Wednesday, June 16, 2010

Calon Melengkung 2008

Fadhil Idris bersama Tuan Lawyer Aminudin dari Behrang bergambar sebaik majlis perasmian Muktamar PAS 56 selesai dirasmi Tok Guru Haji Hadi.

Aminudin calon Pas PRU Behrang 2008 ,tetapi difahamkan hanya sempat mengambil gambar untuk jadi calon PRU 2008 .Tempatnya diambil calon PKR Jamaluddin ,yang kini ADUN lompat kaya raya hasil konspirasi menjatuhkan kerajaan rakyat.

Lagi seorang Ustaz Nordin Jaafar YDP Bukit Gantang yang juga telah mengambil gambar untuk jadi calon PRU 2008,tetapi Osman Jailu yang dipilih.Osman juga kini kaya raya,mengumpul harta,tak perlu bantu rakyat guna duit sendiri kerana agensi kerajaan boleh bantu.Osman Jailu tahu rakyat pembayar cukai,jadi kerajaan bertangungjawab menyelesaikan masalah rakyat.

Buat kata seorang teman siapa pula calon melengkung PRU 13?

Keshvinder :Salahkan BN La..- YB Ramli Tusin

Tengahari kelmarin ADUN Malim Nawar,YB Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh telah mengumumkan keluar parti DAP,menjadi ADUN bebas dan menyokong BN Perak yang diketuai oleh DS Zambry.Pengumuman beliau dibuat di Hotel Holiday Villa,Subang.Ini bermakna sudah 4 orang ADUN Perak yang melompat menyokong BN.

Alasan yang beliau berikan adalah disebabkan tidak cukup peruntukan untuk menjamin pembangunan di DUN beliau dan juga satu alasan yang tidak boleh diterima adalah beliau menganggap ADUN PR Perak banyak berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

Bagi alasan beliau yang pertama suka saya menjawab begini,bukan dia seorang saja yang KURANG peruntukan,yang sebenarnya ADUN PR Perak TIADA LANGSUNG peruntukan setelah dirompak BN.Bukan beliau tidak tahu yang ini semua mainan BN untuk melemahkan PR Perak.Beliau seorang peguam,sudah tentu pendapatan beliau melebihi pendapatan saya yang hanya bergantung pada pencen Felda selain elaun ADUN.Sepatutnya beliau salahkan BN Perak yang tidak menyalurkan peruntukan tahunan kepada ADUN PR Perak.

Untuk alasan kedua,mengapa beliau boleh salahkan PR Perak kerana terlalu berpolitik sehingga mengabaikan rakyat.Apa guna jadi ahli politik jika tidak berpolitik?Tapi berpolitik ada masa dan keadaan.Ini satu alasan yang mengarut,apakah beliau tahu yang kami tidak buat kerja?Apakah beliau tahu yang kami tidak menjaga rakyat?Pusat khidmat saya dibuka setiap hari untuk menerima aduan rakyat dan jika tiada hal luar kawasan kerap kali saya atau wakil saya turun menjenguk rakyat di kawasan DUN saya.Kebanyakan rakyat di kawasan DUN saya faham dan tahu bahawa peruntukan untuk ADUN PR tidak disalurkan jadi tekanan dari rakyat kurang.Perkara ini perlu diselesaikan dengan turun berjumpa rakyat dan diadakan sesi penerangan meluas secara santai di kedai-kedai kopi atau ceramah-ceramah.Apakah beliau(ADUN Malim Nawar),tidak cerita hal ini kepada rakyat kawasannya?Kalau tidak diberitahu,memanglah rakyat menekan beliau bertanya tentang peruntukan.

Apa yang penting di sini adalah kesabaran kita menghadapi dugaan dan cabaran.Orang yang sabar akan beroleh kejayaan di akhirnya.

Ingin saya ingatkan sekali lagi,JANGAN SALAHKAN PR PERAK KUAT BERPOLITIK TAPI SALAHKAN BN YANG TIDAK MEMBERI PERUNTUKAN...!!!
sumber

Institut Latihan Pilihan raya PAS -1 Lagi Tindakan Proaktif !

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Semua para pemimpin kanan dan wakil rakyat PAS bakal berkumpul di Batang Kali pada 20 Jun ini bagi menyertai pelancaran gerak kerja Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS).

Majlis yang bakal dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu akan diadakan mula jam 8 pagi hingga 2 petang di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali.

Boleh dikatakan semua pemimpin utama PAS dari ahli Majlis Syura dan AJK PAS Pusat hinggalah Pengarah Majlis Tindakan Dun dan jentera pilihan raya Dewan Himpunan Penyokong PAS akan terlibat dengan majlis ini.

ILPAS ditubuhkan oleh Jabatan Pilihan raya PAS Pusat untuk memberikan latihan pengendalian kempen pilihan raya kepada semua jentera pilihan rayanya.

Ia bakal menjadi pusat penting untuk melahirkan petugas pilihan raya PAS untuk sebarang pilihan raya.Sumber harakahdaily.net

Tuesday, June 15, 2010

Alasan Mudah Adun DAP Malim Nawar Untuk Menjadi Wakil Bebas.

