Tuesday, June 15, 2010

Alasan Mudah Adun DAP Malim Nawar Untuk Menjadi Wakil Bebas.

Keshvinder Singh keluar DAP dan menjadi bebas tetapi terikat BN. Memberi alasannya keputusan itu dicapai demi kepentingan rakyat, khususnya di kerusi Malim Nawar kerana berpendapat hanya BN yang boleh membangunkan kawasan luar bandar itu.

Menjadi wakil rakyat sememangnya berat .Namun kita boleh menggunakan saluran agensi kerajaan untuk membantu rakyat.

Agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan,Baitulmal,Jabatan Parit dan Saliran dan juga Yayasan Perak untuk meringankan beban rakyat.Kita membantu rakyat mengikut kemampuan kita sebagai wakil rakyat.

Tugas kerajaan membangunkan kawasan luar bandar dan pinggir bandar.Rakyat berhak mendapat hak mereka.

Jikalau beliau wakil rakyat yang tidak tidur sudah tentu beliau sudah melihat masalah rakyat ini.Beliau sepatutnta berbincang bersama teman PR.Beliau juga mesti mesra pegawai kerajaan.Pegawai Kerajaan akan membantu kita jika tahu salurannya.

Beliau juga bukan Santa Claus yang memberi hadiah untuk rakyat.Dulu rakyat mungkin mudah dibeli tetapi mereka inginkan perkhidmatan kita.Tugas Pusat Khidmat meringankan beban wakil rakyat.

Parti perlu membantu wakil rakyat supaya tidak keseorangan dalam melaksanakan hak rakyat.

No comments:

Post a Comment