Thursday, April 15, 2010

Hulu Selangor-Samy Velu Senyum Nampak Gigi

Buat syarat saja, selepas rundingan demi rundingan dan disertakan dengan pelbagai ancaman, akhirnya MIC dikatakan dapat tiga dan Umno tidak dapat apa-apa di Hulu Selangor.Duit rakyat pada Ketua UMNO pun Palanivel dah dapat.

P Kamalanathan Anak Rawang bukannya anak Hulu Selangor telah dipilih sebagai calon. Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel untung banyak 4 penggal tak buat apa di Hulu Selangor dijanjikan kerusi senator dan timbalan menteri.

Bijak sungguh Samy Velu berlakon depan Muhyiddin.Dapat kerusi Hulu Selangor,dapat kerusi Senator,silap-silap dapat kerusi Pengerusi Dewan Negara atau Timbalan Menteri.

Umno tidak bersetuju dengan Palanivel dan lebih senang dengan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor, V Mugilan. Namun, MIC bahagian mengugut akan menentang keputusan itu dan MIC Pusat pula mengugut akan memecat beliau dari MIC.UMNO bersuara melalui Khairy Ketua Pemuda yang ingin jadi menteri itu supaya orang muda MIC Mugilan jadi calon.

“Ini formula terbaik, situasi menang-menang... sebenarnya dengan ini MIC akan mendapat satu kerusi senator dan timbalan menteri tambahan,” kata seorang pemimpin kanan MIC kepada satu laman web.

No comments:

Post a Comment