Tuesday, April 13, 2010

Relaks Sat- Banyaknya gelang emas.

Fiksyen pagi ini boleh dikongsi sama.Kita diberitahu teman-teman dan anak murid berkenaan dua pemuda disyaki perompak ditembak mati oleh polis berdekatan kompleks beli-belah.

Cerita budak sekolah!

Anak murid kita agak sensitif berkaitan kaum atau rakyat.Tapi kali ini isu ini tidak dilayan.Mereka diam dan bersetuju dengan polis.

Mereka bercerita mana mungkin kerja tak tahu apa,hidup mewah.Tidak membantu pun orang miskin.Mereka juga bercerita tidak seperti Robin Hood!Mereka tidak langsung bantu orang miskin."Rumah banyak besaq dan banyak cantik"kata Aulong,budak Darul.

Seorang teman menceritakan sewaktu pengurusan mayat dua pemuda itu,kelihatan ibu bapa pemuda yang ditembak mati itu seolah tidak bersedih!

"Cikgu, itu orang perempuan,pakai gelas emas banyak panjang"kata Tan Boo Liau."Cikgu ,itu lelaki ma ,itu dia punya bapa ,banyak besat punya emas sama dia leher" kata Ong Boh Siang.

"Cikgu itu budak ,kita punya taiko masa sekolah"kata Mutusamy pula."Cikgu,itu budak cikgu ada ajaq punya" tambah Kogilan pula.

"Cikgu itu olang depan balai ma,itu ajen asing !"kata Karthik,yang abangnya Lima Paku dekat Bukit Guni.

No comments:

Post a Comment