Saturday, July 4, 2009

Catatan Dari Sisi- Beginilah nasib kita?

1.Gempar satu kes khalwat berlaku,pelajar sekolah terlibat.Pelajar perempuan murid Melayu Islam sementara pelajar lelaki bukan Islam.Pelajar perempuan akan didakwa atas duduk berdua-duaan .Pelajar lelaki bebas,bebas dan boleh buat lagi,tiada tindakan dibuat.Beginilah nasib kita 52 tahun Umno-BN memerintah.

2.Gempar,biasiswa untuk pelajar terbaik,dengan merit.Mulai tahun 2010,biasiswa untuk pelajar luar bandar mungkin tiada ,kerana mana ada, pelajar luar bandar melebihi 5 orang dapat semua A,SPM.Kemungkinan yang membolot biasiswa pelajar bandar,kemudahan guru dan peralatan serta pusat tuisyen tertumpu di bandar.Apa nak jadi dengan masyarakat luar bandar.Sepatutnya biasiswa untuk semua yang layak masuk Universiti.

3.Lambatnya hendak umum PPSMI mansuh.Awal Julai sudah timbul,kenyataan mansuh belum lagi.Majoriti rakyat menolak, hanya Umno-BN berkepentingan sokong.Tanya sama Pak Menteri,kebanyakan anak mereka bersekolah di Sekolah Antarabangsa.Tanya sama pada pemeriksa kertas ,Markah luluspun rendah,serendah-rendahnya.Beginilah nasib kita.!

1 comment:

  1. Kita perlu akui kelemahan peruntukan undang-undang Jenayah syariah di negeri-negeri. Itulah yang patut digubal semula oleh kerajaan selain usaha dakwah. Mengenai orang bukan Islam boleh diguna undang sivil atas dakwaan berkelakuan tidak bermoral dengan wanita. Tetapi inilah yang tidak pernah digunakan oleh orang Islam. Kesilapan kita juga.

    ReplyDelete