4,5 dan tahun 6 akan ditutup rasmi .Para peserta seramai 117 orang murid sekolah rendah dalam parlimen Bukit Gantang itu mengikuti Kem Motivasi Pelajaran bertempat di Eko-Pelajaran Kuala Sapetang.

Program penutup akan dilakukan oleh YB Tuan Hj Zainuddin Mohd Yusuf,Adun Lubuk Merbau, seorang Exco dalam kerajaan Pakatan Rakyat.Program pendidikan bercorak motivasi pelajar itu ditaja oleh DS Mohammad Nizar Jamaluddin,Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Majlis dijangka berlangsung pada pukul 4.30 petang.Sehubungan dengan itu ibu-bapa dan penjaga peserta dijemput hadir beramai-ramai.

Bukan DS Nizar rupanya!

Bukit Gantang hampir cemas kerana khuatir Ahli Parlimen mereka tersenarai sebagai wakil rakyat yang tidak hadir pada malam penentuan bajet Najib .

Syukur DS Nizar bukan wakil rakyat itu.DS Nizar menjadi ikon masyarakat.Kesilapan DS Nizar menyebabkan imej PR terjejas teruk.Lantas DS Nizar perlu mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.Bagi kita DS Nizar menjadi perkara wajib untuk mengelakkan fitnah.

DS Nizar harus sedar sidang parlimen penting.Sayugia itu jikalau keuzuran kena maklum kepada Dato' Presiden.Tetapi setakat ini rakyat Bukit Gantang tidak melihat DS Nizar dalam kawasan Bukit Gantang sewaktu sidang parlimen.

Cuma DS Nizar tidak berpeluang untuk berhujah.Kedudukan DS Nizar terlalu jauh melalui pandangan Tuan Speaker.Peristiwa sukar mendapat peluang berucap ini telah dinyatakan dahulu oleh Allahyarham Hj Roslan Shaharum.Ingat DS Nizar mengelakkan kesilapan penting untuk tidak kita memberi peluru kepada musuh!

Ketidakadilan Akan Membawa Kehancuran - YB V.Sivakumar

My Photo


Rakyat masih menunggu keputusan Mahkamah Persekutan untuk mengetahui siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Perbicaraan telah selesai pada 5 November 2009. Hakim-hakim yang mendengar perbicaraan itu telah menangguhkan keputusan mereka pada satu tarikh yang belum ditentukan.

Sekarang sudah hampir sebulan setengah tetapi tarikh pengumuman keputusan hakim-hakim tidak disebut-sebut lagi. Kenapa wujudnya kelewatan dalam mengumumkan keputusan tersebut? Perkara ini menimbulkan banyak persoalan-persoalan kontroversi yang boleh menggugatkan kredibiliti badan kehakiman di negara ini.

Tambahan pula, keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi ianya mesti nampak dilaksanakan.

Keadilan merupakan kondisi kebenaran yang ideal secara moral mengenai sesuatu hal. Menurut sebagian besar teori, keadilan memiliki tingkat kepentingan dan implikasi yang besar dalam pemerintahan sesebuah negara.

John Rawls, seorang ahli falsafah politik Amerika Syarikat yang terkemuka abad ke-20, menyatakan bahwa "Keadilan adalah ‘kelebihan’ pertama dari institusi sosial. Oleh itu, semua institusi awam termasuk kehakiman perlu memberi keutamaan kepada prinsip keadilan. Jika prinsip ini tergadai, maka hancurlah segala struktur atau organisasi yang memerintah sesebuah negara.

Ketidakadilan harus dilawan dan dihukum. Jika perkara ini berterusan, banyak gerakan sosial dan politik akan berjuang menegakkan keadilan. Jika kita mengimbas sejarah dunia, ketidakadilan akan membawa kepada kepincangan.

Banyak juga kerajaan dan dinasti yang kuat retak dan akhirnya hancur kerana tidak menghormati prinsip-prinsip keadilan.

Keadilan intinya adalah meletakkan segala sesuatunya pada tempatnya. Ahli falsafah unggul Plato pernah membantah seorang ahli falsafah muda, Thrasymachus, kerana beliau menyatakan bahawa ‘keadilan’ adalah apa pun yang ditentukan oleh si terkuat.

Tetapi, nampaknya di Malaysia teori Thrasymachus mula mendapat tempat dan dipraktikkan secara terbuka. Keadilan diabaikan semata-mata untuk terus berkuasa.

Ini dapat dilihat didalam konteks negeri Perak, bagaimana Barisan Nasional menggunakan kekejaman dan kekerasan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tambahan pula, Mahkamah juga tidak menunjukkan minat dalam menyelesaikan krisis politik ini dengan serta merta.

Keadilan adalah sesuatu yang benar, sikap yang tidak memihak, penjagaan hak-hak seseorang dan cara yang tepat dalam membuat keputusan atau penghakiman

Apakah gunanya kita bercakap tentang 'the rule of law' atau pemerintahan berasaskan
undang-undang, hak kemanusiaan dan demokrasi jika pemimpin-pemimpin negara tidak lagi menghormati prinsip-prinsip keadilan yang asas.

Setelah Dato Seri Nizar diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi, tidak sampai 24 jam keputusan telah dibuat semula untuk menyerahkan jawatan itu kepada Dato Seri Dr. Zambry buat seketika.

