Saturday, August 20, 2011

Lans Koperal ini belum didapati bersalah,jangan hukum dia.



GEORGE TOWN - Seorang anggota polis yang berpangkat Lans Koperal ditahan oleh pihak polis di sini selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah kedai jam di Lebuh Campbell pada Jun lepas.





Suspek yang berumur 44 tahun itu dikatakan bertugas di salah sebuah pondok polis di sini, ditahan polis selepas pemilik kedai jam itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi tadi.





Ketua Polis Daerah Timur Laut Gan Kong Meng berkata pemilik kedai berkenaan yang berusia 39 tahun, membuat laporan polis di Balai Polis Datuk Keramat selepas mendapati jam tangan miliknya yang hilang itu telah dijual di Lorong Kulit.





"Hasil pemeriksaan di tempat berkenaan, polis telah menjumpai lebih 42 utas jam tangan pelbagai jenama bersama seorang suspek yang sedang berniaga," katanya di sini hari ini.



Beliau berkata jam tangan yang dilaporkan hilang bernilai lebih RM15,000 namun masih terdapat 135 utas jam tangan lagi yang gagal dikesan.





Katanya kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan anggota polis berkenaan telah digantung kerja oleh Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkuat kuasa hari ini sementara menunggu hasil siasatan.- Bernama...***ada kes lapor****

No comments:

Post a Comment