Friday, April 16, 2010

Mahathir takut BN kalah -Sebab Itu Tidak Minat Kempen!

Mahathir baru hendak bersuara ,beliau tak mahu pergi Hulu Selangor.Jadi ini satu kemenangan moral PR di Hulu Selangor.

Dengan Muhamad Taib dan Palanivel pun lebih senang duduk rumah sama anak pinak.Pakatan sudah menang moral kali kedua.

Palanivel dan Mat Taib, TPM Muhyiddin pun tak pandang.Jadi kedua-dua pimpinan yang banyak jasa itu pun didakwa tak kisah,dah banyak dapat habuan atau harta.Bekas MB dan bekas Timbalan Menteri MIC itu ,harta pun tak habis dimakan.Setakat anak beranak,suku sakat bolehlah .

Mahathir berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu yang bakal melihat pertandingan Datuk Zaid Ibrahim yang sering-kali dikritiknya berdepan dengan P Kamalanathan yang mewakili Barisan Nasional seperti dipetik dalam akhbar.

"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur.

Sewaktu kempen PRK Bukit Gantang,yang dengar celoteh dan maki hamun Dr Mahathir bukan rakyat atau pengundi Bukit Gantang,tetapi polis dan kaum wanita ,putri dan orang UMNO negeri lain. Bagi kita pengundi Bukit Gantang ,Mahathir tetap banyak kurangnya.Orang UMNO Hulu Selangor pun getik dengan beliau!

Apa sudah jadi PKR! sembilan dah!

Selepas Adun Bakar Arang keluar PKR siapa pula wakil rakyat akan turut serta jadi bebas?Kini habuan cukup lumayan.Bertambah pula dua pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu menjelang tiba!

Kita sebagai petugas,cukup terasa apabila Adun cabut lari atas prinsip rasuah dan kronisme.Pada hal ,merekalah penyebab kerajaan Perak jatuh.Kedah kena fikir untuk PRU Negeri ,jikalau trend WAKIL RAKYAT PKR cabut jadi katak bebas.Dengan PR 20 kerusi,BN 14 dan bebas dua,kerajaan Kedah boleh jadi kerajaan PR Perak.Minta dijauhkan Allah s.w.t.

Kita pun kecil hati dengan pimpinan PKR ini,level bahagian.Selalu cakap besar,janji yang kecil tidak tunai.Janji besar jangan diharap!

Kita yang petugas peringkat kawasan pun tidak pandang!Cerita mereka yang bagus,contoh semasa Osman jadi Exco kita punya pandangan tolak tepi.Sibuk memanjang,masjid tak jengah,jumpa rakyat susah.Semuanya susah,kita pula yang dikatakan penyibuk!.

Lagi satu contoh,apabila kita bagitahu orang kuat PAS Kawasan pun didaftar sebagai ahli PKR,jawapan yang diberi mereka yang isi borang!Pimpinan PKR ini tak mahu mengaku kelemahan .Aduhai PKR sampai bila kita boleh hentikan wakil rakyat kita jadi katak!

Thursday, April 15, 2010

Hulu Selangor-Samy Velu Senyum Nampak Gigi

Buat syarat saja, selepas rundingan demi rundingan dan disertakan dengan pelbagai ancaman, akhirnya MIC dikatakan dapat tiga dan Umno tidak dapat apa-apa di Hulu Selangor.Duit rakyat pada Ketua UMNO pun Palanivel dah dapat.

P Kamalanathan Anak Rawang bukannya anak Hulu Selangor telah dipilih sebagai calon. Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel untung banyak 4 penggal tak buat apa di Hulu Selangor dijanjikan kerusi senator dan timbalan menteri.

Bijak sungguh Samy Velu berlakon depan Muhyiddin.Dapat kerusi Hulu Selangor,dapat kerusi Senator,silap-silap dapat kerusi Pengerusi Dewan Negara atau Timbalan Menteri.

Umno tidak bersetuju dengan Palanivel dan lebih senang dengan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor, V Mugilan. Namun, MIC bahagian mengugut akan menentang keputusan itu dan MIC Pusat pula mengugut akan memecat beliau dari MIC.UMNO bersuara melalui Khairy Ketua Pemuda yang ingin jadi menteri itu supaya orang muda MIC Mugilan jadi calon.

“Ini formula terbaik, situasi menang-menang... sebenarnya dengan ini MIC akan mendapat satu kerusi senator dan timbalan menteri tambahan,” kata seorang pemimpin kanan MIC kepada satu laman web.

