Tuesday, June 15, 2010

Tahniah Subkhidin mewakili Malaysia ke Piala Dunia Afrika Selatan


Pengadil Subkhidin Mohd Salleh, 44, telah mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai pengadil keempat pada perlawanan berkenaan.

Subkhidin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan.

Walaupun sebagai pengadil keempat, ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan.

Subkhidin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pernah dipilih untuk Piala Dunia 2006 di Jerman tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.sumber

No comments:

Post a Comment