Sunday, August 21, 2011

Saya tak pernah adakan hubungan seks dengan Saiful:DS Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.



“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful,” kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini.



Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media.



Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.



“Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.



Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.



“Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya,” katanya.



Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, “kebenaran akan terbukti kelak.”



Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.



Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.



Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.MI

Panglima ATM tak perlu jawab,Biar SPR Jawab- Suhaizan



SHAH ALAM 20 0GOS : Tindakan Panglima Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mencampuri urusan politik apabila tampil menjawab pengakuan bekas anggota tentera yang terlibat dalam memangkah ribuan kertas undi pos, diselar Pemuda PAS.




Pengarah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang terlibat secara langsung mendedahkan aktiviti berkenaan berkata, pihak yang harus menjawab pendedahan itu ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).







Malah katanya, tindakan Zulkifeli menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh lima bekas anggotanya juga "tidak boleh berlaku".






Hal ini kerana, ATM katanya haruslah apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.






“ Kita nak maklum balas daripada pihak SPR sendiri macam mana ianya boleh berlaku.. Dan kita harapkan, panglima ini tidak campur dalam urusan politik kerana anggota tentera memang sepatutnya tidak terlibat dalam hal-hal politik dan kita mahu benda ni berterusan sampai bila-bila,"katanya kepada Tv Selangor.







Menurut Suhaizan, PAS hanya mahukan penjelasan daripada badan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan proses pilihan raya dan bukannya campur tangan pihak yang tidak terlibat.






SPR sehingga kini masih belum menjawab mengenai pendedahan pemuda PAS berhubung pegawai ATM yang diarah memangkah ribuan kertas undi pos.






Baru-baru ini lima bekas anggota tentera mengaku diarah oleh pegawai atasan mereka untuk menjalankan kerja-kerja memangkah kertas undi pos bagi pihak orang lain dalam satu sidang media anjuran PAS.






Mereka adalah Abu bin Kasim, Mejar Bersara Rizman Mansor, Komando Mohd Kamil Osman, Mohd Nasir Ahmad dan Kamaruzzaman Ibrahim.






“ Lima individu ini telah mengaku dengan penuh insaf dan mahu membongkar perkara-perkara yang mereka telah lakukan semasa dulu. Mereka rasa mereka bersalah lakukan tersebut dan mereka sekarang ini mahu menyatakan bahawa undi pos ini memang terbuka kepada ruang manipulasi," kata Suhaizan lagi.






Sementara itu dalam portal Malaysiakini semalam, pakar Perlembagaan dan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Zulkifeli berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.






Menurut Aziz, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah ’"memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.




Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana beliau sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

DS Nizar tanding DUN Changkat Jering

Kita mendapat khabar DS Nizar dikatakan akan bertanding di DUN Changkat Jering dan Parlimen Bukit Gantang.



Semuanya untuk memudah beliau berkhidmat untuk penduduk.Dun Pasir Panjang dikatakan akan diletakkan calon muda PAS.Kawasan Pasir Panjang salah satu kawasan selamat untuk PAS,walaupun dikatakan UMNO akan bertanding di situ.



Penduduk Bukit Gantang mengharapkan DS Nizar menjadi wakil rakyat Changkat Jering.Mereka tahu Adun Pengkhianat Osman Jailu langsung tidak bekerja untuk penduduk.



DS Nizar yang mempunyai Pusat Khidmat di Taman Damai,Simpang ,berada di dalam Dun Changkat Jering.



Penduduk melihat kekerapan DS Nizar turun ke Changkat Jering ,memberi sinar baru kepada penduduk Changkat Jering.



Jika betul ,tahniah PAS Bukit Gantang yang mengetahui keistimewaan dan karisma DS Nizar memimpin rakyat Perak .Selamat bertanding DS Nizar di DUN Changkat Jering.

Saturday, August 20, 2011

Sudah ada tanda Khairy Jamaluddin tidak bertanding pada PRU 13.

Khairy Jamaluddin nama yang tidak dikenali oleh Dr Mahathir, dan DS Najib mungkin juga penduduk bumi.Beliau kelihatan makan berulamkan jantung.Nada ucapan Khairy dekat PRU ini agak "slow".Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan beliau sanggup menerima keputusan Najib untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.





Keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno ,Perdana Menteri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.





"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," kata Khairy .





Khairy memberi hujah perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa.





Beliau menyarankan agar semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti.****KJ najib**

Lans Koperal ini belum didapati bersalah,jangan hukum dia.



GEORGE TOWN - Seorang anggota polis yang berpangkat Lans Koperal ditahan oleh pihak polis di sini selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah kedai jam di Lebuh Campbell pada Jun lepas.





Suspek yang berumur 44 tahun itu dikatakan bertugas di salah sebuah pondok polis di sini, ditahan polis selepas pemilik kedai jam itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi tadi.





Ketua Polis Daerah Timur Laut Gan Kong Meng berkata pemilik kedai berkenaan yang berusia 39 tahun, membuat laporan polis di Balai Polis Datuk Keramat selepas mendapati jam tangan miliknya yang hilang itu telah dijual di Lorong Kulit.





"Hasil pemeriksaan di tempat berkenaan, polis telah menjumpai lebih 42 utas jam tangan pelbagai jenama bersama seorang suspek yang sedang berniaga," katanya di sini hari ini.



Beliau berkata jam tangan yang dilaporkan hilang bernilai lebih RM15,000 namun masih terdapat 135 utas jam tangan lagi yang gagal dikesan.





Katanya kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan anggota polis berkenaan telah digantung kerja oleh Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkuat kuasa hari ini sementara menunggu hasil siasatan.- Bernama...***ada kes lapor****

Umno lancar perang suci-Ustaz Idris ahmad.

Ustaz Idris Ahmad pada malam kelmarin berceramah di Parlimen Bukit Gantang.Menarik sekali Ustaz Idris mengupas isu perjuangan rakyat.



Menurut Ustaz Idris Ahmad UMNO kini melancarkan perang suci.Suci dalam debu.Mereka UMNO menubuhkan NGO Gerakan Anti Murtad.



Tetapi menurut Ustaz Idris Ahmad ,UMNO lah orang yang tidak berjuang membela Nuraisyah Bokhari yang murtad,di kubu UMNO ,Johor.



Begitu juga Hartina Kamaruddin menjadi murtad,UMNO Perak tidak juga bising.Di Wilayah Persekutuan kes Lina Joy,UMNO tidak berani bersuara.



Bagi Ustaz Idris Ahmad ,PAS konsisten dalam mempertahankan aqidah orang Islam.



Kelab Protes Barang Naik(Protes BN)

Mohamad Sabu dengan diiringi Mahfuz Omar melancarkan Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) di Dataran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa, Kg Baru petang tadi. – Foto oleh Jack Ooi
Mohamad Sabu dengan diiringi Mahfuz Omar melancarkan Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) di Dataran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa, Kg Baru petang tadi. – Foto oleh Jack Ooi.tmi