Sunday, July 19, 2009

Afidavit Ketua Kampung -Permohonan Semakan Kehakiman

Ketua Kampung mendengar taklimat Encik Mohd Ridzuan Asit,Pengerusi Jawatankuasa Bertindak.
Ketua Kampung Batu Teguh Encik Rahim Ismail sedang memberi pandangan.


Lajnah Penerangan Pas Kawasan Bukit Gantang bersama Sekretariat Parlimen mengadakan satu sesi taklimat kepada Ketua Kampung dalam Parlimen Bukit Gantang.,berkenaan Saman Ketua Kampung lawan Kerajaan BN.Program bertempat di Markaz Pas Negeri Air Kuning.

Program berlangsung pada 19 Julai,8.30 malam.Seramai 35 ketua kampung hadir untuk mendengar taklimat.Kes mereka akan disebut pada 22 Julai,9 pagi di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Taklimat disampaikan Pengerusi Jaweatankuasa Bertindak Ketua Kampung Encik Mohd Ridzuan Bin Asit memohon Semakan Kehakiman yang memohon relif-relif berikut:

a.Perintah Certiorari untuk membatalkan (quash)keputusan dan tindakan oleh Responden untuk memewcat ataupun menamatkan perkhidmatan Pemohon dan kesemua Ketua Kampung yang dilantik oleh YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaludin sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK.
b.Perintah mandamus yang mewajibkan Responden untuk melantik semula Pemohon dan kesemua Ketua Kampung yang telah dilantik oleh YAB Dato'Seri Ir Haj Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK SEHINGGA 31.7.2010.
C. Perintah deklarasi bahawa pemecatan dan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah tidak sah,batal dan kosong dari segi undang-undang.
d.Perintah injuksi untuk melarang Responden dan atau agen-agen Responden dan atau pengkhidmat-pengkhimat Responden dari melantikkan sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung ataupun Pengerusi JKKK ataupun memberi kepada sesiapa yang lain-lain hak ataupun kuasa-kuasa Ketua Kampung ataupun Pengerusi JKKK sebelum 31.07.2010.
e.Perintah injuksi untuk melarang Responden dan ataupun pengkhidmatnya dari membnarkan Dewan Orang ramai dalam semua Kampung digunakan semata-mata oleh dan untuk Barisan Nasional sahaja.
f.Gantirugidan atau gantirugi punitif,keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada Pemohon.
g.Suatu siasatan dan taksiran gantirugi dan atau gantirugi punitif,keterlaluan dan teladan dibuat bagi menentukan gantirugi untuk dibayar kepada Pemohon.
h.Kos.
i.Lain-lain relif yang Mahkamah Mulia ini anggap suaimanfaat.

No comments:

Post a Comment