Wednesday, April 14, 2010

Zaid Ibrahim-Bukan Anak Tempatan merentasi sempadan Putra Jaya

Nampaknya UMNO masih sikap perkauman melampau.Isu anak tempatan dijaja dan isu surat beranak dijadikan bukti.

Mereka melihat calon PR Zaid Ibrahim ,anak kelahiran Kelantan,tidak layak memberi perkhidmatan kepada rakyat Hulu Selangor!Jahatnya mereka Si Mugilan dibuktikan surat beranaknya dilahirkan di Pantai Remis.

UMNO masih bersikap perkauman,mungkin ini ajaran APCO.UMNO jelas kehabisan isu.Kemudian Si Muhyiddin pula menyatakan Zaid orang kaya,jadi Zaid diperkuda oleh PKR.

Muhyiddin buat tidak tahu menjadi Ahli Parlimen PR yang tidak mendapat peruntukan Kerajaan,duit sendiri perlu untuk menangani kebajikan rakyat.Duit rakyat dalam parlimen dipegang oleh Ketua UMNO Bahagian.Jadi di Hulu Selangor ,kerusi parlimen hak selamanya MIC,Palanivel yang pegang duit rakyat.Justeru itu Ketua UMNO agak marah?

UMNO ibarat kapal hendak pecah.Rakyat Hulu Selangor pengundi bijak.Mereka bukan seperti pengundi Grik,yang memilih Tan Lian Hoe sebagai wakil walaupun tahu wanita itu bukannya anak tempatan,walaupun tahu itu kerusi selamanya UMNO.

Nizar:Soalan Parlimen 15 April


30. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kementerian bagi membangunkan infrastruktur sekolah-sekolah KAFA dan agihan pecahan mengikut negeri dan seluruh kawasan Parlimen di Perak.

UMNO akan cari "lemahnya" Zaid Ibrahim.

Kita mengucapkan tahniah kerana terpilihnya Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat untuk Hulu Selangor.

Bagi kaca mata kita, Zaid mempunyai banyak kelebihan atau umph!. Mempunyai prinsip integriti dan akauntabiliti.Bagi UMNO ,Zaid banyak kurangnya?

PR berjuang untuk membela rakyat,UMNO berjuang untuk perut kroni dan kaum.Duit rakyat digunakan sesuka hati.

Mereka bukan lagi"menjual isu" pembangunan,tetapi mereka menjual isu "lemahnya "Zaid.PKR mesti bersedia.

Zaid ada kes rasuah politik kata UMNO.Zaid ada kes lawan isu hudud Kerajaan Kelantan di Mahkamah, kata orang Kota Bharu.

Bagi UMNO Zaid sudah kaya dapat tender guaman bagi kes PTPTN.UMNO tau isu "janji",tak makan lagi.

Lantas di sinilah PKR atau Pakatan Rakyat wajib bersedia untuk mencari baju kalis isu atau bersedia dengan peluru.Peluru APCO misalnya.

Namun begitu Zaid Ibrahim,terima kasih datang PRK Bukit Gantang dahulu.

Tuesday, April 13, 2010

Relaks Sat- Banyaknya gelang emas.

Fiksyen pagi ini boleh dikongsi sama.Kita diberitahu teman-teman dan anak murid berkenaan dua pemuda disyaki perompak ditembak mati oleh polis berdekatan kompleks beli-belah.

Cerita budak sekolah!

Anak murid kita agak sensitif berkaitan kaum atau rakyat.Tapi kali ini isu ini tidak dilayan.Mereka diam dan bersetuju dengan polis.

Mereka bercerita mana mungkin kerja tak tahu apa,hidup mewah.Tidak membantu pun orang miskin.Mereka juga bercerita tidak seperti Robin Hood!Mereka tidak langsung bantu orang miskin."Rumah banyak besaq dan banyak cantik"kata Aulong,budak Darul.

Seorang teman menceritakan sewaktu pengurusan mayat dua pemuda itu,kelihatan ibu bapa pemuda yang ditembak mati itu seolah tidak bersedih!

"Cikgu, itu orang perempuan,pakai gelas emas banyak panjang"kata Tan Boo Liau."Cikgu ,itu lelaki ma ,itu dia punya bapa ,banyak besat punya emas sama dia leher" kata Ong Boh Siang.

"Cikgu itu budak ,kita punya taiko masa sekolah"kata Mutusamy pula."Cikgu,itu budak cikgu ada ajaq punya" tambah Kogilan pula.

"Cikgu itu olang depan balai ma,itu ajen asing !"kata Karthik,yang abangnya Lima Paku dekat Bukit Guni.