Keshvinder Singh keluar DAP dan menjadi bebas tetapi terikat BN. Memberi alasannya keputusan itu dicapai demi kepentingan rakyat, khususnya di kerusi Malim Nawar kerana berpendapat hanya BN yang boleh membangunkan kawasan luar bandar itu.

Menjadi wakil rakyat sememangnya berat .Namun kita boleh menggunakan saluran agensi kerajaan untuk membantu rakyat.

Agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan,Baitulmal,Jabatan Parit dan Saliran dan juga Yayasan Perak untuk meringankan beban rakyat.Kita membantu rakyat mengikut kemampuan kita sebagai wakil rakyat.

Tugas kerajaan membangunkan kawasan luar bandar dan pinggir bandar.Rakyat berhak mendapat hak mereka.

Jikalau beliau wakil rakyat yang tidak tidur sudah tentu beliau sudah melihat masalah rakyat ini.Beliau sepatutnta berbincang bersama teman PR.Beliau juga mesti mesra pegawai kerajaan.Pegawai Kerajaan akan membantu kita jika tahu salurannya.

Beliau juga bukan Santa Claus yang memberi hadiah untuk rakyat.Dulu rakyat mungkin mudah dibeli tetapi mereka inginkan perkhidmatan kita.Tugas Pusat Khidmat meringankan beban wakil rakyat.

Parti perlu membantu wakil rakyat supaya tidak keseorangan dalam melaksanakan hak rakyat.

Tahniah Subkhidin mewakili Malaysia ke Piala Dunia Afrika Selatan


Pengadil Subkhidin Mohd Salleh, 44, telah mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai pengadil keempat pada perlawanan berkenaan.

Subkhidin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan.

Walaupun sebagai pengadil keempat, ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan.

Subkhidin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pernah dipilih untuk Piala Dunia 2006 di Jerman tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.sumber

Buat Apa Cari Masalah Dengan ADUN Lompat.

Sewaktu di Muktamar Pas kita menerima panggilan dan SMS 3 Adun UMNO masuk PKR.Mereka akan masuk tengahari nanti.

Kita pun menjawab telefon dan SMS,DS Nizar pun diam membisu dan tidak bercakap apa.Cuma yang kita balas balik jawapan."jangan-jangan ADUN PKR yang masuk BN".Tau-tau ADUN Dap yang melompat!

Kita mengharapkan jentera pilihanraya perlu ditingkatkan kualiti kerja.Unit Pendaftaran Pengundi perlu bergerak aktif,dengan dua juta pengundi belum didaftarkan,kita mesti memikirkan gerakerja yang sesuai dengan selera anak muda.

Kita jangan mengharap sangat dengan ADUN BN yang ingin melompat.Mereka tiada prinsip.Mereka berbuat begitu kerana mereka ingin habuan.Kebanyakan ADUN BN bukan Ketua Bahagian,Ketua Bahagian merangkap ADUN tidak membuat "tawaran" dengan Zambry.Adun Ketua Bahagian sudah kaya dan mereka mampu membantu kroni.

PKR diharap melihat wakil rakyat mereka yang tidak bekerja,begitu juga PAS dan DAP.Jika ADUN Kuala Sapetang sudah lama tidak melihat rakyat.PKR Cabang Bukit Gantang tidak prihatin.Kita difahamkan pengundi Melayu tidak diladeni dengan baik.

Maaf sudah sekian kali kita menulis YB Tai Sing Ng tidak menyantuni rakyat Kuala Sapetang dengan baik.Jika rakyat bertemu dengan pegawainya atau beliau sendiri,jawapan yang sering diberi kita bukan kerajaan.Langsung tidak memberi rakyat jalan keluar.Pusat Khidmat pula terletak jauh di penghujung DUN.Pengundi Melayu sering kelihatan dipinggirkan.

Pimpinan PKR perlu berlapang dada,jangan cepat melenting.Kenapa perlu buat sidang akhbar menyatakan sekian-sekian ADUN akan masuk PKR.Bagi kita ADUN PKR perlu dibantu.Jika perlu kita bersedia untuk membantu YB Tai Sing Ng bertemu rakyat DUN Kuala Sapetang!Kenapa perlu menutup kelemahan kita.Kelemahan kita mematangkan kita.

Tidak terlambat untuk kita menyantuni rakyat dengan lebih berkualiti dan cemerlang!

Kuasa Rakyat Sahaja Dapat Mengalahkan UMNO

DS Nizar sedang membuat ucapan penggulungan.Ucapan beliau lebih ke arah menguatkan Pakatan Rakyat.
Perwakilan Lumut,salah satu DUN ,DUN Pasir Panjang DS Nizar merupakan wakil rakyatnya.Pegawai Khas DS Nizar ,Sdr Hamidun mendengar dengan penuh minat ucapan DS Nizar.

DS Nizar berucap di Muktamar Pas Kali 56.Beliau menjawab pertanyaan perwakilan berkenaan Pakatan Rakyat.
DS Nizar meminta rakyat terus berusaha kerana PR sahaja harapan rakyat Malaysia.