Kes kemudiannya berlangsung pada 5 November 2009 dan sehingga kini belum lagi mendapat tarikh dan juga keputusan Mahkamah Persekutuan dalam isu yang dibangkitkan.

Seluruh rakyat Malaysia sedang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan. Tetapi, ia membawa kekecewaan terhadap sistem yang sedia ada.

Isu ini juga menampakkan lagi Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan diktator yang sentiasa penuh dengan ketidakadilan yang berpanjangan.Mereka membelakangkan rakyat yang ada dengan menidakkan hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka terutamanya kepada negeri Perak.

Mereka menolak suara rakyat dengan melakukan sewenang-wenangnya tindakan yang memalukan negara dengan mempertahankan kerajaan boneka mereka di negeri Perak tanpa menghormati suara majoriti rakyat negeri Perak.


YB Tuan Speaker V.Sivakumar


Mufti Perak perlu kembali menjadi Mufti Islam bukan Mufti Melayu-Umno

Kenyataan Media

Parti Islam SeMalaysia (PAS) kesal dengan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang kini bersuara sebagai Mufti Melayu-Umno bukan lagi Mufti Islam. Tuduhan beliau bahawa pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan agama Islam adalah jelas menunjukan bahawa beliau tidak memahami siasah yang berlaku hari ini.

Sehingga ke hari ini belum ada mana-mana pemimpin Pakatan yang dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah atau dimurkai Sultan kerana kononnya menghina atau mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan
agama Islam.

PAS kesal kerana beliau gagal untuk memberikan pandangan hukum terhadap tragedi rampasan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Umno di Perak awal tahun ini. Beliau juga dilihat hanya bercakap dalam soal-soal yang menyentuh kepentingan pemimpin Umno bukan lagi soal-soal umat Islam yang terdiri dari pelbagai kaum. Beliau sepatutnya mengeluarkan hukum apakah halal elaun yang dimakan oleh dua wakil rakyat yang belot, hasil daripada bertanding atas tiket PKR.

Isu perpaduan Melayu yang beliau sentuh pada hari ini memperjelaskan lagi kedudukan beliau yang kini condong kepada hukum perkauman bukan lagi hukum Islam. Sesunguhnya Islam amat mengalakkan umat Islam bersatu walau apa jua bangsa dan kaum mereka serta tidak menindas kaum atau mereka yang berlainan agama.

Perlu dijelaskan juga bahawa Perlembagaan Negara tidak pernah menghalang rakyat yang bukan Islam dalam negara ini bertanyakan hak mereka atau menegur jika hak mereka disalah gunakan oleh pemimpin yang zalim.

Malah Islam juga tidak membataskan atau melarang umat Islam menegur pemimpin jika mereka tersalah membuat pertimbangan. Pakatan di Perak jelas tidak pernah menderhaka kepada Sultan. Jika perkara ini ada dilakukan, maka sudah pastilah Sultan akan menghukum mereka. Soalnya kenapa perkara ini tidak berlaku?

Rakyat Perak dan umat Islam diseluruh negara harus bersatu dalam konteks perjuangan Islam, bukannya perkauman sempit yang terbatas kalangan Melayu sahaja. Kita tidak mahu Umat Islam hari ini membuang saudara-saudara mereka hanya kerana mereka bukan Melayu. Kita juga tidak mahu umat Islam membenci umat agama lain kerana taksub politik atau fahaman perkauman sempit.

PAS berharap agar Mufti Perak kembali menjadi Mufti Umat Islam bukan lagi Mufti Melayu-Umno kerana yang memuliakan seseorang Mufti itu adalah Allah bukannya pemimpin Umno. Contohilah mantan Mufti Selangor, Allahyarham Dato’ Ishak Baharom yang berani bersuara walaupun beliau dipecat dari jawatannya.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS parti harapan rakyat.

Apabila terdapat 5 wakil rakyat PAS tidak dapat hadir dalam pengundian meluluskan bajet Najib,kebanyakan rakyat berasa terkilan.

Kelima-lima mereka YB Dr Rosli Che Mat,Dato Mahfuz Omar,YB Dr Mohd Hatta,YB Dr Mujahid Rawa dan Ustaz Taib Azamuddin merupakan wakil rakyat yang berwibawa.

Namun begitu rakyat mengharapkan kita memimpin perubahan.Justeru itu jikalau wakil rakyat PAS tidak berjuang untuk rakyat,mereka melihat.Itu menunjukkan PAS masih menjadi harapan rakyat untuk terus bersama Pakatan Rakyat memimpin Malaysia.

Kita tidak sangat mempersoalkan ketidakhadiran wakil rakyat PR lain,tetapi apabila wakil rakyat Pas tidak datang untuk menentu jatuh bangun kerajaan Najib,kita berasa marah dan geram.Kita sayang dengan PAS.

Dengan ini jelas PAS mesti menguasai politik orang Melayu.Pas mesti menjadi pengganti UMNO yang menjadi parti yang sudah nazak dan menanti saat untuk dikapankan.Tetapi Pas mesti menjadi parti untuk semua dan menjadi parti yang mengharapkan keredhoan Allah s.w.t

Apabila keadilan berjaya ditunjukkan PAS menjadi contoh teladan pemerintahannya kepada rakyat. Bukankah Kelantan satu model untuk pembentukan kerajaan baru harapan rakyat Malaysia .

Harapan kita wakil rakyat kita memimpin rakyat Malaysia kearah negara yang mendapat perlindungan Allah s.w.t dan keredhoanNya.